Setelah enam kali keguguran, seorang ibu yang dikenali sebagai Demi Pertowski dari New Mexico barulah dikurniakan seorang anak perempuan yang comel, Zariah Hasheme, 2 tahun.
Tapi hayat anak perempuannya itu tidak lama apabila pengasuhnya, Tammie Brooks, 41 tahun terlupa untuk menghantar Zariah ke pusat jagaan, sebaliknya membiarkan mangsa dalam kereta ketika dia keluar bekerja sekitar jam 6.30 pagi waktu tempatan.
Menurut polis, Zariah Hasheme maut selepas Tammie meninggalkannya dalam kereta yang panas untuk sekurang-kurangnya tujuh jam pada 17 September lalu di Albuquerque, New Mexico.
Brooks dikatakan terlupa untuk menghantar Zariah ke pusat jagaan, sebaliknya Zariah dibiarkan dalam kereta apabila dia pergi bekerja pada jam 6.30 pagi (waktu tempatan).
Difahamkan juga, Brooks hanya menyedari perkara itu ketika mahu menjalankan satu urusan. Polis kemudian dihubungi dan Zariah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ads
Akibat kecuaian yang dilakukan, Brooks dikenakan tuduhan pengabaian kanak-kanak hingga menyebabkan kematian namun dibenar ikat jamin AS$50,000 (RM208,726) ketika kes dikemukakan di mahkamah Isnin lalu dan perbicaraan awal dijadualkan pada 23 Oktober.
Ditanya berhubung ikat jamin terhadap Brooks, ibu mangsa, Demi Petrowski berkata, ia tindakan yang tidak adil.
“Setiap hari saya berdoa supaya dikurniakan anak, tapi dia telah membunuh anak saya,” kata Petrowski yang sangat bersedih dengan kematian anaknya itu.
Ads
Dalam satu kenyataan lain, Zachary Hasheme berkata,” Saya dengar Demi menjerit di talian mengatakan Zariah sudah tiada. Saya tak tahu apa nak buat, saya yang ketika itu sedang memandu terus memberhentikan kereta,” ujarnya mengimbas kembali saat dikhabarkan tentang kematian anak tunggalnya itu.
Di sebalik kehilangan yang amat memedihkan, Petrowski dan pasangannya, Zachary Hasheme kini menggunakan kematian Zariah untuk mengingatkan orang ramai tentang bahaya meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan.
“Sentiasalah melihat ke kerusi belakang kereta, dan jika anda melihat ada kanak-kanak di dalamnya, bantulah keluarkan mereka. Untuk pusat jagaan, jika ada anak-anak di bawah jagaan anda yang tidak hadir seperti kebiasaan, tolonglah hubungi ibu bapa mereka atau seseorang yang ada dalam senarai kecemasan,” ujarnya.
Hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon Fattah Amin dan isterinya, Fazura masih lagi berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Walaupun belum lagi menerima perkhabaran yang gembira, pasangan ini sentiasa positif.
Melalui entri instagram Fazura, dia ada berkongsikan nota ringkas yang dikirimkan kepada adik angkatnya yang pergi ke Tanah Suci untuk mendoakan yang baik-baik padanya.
Dalam nota tersebut, Fazura ada menulis untuk menitipkan doanya semoga dikurniakan zuriat yang sempurna, dikurniakan rezeki buatnya dan suami supaya dapat membantu keluarga dan orang memerlukan serta dijauhkan dari fitnah dan hasad dengki manusia.
Fazura menyatakan dia cukup bersyukur dipertemukan dengan adik angkat yang diperkenalkan oleh mama sewaktu berada di Madinah baru-baru ini.
“Setiap kali Wani menunaikan umrah, sering kali dia meminta titipan doa dari saya dan ua benar-benar buat hati saya jadi sayu dan bersyukur,” kongsinya.
