Buah nanas adalah buah jenis tropika yang berasal dari Amerika Selatan dan Brazil. Tahukah anda bahawa buah nanas dibawa ke Tanah Melayu pada zaman penjajahan Sepanyol pada abad ke-16. Pada awalnya, buah nanas ditanam secara komersial di Pekan Nanas, Johor dan bertindak sebagai pokok yang menghalang musuh di Bukit Nanas, Selangor.
Kandungan nutrisi yang tinggi menarik perhatian para pengkaji untuk mengkaji khasiat yang terkandung dalam buah nanas. Buah nanas diklasifikasikan sebagai ‘functional food’ iaitu makanan yang berpotensi untuk meningkatkan tahap kesihatan manusia.
Dr Mazliana Mazlan berkongsi beberapa khasiat yang tersembunyi dalam buah nanas. Yang menariknya ia sangat bagus untuk kesihatan anak-anak!
Empulur nanas keras yang kita selalu buang tu sebenarnya banyak betul kandungan bromelain.
Bromelain ni sejenis enzim yang ada pada buah nanas. Dan paling banyak di bahagian tengah nanas yang keras tu.
Kadang bila kita makan nanas, rasa lidas dan gatal di lidah kan. Sebab kandungan bromelain ni lah.
Ads
Bromelain boleh jejaskan lapisan protein mukosa pada lidah dan jadikan lidah kita lebih sensitif pada makanan berasid seperti nanas. Ini lah yang sebabkan rasa lidas dan gatal bila kita makan nanas.
Pun begitu, bromelain ni tinggi jugak khasiatnya tau. Takkan lah sebab rasa gatal lidah je kita terus taknak makan nanas kan.
Nanas tinggi dengan kandungan vitamin C. Salah satu superfood yang kita wajib kita ajar anak-anak untuk cuba makan.
Nanas boleh kurangkan lendir dan kahak. Dan ada kajian tahun 2016, katakan yang nanas mampu kurangkan simptom radang pada sinus. Resdung lah maksudnya.
Kalau anak-anak tak sihat, suami saya suka beli nanas bagi anak makan setiap hari.
Ads
Nenas kaya dengan sifat anti radang yang insyaAllah boleh cepatkan penyembuhan anak.
Nanas jugak tinggi dengan kandungan vitamin B. Kalau nak anak-anak cepat belajar dan ingat sesuatu, jom kita jadikan nanas sebagai buah mingguan yang patut ada di rumah.
Makanan sebenar, terlalu banyak khasiat yang ada walau dari sebiji buah.
Setiap hari 3 4 jenis buah kita bagi anak makan, lebih banyak khasiat yang pelbagai anak akan dapat. Berbanding kita beri 2 3 jenis makanan proses sehari, yang mana pasti akan burukkan kesihatan anak untuk jangka masa panjang.
Sama-sama kita cuba ya, banyakkan makanan sihat dari sumber asli untuk anak-anak.
Ads
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap jenis warna pada buah, ada kandungan kimia semulajadi yang bermanfaat untuk tubuh badan mereka. Allah dah ciptakan begitu, rugi betul kalau kita tak ambil khasiat yang ada.
Pastikan anak-anak kita dapat makan 5 jenis warna buah dalam seminggu.
Buah pun ada kumpulan warna macam kumpulan sukan kita waktu kecil dulu.
1. Merah
– Ada antocyanins dan carotenoids.
– Bagus untuk mata, jantung, penghadaman dan sel.
2. Oren
– Ada carotenoids.
– Bagus untuk mata, sistem imun, jantung dan sel.
3. Kuning
– Ada beta-carotene.
– Bagus untuk kulit, mata, peredaran darah dan sistem imun.
4. Hijau
– Ada chlorophyll.
– Bantu kurangkan kolesterol, bagus untuk organ, sel dan penyembuhan.
5. Purple dan biru
– Ada antocyanins.
– Bagus untuk memori, tulang, peredaran darah dan jantung.
Anak akan dapat cukup keperluan vitamin dan mineral jika kita pelbagaikan buah yang anak ambil setiap hari.
Kadang, anak bukan tak suka. Tapi bila kita tak kenalkan, mereka belum suka dengan buah itu.
Cuba sediakan selalu, buah yang anak kita tak suka sangat. Biar je sentiasa ada di rumah buah tu.
Mesti satu hari, dia akan tanya kita, dan rasa nak cuba buah tu.
Sama-sama kita cuba perbanyakkan jenis pilihan warna buah yang ada di rumah ya. Moga anak kita dapat khasiat terbaik dari setiap jenis buah yang diambil.
Makanan manis memang menjadi kegemaran anak-anak. Kadang-kadang waktu pagi pun anak-anak dah minta buatkan air coklat kegemaranya.
Namun tahukah anda, gula yang tinggi boleh memberi pelbagai masalah kepada tubuh badan anak? Ikuti perkongsian Dr Mazliana bagaimana gula boleh merosakkan otak anak.
Kecut otak anak-anak kalau kita bagi makan minum tinggi gula selalu.
Tugas kita untuk ajar anak-anak tentang bahayanya gula.
Sejak dari anak-anak kecil, cuba ajak mereka jauhkan diri dari gula seboleh mungkin. Ajak pelan-pelan, explain selalu. Anak-anak akan faham.
