Sudah menjadi kebiasaan kalau menonton filem, kita gemar mengunyah bertih jagung. bahkan ini jugalah kudapan yang akan kita berikan kepada anak-anak supaya mereka leka ketika filem sedang ditayangkan dan tidak merengek itu ini.
Tahukah anda, tabiat itu sebenarnya bahaya apatah lagi jika bertih jagung diberikan kepada anak yang berusia lima tahun ke bawah?
Satu insiden buruk telah berlaku kepada seorang budak lelaki yang diberikan bertih jagung oleh ibunya didapati tercekik makanan ini. Perkara ini dikongsikan sendiri oleh ibunya, Nicole Johnson Goddard melalui statusnya di laman Facebook.
“Saya mahu berkongsi pengalaman yang membuka mata kerana tidak ramai yang tahu bahaya bertih jagung terhadap anak kecil. Kami menonton filem pada Sabtu lepas dan makan bertih jagung seperti yang selalu kami lakukan. Saya tidak berfikir dua kali ketika memberi bertih jagung kepada Nash. Nash ada tercekik sedikit ketika makan tapi dia nampak baik saja. Kami tak nampak apa-apa yang keluar dari mulutnya, jadi kami fikir semuanya elok. Apa yang kami perhatikan, dia sering terbatuk selepas itu.
Ads
Esoknya, dia masih elok saja tetapi saya perasan bunyi batuknya agak pelik. Itu yang membimbangkan saya. kemudian Nash nampak seperti kepanasan dan mula meragam. Saya dapati dia demam dan saya berikan dia ubat. Selepas itu, saya tidurkan dia. ketika tidur, saya dapati nafasnya lain macam.
Ads
Saya terus hubungi pakar kanak-kanak yang kami biasa dan beritahu padanya yang Nash harus diperiksa segera. Kami bawa Nash ke hospital dan doktor menjalankan ujian X-ray terhadapnya. Dia nampak seperti tidak suka dengan apa yang dia lihat, jadi dia jadualkan untuk buat pembedahan Bronchoscopy. Kami terus diterbangkan ke Denver untuk menjalankan prosedur itu. Saya menangis sepanjang dia dibedah.
Kata doktor, dia tercekik bertih jagung dan ia tersekat di paru-parunya. Hal ini menyebabkan Nash mengalami pneumonia pada paru-paru kiri. Doktor juga memberitahu mereka dapat mengeluarkan enam ketul bertih jagung ketika pembedahan. untuk memastikan mereka berjaya mengeluarkan kesemua bertih jagung itu, doktor terpaksa menjalankan prosedur yang sama selama dua hari.
Apabila para doktor sudah yakin Nash pulih, kami dibenarkan untuk membawanya pulang. Sememangnya pengalaman ini umpama menaiki roller coaster. Nash sememangnya anak yang kuat dan dia pulih dengan cepat.
Ads
Kalaulah saya tidak mempercayai naluri keibuan saya, dah tentu penyudahnya lebih teruk. Saya juga diberitahu bahawa bertih jagung tidak sesuai diberikan kepada anak kecil berumur lima tahun ke bawah. Saya benci untuk menggunakan alasan yang dia merupakan anak ketiga kami jadi saya terlepas pandang dan tidak peka dengannya.”
Ada masanya, perkara remeh boleh menjadi pengajaran kepada kita. Setiap hari kita mencuba yang terbaik untuk berikan keselesaan kepada anak-anak. Tidak pernah kita sangka, bertih jagung boleh mendatangkan kemudaratan seperti itu sekali kepada anak kecil. Maka, beringatlah dan pastikan anda pilih snek lain yang lebih sihat ketika menonton filem bersama yang tersayang.
Suami isteri bersama anak lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan lori di Kilometer 216 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, hari ini.
Pegawai Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Muhamad Ezanee Hamat berkata, pihaknya menerima penggilan berhubung kemalangan itu pada 11.02 pagi dan 21 anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, Ayer Keroh dan Tampin dikejarkan ke lokasi.
Menurutnya, sejurus tiba didapati terdapat kemalangan membabitkan Honda Jazz dan lori dipandu seorang lelaki.
“Pasangan suami isteri berusia 28 tahun dan anak lelaki berusia setahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan, manakala pemandu lori tidak cedera,” katanya.
Beliau berkata, operasi tamat pada 1.09 tengah hari dan kemalangan menyebabkan kesesakan sejauh lima kilometer.
“Mayat ketiga-tiga mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, ” katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendent Arshad Abu ketika dihubungi memaklumkan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.
“Jasad kecil ini hanya ingin menumpang untuk dikebumikan di tanah milik tuhan, namun haknya dinafikan oleh orang kampung”
Menurut sumber, jenazah bayi ini tidak boleh di tanam di kampung tersebut malah pengurusan jenazah turut dilakukan di tempat lain hanya kerana bapanya bukan warganegara, tidak cukup duit dan dokumen.
Terpanggil untuk melaksanakan fardhu kifayah, pemilik page Abam botak yang menguruskan jenazah tampil menghulurkan bantuan dan melakukan segala urusan berkenaan jenazah dan segera melakukan pengebumian.
Sebenarnya tadi ada 1 jenazah bayi yang baru lahir meninggal dunia. Bayi tersebut dinafikan untuk dikebumikan di kampung itu
Berapa sangatlah ruang tanah yang digunakan untuk jenazah bayi ni
Alhamdulillah bayi tersebut dikebumikan di Sandakan, Terima kasih penjaga (TIP) Sim-Sim kerana terima jenazah ini
Rata-rata netizen memberikan reaksi sedih dan marah dengan sikap sesetengah masyarakat kampung tersebut yang masih tidak berhati perut dengan situasi yang dihadapi oleh bapa ini. Sepatutnya mereka perlu mempercepatkan proses pengebumian jenazah dan bukanya tidak menerima jenazah kecil itu.
Sebuah pesawat komersial dilaporkan terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Arab Saudi selepas penumpang wanita tertinggal bayinya di terminal.
Penumpang wanita tersebut kemudian menyedari bayinya tiada di sisi lalu memaklumkan kepada kru kabin.
Pesawat SV832 Saudi dari Jeddah terpaksa berpatah balik selepas juruterbang meminta kebenaran dari pusat kawalan trafik udara.
Puncanya adalah kerana ada seorang ibu warganegara Saudi membuat laporan kepada juruterbang yang bayinya tertinggal di ruang menunggu berlepas di Lapangan Terbang King Abdul Aziz.
Bunyinya sangat pelik namun situasi itu yang terjadi. Atas dasar tanggungjawab, juruterbang pesawat SV832 itu membuat panggilan ke menara kawalan.
Ini atas dasar kecemasan dan mendapat kebenaran untuk berpatah balik mengambil semula bayi penumpang tersebut.
“Alhamdulillah. Sekarang boleh patah balik atau bagaimana?” Antara percakapan juruterbang yang sempat dirakam.
Operator menara kawalan terkejut dengan berita tersebut dan bertanya kepada rakan setugas tentang SOP untuk pesawat berpatah balik.
“Ada penumpang di dalam pesawat tertinggal bayi di terminal dan tidak mahu meneruskan penerbangan”
Selepas keputusan berpatah balik diluluskan, kedengaran sorakkan penumpang dari dalam kapal terbang.
Sementara itu di media sosial, Warga maya memuji tindakan pantas juruterbang yang sanggup berpatah balik agar si ibu dapat mengambil bayinya semula.
Kredit: GulfNews
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semakin ramai pasangan berkahwin kini cenderung memilih gaya hidup 'childfree', iaitu tidak mahu mempunyai anak. Trend ini dilihat membimbangkan.Walaupun keputusan ini dilihat sebagai hak...