Bukan setakat usaha Fazura sahaja, Fattah juga turut berkongsikan video dari Prof Muhaya ketika dia menerima beberapa nasihat daripada pakar motivasi tersebut tentang kehidupan dan mencapai matlamat, terutama dalam soal memperoleh zuriat.
Menerusi video tersebut, rata-rata peminat Fattah memberikannya semangat supaya jangan mudah berputus asa dan sentiasa berusaha kerana apa yang diberikan atas kehendak-Nya.
Sumber: Ig Fazura/ Fattah Amin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perhubungan antara ibu bapa dan anak adalah sangat penting bagi kerana ia membina asas kepada segala perhubungan yang bakal wujud dan menjadi sumber kepada pembentukan perasaan kasih sayang, keintiman sesebuah perhubungan, kepercayaan dan rasa selamat.
Keakraban ini adalah asas kepada pembentukan 90% daripada otak anak pada enam tahun pertamanya.
Apakah antara bahagian yang terkandung dalam 90% itu? Ia adalah perkembangan seperti berikut;
1. Perkembangan yang melibatkan sensori yang menjadi permulaan kepada pembentukan otak.
2. Perkembangan emosi.
3. Perkembangan perhubungan rapat dengan anak.
4. Pembentukan memori.
Ada 3 waktu yang kita boleh manfaatkan untuk perbaiki bonding kita dengan anak. Guna formula 3-3-3 ni.
3 Waktu
– anak bangun tidur
– balik dari sekolah atau pusat asuhan
– anak nak tidur
3 minit setiap waktu ni
– 3 minit pertama masa anak bangun tidur
– 3 minit pertama sejurus sampai je anak di rumah
– 3 minit sebelum anak tidur
3 benda boleh buat
– Peluk dan cium anak
– Senyum pada anak
– Bercerita pada anak
9 minit ni jika betul kita manfaatkan setiap hari insyaAllah, sampai umur 90 tahun pun anak masih lagi ingat pada mak ayah..
Bonding Dengan Anak Makin Kuat Jika Kita Tahu Bahasa Cinta Mereka
Ada 5 Bahasa Cinta ( Love Language )
😄Kata kata ( Word )
– anak suka bila kita selalu puji dan bagitahu kita sayang dia
🙌Sentuhan ( Touch )
– anak suka bila kita peluk dan usap kepala dia. Masa jalan dia mesti nak pimpin tangan.
⏰Masa ( Time )
– anak yang suka panggil dan tarik perhatian kita untuk tengok gelagat dia.
🎁Pemberian ( Gift )
– anak yang suka di beri reward atau hadiah bila dia berjaya buat sesuatu.
💁♀️Beri khidmat ( Service )
– anak yang suka meminta tolong dan gembira bila kita selalu tolong dia
Ada anak satu je bahasa cinta dia, ada juga anak yang sampai kelima lima ni bahasa cinta dia. Kenali bahasa cinta anak anak maka senang la kerja parenting anda nanti.
Dalam kegairahan ibu-ibu menghias rumah jangan pula sampai mengundang bahaya ya. Memang cantik bila rumah dihias dengan kertas dinding ataupun wallpaper tapi biarlah kena pada tempatnya. Tak semua benda atau tempat perlu ditutup dengan kertas dinding.
Usah Pasang Kertas Dinding Pada Peralatan Elektrik
Jangan tampal pada bahan mudah terbakar
Pemasangan kertas dinding (wallpaper) boleh menjadikan ruang pada sesebuah rumah itu kelihatan cantik dan menarik. Namun, usah sesekali menampal bahan mudah terbakar itu pada peralatan elektrik.
Boleh tingkatkan risiko kebakaran
Selain haba tidak dapat dibebaskan dengan baik, trend pemasangan kertas dinding pada peti sejuk misalnya boleh meningkatkan risiko kebakaran.
Tindakan itu juga dapat mengurangkan keberkesanan dan memendekkan jangka hayat sesebuah peralatan elektrik.