Susah nak buat, tapi kita cuba.
Sebab kesannya kita takkan nampak sekarang.
Cuba bayangkan kita hari-hari bagi anak minum air manis waktu pagi sebelum ke sekolah.
Mungkin kita fikir untuk beri tenaga, nak anak sihat dan kuat supaya dapat fokus belajar di sekolah.
Atau mungkin option yang lebih sihat kita bagi susu tepung kaya DHA yang dibancuh dengan gula bagus untuk perkembangan otak. Sebenarnya kita tengah latih anak kita dari kecil, wajib minum air manis waktu pagi sebelum pergi sekolah.
Mereka akan bawa sampai ke tua seperti kebanyakan kita sekarang yang tak boleh tinggal air manis waktu sarapan pagi.
Hakikat sebenar, kita telah rosakkan sel otak anak-anak dengan kenalkan mereka dengan makanan dan minuman bergula seawal bangun pagi.
Biskut. Roti. Aiskrim. Jus buah. Jem. Bar coklat. Cereal. Keropok. Pes pasta. Sos. Kicap. Sos tiram. Pes masakan.
Semuanya ada gula samada kita sedar atau tidak. Susah untuk kita elakkan sepenuhnya gula dalam kehidupan seharian.
Gula tersembunyi terlalu banyak dalam makanan ultra proses. Walau kita rasa tak manis sangat, tapi gula tetap banyak dalam tu. Gula antara kandungan pertama dalam kebanyakan makanan ultraprocessed.
Kalau susah nak elak yang lain, kita cuba elak air manis je dulu dari anak-anak. Terutama waktu pagi k. Minum air kosong kan lebih sihat.
Kita cuba sama-sama ya, insyaAllah.
Kredit: Dr Mazliana
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak memang suka makan jajan. Bagaimanapun ibu bapa perlulah mengambil tahu tentang keburukan memakan jajan pada anak-anak. Ada sesetengah mak ayah siap jadikan jajan sebagai hadiah bila balik dari kerja. Konon nak curi hati anak-anak tetapi sebenarnya itulah makanan yang boleh undang penyakit!
Malah lagi teruk, siap jadikan hadiah kecil untuk anak-anak bila buat majlis. Hmm… memang rasa bersalahlah nak tegur si pemberi. Untuk tahu lebih jauh tentang pemakanan ini, baca perkongsian Doktor Taufiq Razif ini.
Terkedu saya!
Baru-baru ni saya ambil anak saya daripada tadikanya. Yang peliknya anak saya taknak berenggang dengan beg galas dia. Saya dah jadi pelik dah. Bila saya buka je beg dia.
Anak-anak Suka Makan Jajan
Ya Allah! Penuh dengan jajan!
Hari pertama beg dia penuh dengan bungkusan jajan berperisa jagung. Saya urut dada. Takpelah. Mungkin cikgu dia tersilap masukkan la kot. Hari kedua ketiga lepas tu pun masih dapat jajan lagi. Bermacam macam perisa pulak tu. Siap dapat lolipop lagi. Saya tak boleh berdiam diri lagi. Saya jumpa terus cikgu tadika anak saya tu.
Saya tak marah pun cikgu tu cuma saya tanya elok-elok je. “Cikgu, kenapa banyak sangat jajan dalam beg anak saya?”.
Cikgu tu macam agak cuak jugak la sebab dia kenal saya kot. Dia cakap ada pelajar yang celebrate birthday jadi bagi bagi je jajan tu kat semua pelajar tadika tu. Saya terkedu!
Eh! Kenapa ada mak ayah yang celebrate anak dengan jajan?
Ibu Bapa Ketahui Bahayanya
Sini saya nak bagitahu keburukan jajan ni kat mak ayah semua. Mana tahu ada yang belum tahu kan.
1. Jajan tu sendiri bermaksud makanan yang tinggi kalori tapi takde nilai nutrisi.
2. Kanak-kanak yang terdedah dengan jajan ni terdedah pada penyakit kronik seperti kencing manis, kanser, strok dan juga berisiko besar untuk dapat penyakit kardiovaskular sebelum umur 30 tahun.
3. Lebih parah lagi kalau kanak-kanak tu terdedah dengan jajan sebelum umur 3 tahun. Ikut kajian daripada University of Bristol, kanak-kanak yang terdedah dengan jajan sebelum umur 3 tahun akan memberi kesan pada IQ kanak-kanak tu.
4. Walaupun mungkin lepas tu ibubapa dah tersedar dan cuba ubah balik gaya pemakanan si anak tu tapi dah terlambat dah! Sebab perkembangan otak paling progresif dalam 3 tahun pertama tu. Efeknya? Seumur hidup!
Jadi kepada mana-mana ibubapa tu, tolong la pantau apa yang anak kita makan ye. Zaman sekarang adalah zaman yang mana ‘ penyakit orang dewasa ‘ dah mula menyerang kanak-kanak. Ni la zaman yang mana umur 20 tahun pun dah ada yang kena potong kaki dan umur 30 tahun pun dah kena strok dan serangan jantung.
NOTA: Tolong ingatkan pasangan dan keluarga kita sekali ye. Sama-sama kita jaga keluarga kita.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.