Ads
Home Keibubapaan Enggan Masukkan Anak Ke Tadika Lebih Awal, Cik Epal & Suami Pilih...

Enggan Masukkan Anak Ke Tadika Lebih Awal, Cik Epal & Suami Pilih Didikan Anak Cara Tradisi Jepun!

Ads

Nama Cik Epal dan suaminya, Jofni Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Jo melonjak naik selepas isu kes saman menyaman di instagram. Dek kerana terlalu terbuka berkongsi segala hal, mereka dikecam tanpa usul periksa.

Mendekati Cik Epal dan suami ketika sesi fotografi bersama si comel Yuki, sebagai penghias muka Majalah Pa&Ma Ogos nanti, kedua-duanya terlihat cukup mesra dan cukup cool dalam segala hal. Malah pasangan ini cukup sporting berkongsi cerita.

Enggan Masukkan Anak Ke Tadika Lebih Awal, Cik Epal & Suami Pilih Didikan Anak Cara Tradisi Jepun!

Kala diminta berbicara soal anak-anak, kedua-duanya cukup teruja malah tidak lokek berkongsi cerita.

Menariknya, Cik Epal dan suami punya cara sendiri dalam mendidik kedua-dua anak mereka, Han, 4 tahun dan si comel Yuki, 4 bulan. Mereka sepakat untuk tidak terlalu memaksa anak-anak dalam segala hal. Malah kalau boleh mereka mahu mengikut rentak anak-anak itu sendiri daripada memaksa mereka untuk melakukan satu-satu hal.

Enggan Masukkan Anak Ke Tadika Lebih Awal, Cik Epal & Suami Pilih Didikan Anak Cara Tradisi Jepun!

Ads

“ Han anak yang suka explore semua benda. Malah dia banyak belajar daripada apa yang dilihatnya setiap hari. Kalau kami keluar, ada sahaja pertanyaan dari Han dan dari situlah kami akan beritahu dia dan dalam masa yang sama mendidiknya dengan pelbagai perkara. Di rumah juga kami tak memaksa untuk dia belajar, sebaliknya mendidik daripada apa yang dilihat disekelilingnya.

Enggan Masukkan Anak Ke Tadika Lebih Awal, Cik Epal & Suami Pilih Didikan Anak Cara Tradisi Jepun!

Malah kami juga sepakat untuk hanya memasukkan Han ke sekolah apabila usianya lima tahun kelak. Bukan pada kami terlalu awal ketika usianya 4 tahun tetapi kami yakin usia 5 tahun adalah waktu yang paling sesuai untuk Han,” kata Jo bercerita.

Ads

Enggan Masukkan Anak Ke Tadika Lebih Awal, Cik Epal & Suami Pilih Didikan Anak Cara Tradisi Jepun!

Malah kata Jo lagi, dia senang melihat cara didikan yang didedahkan pada anak-anak Jepun.

“Pernah ketika bercuti ke Jepun, seorang wanita berusia berkongsi cara didikan Jepun yang sekian lama menjadi tradisi mereka.

Ads

Katanya pada usia 1 hingga 3 tahun, anak-anak dididik dengan kasih sayang, 4 tahun pula dididik dengan adab dan pada usia 5 tahun barulah mereka di dedahkan dengan pendidikan sebenar di sekolah.

Pada kami tidak salah jika cara ini baik untuk perkembangan dan peribadi anak-anak itu sendiri. Kami ambil mana yang dirasakan baik buat anak-anak. Benda yang baik kita kena contohi,” katanya lagi.

Kredit Foto: @cikepal

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI