Tahniah diucapkan buat pelakon Erin Malek yang telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada Isnin di sebuah pusat perubatan.
Menerusi perkongsian suaminya, Farriz Fauzy, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
“Alhamdulillah selamat dating ke dunia anak lelakiku,” katanya.
Menerusi entri itu turut dikongsikan sekeping gambar memegang jari si comel yang dinantikan oleh semua.
Paling menarik pastinya tarikh kelahiran yang cukup cantik iaitu pada 11 November.
Terdahulu, Erin dan suaminya Farriz mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2014. Pasangan ini turut dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, Mohamed Faliq, 9 dan Nur Aisha yang kini berusia 7 tahun.
Menarik: Suprise Birthday Menjadi, Che Ta Tunaikan Impian Aaisyah “Nak 10 Hadiah”
Ajar Anak Mewarna Nak Pakai Crayon Atau Pensil Warna, OT Kongsikan Tipnya!
Nabila Razali Umum Hamil Anak Pertama, Bersalin Januari Depan, “Selera Makan Makin Bertambah!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Awas, Guna Selusuh Herba & Tumbuhan Paksa Rahim Terbuka! Kontraksi Melampau & Bayi Boleh Lemas
Selusuh menggunakan herba & tumbuh-tumbuhan tidak disyorkan kepada ibu yang hendak bersalin. Doktor ini terangkan 2 sebabnya. Tapi air selusuh bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa, sepatutnya tiada masalah untuk diamalkan.
Selusuh menjadi salah satu persediaan bersalin bagi ibu-ibu, Tetapi, tahukah anda yang ada selusuh yang tidak digalakkan untuk diambil kerana boleh menyebabkan pelbagai masalah dan kesakitan ekstra kepada ibu? Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan mengulas lanjut mengenai selusuh.
SELUSUH MEMUDAHKAN BERSALIN – YES OR NO ?
Biasanya orang Melayu kita lebih arif berkenaan dengan air tersebut. Air biasa direndam dengan akar fatimah ataupun air biasa dibaca dengan mantera jampi serapah atau dicampur sikit dengan herba-herba yang memulakan kontraksi rahim.
Air selusuh ni dipercayai digunakan untuk mempercepatkan proses bersalin dan digunakan sejak dahulukala lagi. Biasanya akan diminum selepas tanda-tanda awal bersalin itu berlaku, keluar darah awal bersalin pecah air mentuban pecah atau sakit kontraksi sudah bermula. Bukan sahaja boleh diminum, ada yang boleh disapu pada perut, bersertakan bacaan-bacaan tertentu.
Jika hanya air kosong dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa, sepatutnya tiada masalah untuk diamalkan.
Air rendaman akar fatimah, minyak selusuh bidan kampung, air jampi, air asam jawa yang dibacakan jampi, rendaman akar kayu dan herba – sekadar menamakan sedikit jenis-jenis selusuh amalan orang melayu. Mungkin ada banyak lagi selusuh yang tidak saya ketahui.
MUNGKIN MENGANDUNGI BAHAN AKTIF
Selusuh jenis ini tidak diketahui cara penghasilan dan bahan aktif di dalamnya – ada kajian membuktikan bahan yang digunakan mempunyai aktiviti seperti hormon oksitosin yang menyebabkan kontraksi pada rahim. Dos bahan ini tidak diketahui dan tak boleh dipantau secara klinikal.
Hormon oksitosin yang digunakan dalam dalam perubatan obstetrik moden diketahui dos nya dan diubah mengikut keperluan pesakit.
TIDAK GALAKKAN PENGGUNAAN AIR SELUSUH
Melihat kepada pengalaman saya yang sekelumit cuma ini, yang sentiasa berhadapan dengan ibu-ibu yang sedang bertarung nyawa ni, secara peribadinya, saya tidak menggalakkan penggunaan air selusuh. Ada banyak sebab mengapa saya tidak mengalakkan penggunaanya dan jika ada ahli debat yang sanggup berdebat, saya persilakan.
Pertama : Ibu digalakkan berpuasa sepanjang tempoh bersalin – yakni ibu-ibu yang sudah memasuki fasa aktif bersalin yang berada di dewan bersalin untuk menyediakan ibu jika berlaku sebarang kecemasan yang memerlukan pembedahan ceaserean , ibu itu sudah berpuasa dan boleh segera dilakukan pembedahan ke atasnya. Jadi jika air selusuh diberikan kepada ibu-ibu nak bersalin ini secara tak langsung akan memberikan risiko kepada mereka
Kedua : Air selusuh ini seolah-olah memaksa pintu rahim terbuka sedangkan belum tiba waktunya untuk bersalin. Hal yang demikian akan menyebabkan ibu-ibu mengalami kesakitan yang amat sangat. Di mana, melalui pengalaman saya, hampir kesemua ibu yang mengamalkan air selusuh ini meracau dan tidak keruan akibat kesakitan yang melampaui biasa. Tambah menyedihkan, ada di antara mereka terpaksa kami tolak ke dewan bedah untuk pembedahan caeserean kerana pintu rahim langsung tidak terbuka sedangkan ibu tersebut dalam kesakitan yang amat sangat. kontraksi yang kerap ketika bersalin akibat air selusuh ini kadangkala menyebabkan peredaran darah pada bayi terganggu dan boleh mengakibatkan bayi lemas secara tidak semena-mena.
LEBIH BAIK YANG DIBUAT SENDIRI
Pandangan peribadi saya kepada pasangan yang baru berkahwin, terutamanya yang duduk di bandar-bandar besar, kalau boleh, janganlah mengharap kepada air selusuh ini. Lazimnya air selusuh ini bukan buatan sendiri, kadang kadang kita meminta orang lain yang buatkan, jadi kita tidak tahu apa yang terkandung dalam air tersebut.
Memang diakui, syaitan itu ada, bahkan di setiap pembuluh darah kita, syaitan itu akan melaluinya. Jika inginkan kesenangan dan kemudahan dalam bersalin, lakukanlah solat taubat, mohon keampunan kepada Allah, mohon dipermudahkan segala urusan, solat hajat. Minta ampun pada suami, kedua ibu bapa, dan para suami, ampunkan dosa dosa isteri. Insyallah, Allah itu akan ada untuk kita.
Setiap kali, melihat pesakit yang mengamalkan air selusuh ini , sangat ‘terasa’ kesakitan para wanita itu, tapi apa kan daya. Kadang kala, kejahilan di atas ilmu yang ada membuatkan kita lupa, alpa dan lalai. Oleh itu, Allah sediakan masa 40 minggu bersamaan dengan 9 bulan untuk bersedia menghadapi semua itu.
AMALKAN DOA NABI YUNUS
Dan, yang terakhir pesanan saya, amalkanlah doa ini setiap masa – Laillahha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zholimin (Tiada Tuhan melainkan Engkau, Masa Suci Engkau, sesungguhnya aku dalam golongan orang yang menzalimi diri sendiri). Ini adalah doa Nabi Yunus ketika baginda ditelan oleh ikan Nun, di mana pada ketika itu baginda berpaling dari kaumnya yang enggan mengaku Allah itu sebagai Tuhan. Amalkan setiap kali musibah dan masalah melanda, insyallah akan melimpah Rahmat dari Yang Maha Berkuasa.
Saya bukan ustaz mahupun alim ulama, hanyalah manusia biasa yang menilai alam sekeliling, yang kadang-kadang terlupa, terlalai, penulisan kali ini, untuk diri saya sendiri dan pembaca yang disayangi.
SELUSUH TAK MEMUDAHKAN BERSALIN
Sumber:
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan wanita & kehamilan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Akhirnya Saya Dah Bersalin” Berjam-Jam Bertarung Nyawa Di Labour Room, Ain Edruce Timang Cahaya Mata Sulung!
Tahniah diucapkan buat pelakon Ain Edruce dan suaminya, Amirul Hafiz yang kini sudah pun menimang cahaya mata sulung mereka.
Menerusi Instastory miliknya, Ain turut berkongsi kegembiraan itu bersama peminatnya melalui beberapa buah video yang dikongsikan olehnya.
Kata Ain menerusi videonya, dia selamat melahirkan bayi sulungnya itu setelah berjam-jam berada di labour room.
“Hello guys, setelah berbelas-belas jam di labour room, akhirnya saya dah bersalin,” begitu kongsinya.
Dalam pada itu, menerusi perkongsian videonya juga, Ain turut berteka teki mengenai jantinanya kepada peminat.
Belum masih mahu mendedahkan jantina bayi sulungnya, Ain dilihat cukup sihat dan cergas dan aktif seperti selalu disamping suami yang sentiasa menemaninya.
Malah melalui perkongsian di Instastory itu juga, rakan-rakan selebriti turut mengucapkan tahniah kepada pasangan ini di atas kelahiran bayi sulung mereka itu.
Kongsi gambar bersama dan dedah jantina anak
Terbaru, menerusi Instagramnya, Ain turut berkongsi sekeping gambar dan video pendek memperlihatkan gambarnya dan suami memegang bayi sulung mereka. Biarpun baru melalui proses melahirkan, wajah Ain cantik berseri-seri.
“Alhamdulillah. Welcome to the family. The long waited.
“Mummy and daddy love you. Mummy teka boy, daddy teka girl… nampak nya daddy menang ini kali,” kongsinya sambil berkongsi jantina bayi yang merupakan seorang puteri.
Tahniah diucapkan kepada Ain dan suami.
Terdahulu, Ain mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Amirul Hafiz Mustafa pada 13 Disember 2019. Pada pertengahan tahun lalu, Ain mengumumkan kehamilannya yang ketika itu baru berusia lima bulan.
Menarik: Yang Emo Suami Je Tahan, Sarat Hamil 7 Bulan, Ain Edruce Makin Berseri-Seri
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @ainedruce
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Kita Lahir, Nurse & Doktor Orang Pertama Puji “Comelnya”. Jangan Lupa Ucap Terima Kasih
Saat melahirkan anak adalah saat yang paling mendebarkan, itulah perjuangan antara hidup dan mati. Perjuangan untuk melahirkan zuriat yang ditunggu-tunggu setelah membawa perut selama 9 bulan lamanya.
Namun antara rasa sebak, gembira dan terharu saat melihat jasad si kecil ini, jangan pula kita lupa berterima kasih kepada orang-orang yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa kita dan bayi. Ucapkanlah terima kasih kepada semua yang terlibat.
Masa kita kesorangan dalam Labour room, orang yang banyak tanya tentang keadaan kita adalah Jururawat, yang pura-pura tanya soalan lain untuk menghilangkan rasa nervous kita.. Padahal soalan tu dia recycle guna kat patients lain juga.
Adakalanya dia belai kita seperti kita ni keluarga dia, padahal itulah sekali jumpa.. Teringat lagi pakar Bius lelaki berbangsa Cina duduk setia dibahagian kepala menunggu pembedahan dijalankan sambil itu dia tepuk tepuk dilengan sambil membuat lawak supaya kita sudi tersenyum walaupun kelat..
“Puan, jangan tidur ye” sedang perut dipunggah, mereka risau aku menutup mata terlalu lama, rasa mamai, penat, takut.. Mereka bercakap lagi.. Walau aku penat tapi mereka lebih penat..
Kemudian terdengarlah tangisan bayi memecah dipelusuk bilik bedah, berapa ramai dari kita yang pernah ucap terima kasih disaat itu?? Pasti yang utama kita fokus anak kita je kan sampai terlupa pasukan yang membantu kita melahirkan permata hati kita.. Saya bertuah kerana lepas terdengar je tangisan saya terus ucapkan “Terima kasih Doktor, Terima kasih Nurse dan semua” segala pelatih ada dalam tu dan yang terutama bersyukur kepada Allah walau takde rezeki bersalin Normal.
Anak kita lahir, depa la org pertama yang puji cantik comel, padahal kita tengok macam kecut-kecut je baby kita tu, dan entah berapa ribu baby dah mereka sambut tetap bagi pujian sama sebab nak bagi kita happy nak hilangkan rasa sakit kita.. Hati kita pun kembang berbunga orang dok puji anak kita
Sampai di wad, beberapa jam lepas rehat, datang 2 misi cantik, suara lembut wajah ada senyum, “Cuci sikit ye Puan” atau “Cucuk sikit ye Puan” itulah ayat dia, dia mencucikan -tut- kita diwaktu kita tak boleh nak bangun membersihkan sendiri, malu takyah nak cakaplah tapi kalau tak cuci berlengas dek darah lagi tak selesa, pernah ucap terima kasih tak? Sebab itu sekali je mungkin kita bertemu dia..
Mereka juga manusia, memilih kerja begitu untuk menjadi sosok yang bermanfaat kepada orang lain, pahalanya besar dan hiburkanlah pula hati mereka dengan ucapan “Terima Kasih”.
Sumber: Nur Sakina
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI