
Raya adalah waktu untuk bergembira, berkumpul bersama keluarga, dan meraikan tradisi. Tahun ini, apa kata tambah keseronokan dengan pengalaman yang lebih bermakna untuk anak-anak anda? Dengan adanya WiFi yang kencang di rumah, anda boleh memeriahkan sambutan Raya dengan cara yang menyeronokkan dan mudah. Berikut adalah empat idea kreatif untuk memastikan anak-anak anda gembira dan terhubung semasa musim perayaan.
Strim Video Bersama Anak Tersayang, Banyak Yang Best-Best !
Tiada cara yang lebih baik untuk mengeratkan hubungan keluarga semasa Raya selain strim rancangan dan video kegemaran anak-anak secara dalam talian. Dengan WiFi yang kencang, anda boleh strim pelbagai kandungan menarik untuk kanak-kanak seperti Didi & Friends, Upin Ipin, Makania, dan banyak lagi. Bukan itu saja, terdapat juga banyak program yang menarik dan ceria sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Pasti raya lebih meriah!
Ajak keluarga berkumpul dan nikmati masa berkualiti bersama sambil menari dan bermain mengikuti gerak lagu atau cerita dari rancangan tersebut. Ini adalah cara yang menyeronokkan untuk kekal aktif dan menikmati suasana Raya. Dengan sambungan WiFi, anda tidak perlu risau tentang masalah penstriman atau sangkut-sangkut.
Nak lebih meriah, tonton video muzik “Nyam Nyam Ketupat”, “Meriah Lain Macam,” dan “WiFi Kencang Tak Sangkut-Sangkut“ nyanyi dan menari bersama anak-anak. Rumah lebih meriah, hati pun terhibur! Janji ada WiFi yang stabil dan tak sangkut-sangkut, muzik boleh dimainkan serentak di seluruh rumah menggunakan pelbagai peranti. Tambahan pula, tetamu boleh terus sambung WiFi hanya dengan imbas kod QR melalui aplikasi WiFi dengan mudah dan pantas tanpa tunjuk password.
Main ‘Game’ Dalam Talian Bersama Keluarga
Raya bukan hanya tentang makanan dan acara perayaan; ia juga tentang berseronok bersama. Anda boleh bermain permainan dalam talian bersama anak-anak.
Sama ada permainan yang menyeronokkan di pelbagai aplikasi atau permainan interaktif di platform penstriman kegemaran, anda boleh mencipta kenangan manis sambil bersaing atau bekerjasama sebagai satu pasukan.
Dari permainan pendidikan yang membantu perkembangan anak-anak hingga permainan kasual yang semua orang boleh nikmati, pasti ada sesuatu yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Janji ada WiFi tapi kena kencang jugak, jika tidak anak-anak akan mengamuk dan semua berebut WiFi menjadikan semuanya sangkut-sangkut. Susah nanti!
‘Shopping’ Barang Anak, Tak Payah Susah Keluar Rumah!
Sempena Raya kali ini, hilangkan kesulitan membeli-belah dengan membeli secara dalam talian. Tidak perlu lagi risau tentang mencari tempat letak kereta atau menghabiskan berjam-jam di pusat membeli-belah!
Ibu bapa boleh meneliti kedai dalam talian dan membeli pakaian Raya atau hadiah untuk anak-anak tanpa meninggalkan rumah. Selain itu, membeli-belah secara dalam talian memberi anda lebih banyak pilihan dan tawaran menarik, menjadikannya lebih mudah dan jimat masa. Anda juga boleh membeli hamper Raya atau hidangan istimewa untuk mengejutkan anak-anak!
Janji ada WiFi yang kencang, jika tidak sangkut-sangkut akan menyebabkan transaksi gagal dan kena ulang semula semua proses tu. Renyahnya!
Ikut Trend Media Sosial Bersama Anak
Biar anak-anak update media sosial dengan merakam detik-detik Raya mereka. Sama ada buka hamper, memperagakan busana Raya (OOTD), atau bersolek, anak-anak pasti seronok berkongsi pengalaman mereka di media sosial. Anda boleh merakam video, menggunakan pelekat dan filter Instagram yang menarik, dan memuat naiknya di platform seperti Instagram, Facebook, atau TikTok.
Melihat reaksi mereka dan kegembiraan mereka untuk berkongsi momen perayaan ini pasti akan membuatkan mereka semakin ceria!
Rahsianya mudah saja, gunalah Astro Fibre WiFi Kencang 500Mbps. Bukan sahaja kerana kelajuan yang kencang, tetapi ia boleh digunakan pada pelbagai peranti untuk pengalaman penstriman, pelayaran, permainan, dan sosial yang terbaik tanpa sangkut-sangkut.
Raya jadi lebih meriah dan bermakna dengan Astro Fibre WiFi Kencang seperti kempen terbaharu dengan kerjasama Didi & Friends dan Kakak Kencang, Hawa Rizwana melalui lagu sing-along “WiFi Kencang Tak Sangkut-Sangkut” untuk menyerlahkan pengalaman penstriman dan aktiviti-aktiviti WiFi yang terbaik.
Dapatkan tawaran eksklusif untuk pelanggan Astro: 500Mbps hanya RM90/sebulan.
Tunggu apa lagi? Sertai sekarang dan nikmati pengalaman tanpa sangkut-sangkut.
Whatsapp “Hi” ke 03-9543 3838 atau layari astro.com.my/fibre sekarang untuk info lanjut.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI