Sarapan pagi atau minum petang ada waktunya begitu membosankan anak kecil kita. Tempoh dua waktu ini adalah masa mereka bermain dengan aktif dan disebabkan itulah makanan sering tidak diendahkan pada waktu ini. Mama haruslah lebih bijak dan kreatif dalam memberikan ‘rasa’ kepada anak.
Idea kreatif ibu ini, Norlaila Mohd Yusoff yang menyediakan Epal Karamel ke dalam oat anak boleh juga dicuba untuk menarik perhatian anak. Salah satu rasa semulajadi tetapi masih mengekalkan kesihatan yang baik pada anak kecil kita. Jom cuba. Mana tahu anak kita makan sampai licin.
Epal karamel kayu manis. Kemain panjang nama!
Bahan-bahan:
2 biji epal saiz kecil (saya guna epal fuji sebab manis)
Unsalted butter (UB)
Sedikit kayu manis
Mula-mula Ibu sagat epal. Tak nak sagat pun boleh. Potong kiub. Lepas tu steam kan atau rebus pun boleh kasi empuk.
Dah siap tu tabur sikit serbuk kayu manis. Ibu sagat je sikit batang kayu manis tu. Takde yang serbuk.
Epal karamel ni boleh dijadikan inti pai, boleh dijadikan sos makan dengan lempeng atau topping atas oat.
Ibu belum kenalkan tepung dan roti kat Irfan. So untuk hari ni epal karamel ni sebagai topping untuk Irfan sarapan dengan oat.