Kebanyakan ibu selepas bersalin, terutama yang mengambil suntikan epidural selalu mengadu sakit belakang dan menganggap kesakitan itu berpunca daripada kesan suntikan tersebut.

Untuk pengetahuan ibu, kesakitan yang dialami itu bukanlah disebabkan kesan suntikan epidural, tetapi faktor lain yang berlaku semasa dan selepas bersalin.

Melalui perkongsian jururawat Bel Nawhen, dia memberikan fakta kenapa sakit belakang selepas bersalin dan perbezaan antara spinal anesthesia dan epidural anesthesia.

Epidural Bukan Sebab Utama Sakit Belakang Lepas Bersalin. Faktor Usia, Kerap Hamil Pun Antara Puncanya

Bagi memastikan pembedahan berjalan lancar, pembiusan memainkan peranan penting. Selain itu, bius mampu menghentikan sementara rasa sakit sepanjang proses pembedahan. Selain bius penuh, bius separuh badan juga merupakan bius yang popular. Ia dikenali sebagai Spinal Anesthesia.

Ramai yang keliru antara spinal anesthesia dan epidural anaesthesia. Cuma ia tetap menggunakan ubat bius bagi mengebaskan anggota dari pinggang ke bawah.

Spinal Anaesthesia

  • Ubat bius dimasukkan ke dalam air tulang belakang. Spinal Anaesthesia kebiasaannya diberi bagi procedure seperti Caesarean, procedure melibatkan bahagian pinggang ke bawah.
  • Ia disuntik ke dalam cecair tulang belakang anda.
  • Ia lebih cepat memberi kesan serta-merta.

Epidural Anaesthesia

IKLAN
  • Ubat bius dimasukkan ke dalam rongga epidural yang juga terletak di tulang belakang (epidural space)
  • Ia akan membuatkan anda berasa kebas atau juga menahan rasa sakit di beberapa kawasan badan anda.
  • Di dalam kes ibu yang bersalin, ia akan memberi kesan dari pinggang hingga kaki. Ia mengambil masa 10-20 minit untuk memberi kesan kebas tersebut.
  • Satu tiub kecil akan dibiarkan di tempat tersebut. Oleh itu jika anda memerlukan dos yang lebih lagi, ubatan hanya dimasukkan dengan terus melaluinya.

~ Pemilihan lokasi suntikan bergantung kepada kawasan yang hendak dibedah. Kemudian, sebelum memulakan pembedahan, tahap kekebasan kaki akan diuji dahulu bagi memastikan ubat bius bertindak sepenuhnya.

Epidural Bukan Sebab Utama Sakit Belakang Lepas Bersalin. Faktor Usia, Kerap Hamil Pun Antara Puncanya

~ Merasakan bahawa kaki amat berat atau seolah lumpuh adalah perkara normal. Ia akan hilang dalam tempoh 6jam. Kerana itu, pesakit dikehendaki berbaring selama sekurang-kurang 6jam selepas diberikan spinal. Tujuannya adalah:

1) Tidak mahu pesakit jatuh jika berjalan semasa kesan bius masih ada.

2) Mengelakkan risiko sakit kepala kerana kesan cucukan di spinal space menyebabkan tekanan csf (cerebro spinal fluid) menjadi menurun. Penurunan tekanan ini menyebabkam sakit kepala.

IKLAN

Sakit belakang selepas ambil bius spinal dan epidural?

1)Bagi ibu yang baru melahirkan. Sakit belakang bukanlah sesuatu yang disebabkan oleh bius. Tetapi disebabkan perubahan bentuk tubuh sebelum, semasa dan selepas melahirkan.

2) Rahim yang mengembang semasa mengandung turut akan melemahkan otot abdomen dan menyebabkan tekanan tambahan yang boleh menjadi punca kepada sakit belakang.

3) Penambahan berat badan dalam tempoh hamil juga menyebabkan sakit belakang.

4) Proses bersalin juga boleh menyebabkan rasa sakit belakang yang berlarutan.

IKLAN

5) Faktor usia dan kekerapan hamil dan bersalin juga merupakan faktor penyumbang kepada sakit belakang.

Epidural Bukan Sebab Utama Sakit Belakang Lepas Bersalin. Faktor Usia, Kerap Hamil Pun Antara Puncanya

Ada beberapa tips bagi mengurangkan rasa sakit belakang selepas bersalin antaranya;

  1. Dapatkan berat badan yang ideal. Kegemukan menyumbang kepada rasa sakit belakang yang tidak kesudahan.
  2. Bersenam dan buat aktiviti fizikal ringan semasa dan selepas bersalin. Aktiviti fizikal dan senaman membantu memulihkan ketegangan otot dan ligamen selain membantu meningkatkan fleksibiliti otot sekitar.
  3. Rehat dengan cukup selepas melahirkan. Ahli keluarga terutama suami, bantulah isteri dalam menguruskan anak dan berpantang. Melahirkan itu meletihkan, rasa nyawa seperti dicabut-cabut.
  4. Elak dari melakukan kerja-kerja berat tidak kira semasa mengandung dan selepas bersalin seperti mendukung anak, mengangkat benda berat dan melakukan tugasan yang memerlukan tenaga digunakan. Beri masa untuk badan anda pulih sepenuhnya.
  5. Pastikan anda amalkan postur yang betul samada semasa duduk, berdiri dan mengangkat benda berat. Body mechanic yang betul dapat mengurangkan rasa sakit dan risiko kecederaan.
  6. Pastikan postur semasa menyusukan bayi adalah betul dan memberikan keselesaan kepada ibu dan anak. Elakkan membongkok. Lebih baik bersandar rapat ke kepala katil atau ampu belakang dengan bantal.
  7. Pakai kasut yang selesa dan tapak rata. Elak pakai kasit tumit tinggi buat sementara. Kasut tumit tinggi akan memberikan ketegangan pada betis dan membawa kepada sakit pinggang.
  8. Dapatkan sumber kalsium yang cukup. Kurang kalsium menyebabkan sakit belakang serta tangan dan kaki yang mudah kebas. Boleh juga ganti dengan sumber sayuran dan kekacang yang kaya kalsium jika ibu tidak minum susu. Sebarang supplement yang mahu diambil, biarlah atas pemantauan doktor.

** Spinal dan Epidural hanya boleh diberi oleh doktor pakar atau medical officer di bahagian bius. Bukan doktor pelatih ataupun jururawat.

Notakaki;

Jangan keliru antara keduanya. Sekurang-kurang anda diberi suntikan bius dan bukannya dibedah hidup-hidup.

Sumber: BelNawhen

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI