61567335828_Lemas

Kadar kematian akibat lemas di seluruh negara setiap tahun adalah tiga atau empat kali ganda berbanding mangsa kebakaran sejak 2018.

Enam Kawasan Berisiko Mati Lemas, Ibu Bapa Sila Pantau Anak-Anak Ketika Musim Hujan

Enam Kawasan Berisiko Mati Lemas

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti enam kawasan berisiko mati lemas di seluruh negara, tahun ini, kata Ketua Pengarah Datuk Mohammad Hamdan Wahid.

Beliau berkata ia membabitkan lima kawasan sungai di Kedah, Perak dan Sabah serta satu kawasan air terjun di Terengganu dengan kematian akibat lemas direkodkan seramai 14 orang di kawasan terbabit, sehingga Oktober lepas.

IKLAN

"Kadar kematian akibat lemas di seluruh negara setiap tahun adalah tiga atau empat kali ganda berbanding mangsa kebakaran sejak 2018. Kebanyakan mangsa lemas ini merupakan pelajar sekolah dan kebiasaannya mangsa adalah orang luar dan bukan penduduk tempatan di kawasan itu,"

15 Kawasan Berisiko Direkodkan Bagi Tahun 2016 hingga 2018

IKLAN

Bagi 2016 hingga 2018, JBPM merekodkan sebanyak 15 kawasan dikenal pasti berisiko tinggi mati lemas membabitkan lima kawasan sungai di Sabah, Selangor dan Kelantan, empat kawasan air terjun di Selangor, Terengganu dan Pahang, tiga kawasan pantai di Kelantan dan Pulau Pinang dan tiga kawasan tasik, lombong dan empangan di Selangor, dengan kekerapan insiden mati lemas lebih daripada lima mangsa.

Selain itu, sebanyak 39 kawasan dikenal pasti sebagai kawasan berisiko mati lemas membabitkan sembilan kawasan sungai di Kedah, Negeri Sembilan, Sarawak dan Terengganu, lima kawasan air terjun di Terengganu, Selangor, Pahang dan Perak, lima kawasan tasik, lombong, empangan dan jambatan di Johor, Kuala Lumpur, Sarawak dan Perak serta 20 kawasan pantai di Terengganu, Negeri Sembilan, Sarawak, Kelantan, Perak, Sabah, Selangor dan Pahang, bagi tempoh 2016 hingga 2018.

IKLAN

Ia membabitkan kekerapan insiden mati lemas kurang daripada lima mangsa.

Sementara itu, Mohammad Hamdan berkata 80 peratus daripada keseluruhan 15,000 anggota JBPM dibekukan cuti sebagai persiapan menghadapi monsun timur laut yang dijangka berlaku bermula bulan ini sehingga bulan hadapan.

Sumber: Bernama, Astro Awani

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI