Sejak akhir-akhir ini viral kek “Happy Box” atau kek yang boleh dihias sendiri oleh anak-anak yang dijual secara online.
Trend ini turut menjadi ikutan kepada anak-anak termasuklah anak-anak selebriti iaitu anak Dato Sri Siti Nurhaliza.
Dato’ Siti atau mesra dipanggil Tokti sempat merakam video kek yang akan dihias oleh Aafiyah dan memberitahu Aafiyah supaya makan kek tersebut setelah selesai membuat dekorasi.
Ads
Namun jawapan Aafiyah mengundang pelbagai reaksi daripada wargamaya.
Aafiyah sempat membalas pertanyaan ibunya dan menolak secara baik kerana takut giginya akan rosak.
“Emmm, tak payah la nanti gigi Aafiyah rosak”
Ads
Rata-rata wargamaya terhibur dengan jawapan yang diberikan Aafiyah malah ada yang memuji cara didikan kerana Aafiyah mampu menyebut perkataan dengan penuh dan tepat walaupun masih kecil.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lebih 20 orang kanak-kanak dilaporkan cedera selepas makan snek bersalut nitrogen cecair di Indonesia.
Susulan itu, Kementerian Kesihatan Indonesia mengeluarkan amaran supaya tidak mengambil makanan terbabit yang turut popular dengan nama ‘Dragon’s breath’.
Difahamkan, Dragon’s Breath itu mula popular di Indonesia selepas video mengenainya tular di media sosial terutama aplikasi TikTok.
Akibatnya, ramai kanak-kanak di Indonesia mengalami keracunan makanan dan kerosakan organ dalaman, mendorong pihak berkuasa kesihatan negara itu memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengambilnya.
Digelar ‘dragon’s breath’ kerana kepulan asap yang dikeluarkan apabila dimakan, makanan yang dipanggil ‘chiki ngebul’ atau ‘chikibulis’ oleh penduduk tempatan itu merangkumi pelbagai jenis gula-gula atau bijirin berwarna-warni disalut dengan nitrogen cecair dan coklat.
Pengarah Kesihatan Alam Sekitar Kementerian Kesihatan Indonesia, Dr Anas Ma’ruf berkata, nitrogen cecair boleh mencapai suhu -190 darjah Celsius dan jika terkena kulit, boleh menyebabkan radang atau melecur.
“Ia juga boleh menyebabkan masalah pernafasan dan penghadaman jika terhidu atau ditelan (dalam jumlah yang banyak),” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Justeru, kementeriannya mengarahkan pihak berkuasa kesihatan tempatan untuk meningkatkan pemantauan dan menggesa ibu bapa serta guru supaya berwaspada.
Di Jawa Barat, sekurang-kurangnya 28 orang kanak-kanak berumur empat hingga 13 tahun mengalami keracunan makanan atau kerosakan organ dalaman selepas memakan ‘chiki ngebul’ sejak November 2022, lapor media Jakarta.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Maxi Rein Rondonuwu, berkata kira-kira 25 kanak-kanak cedera selepas memakan snek itu termasuk dua dimasukkan ke hospital tetapi tiada kematian dilaporkan setakat ini.
“Nitrogen cecair bukan saja berbahaya jika dimakan, malah boleh menyebabkan masalah pernafasan yang serius jika kerap dimakan.
“Sekolah mesti mendidik kanak-kanak mengenai bahaya bahan ini begi mengelakkan lebih banyak kes keracunan atau kecederaan,” ujarnya.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Menerusi video yand dikongi di Instagram, Alisa atau nama penuhnya Alisa Aisyah membonceng motosikal bersama bapanya, Hairul Azreen dengan memakai topi keledar berwarna kuning.
Dalam pada itu, Hanis sempat mempersoalkan ‘habit’ seorang lelaki yang bergelar ayah dengan pakaian yang dikatakan ‘asal boleh’ kepada anak.
“Belum habis emo anak nyanyi lagu jingglebell, pak dia pi bawak naik motor. Dengan seluar senteng dia melenggang pi kedai. Weh seluar belacan umur setahun duluuu aaaa”
“Habit ke bapak-bapak ni bawak anak keluar pakai seluar senteng belacan”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya bersetuju dengan cara seorang ayah menyiapkan anak-anak. Namun ada juga yang memuji kecomelan Alisa yang dilihat memeluk erat bapanya ketika menaiki motosikal tersebut.
nabellajenab’s Bapak2 mmg gitu..kate nk gi depan je kdg smpi ke mall bwk ank dia guna seluar belacan..dgn rmbut kusut masai 😂 sian msti org cko mane lah mak bdk ni hahaha
Apeni comelll nyeeee 😍😍😍
yunes.sweet.treat’s Hahaha. Mak punya glamer. Anak pakai seluar belacan je gi kedai 😂
mywardrobecouture’s hahahaha bila bapak2 yg jaga anak 🤣🤣 tp alisa mesti enjoy moment mcmni berdua dating naik moto dgn daddy dia♥️
“Allah bagi sekejap untuk kami peluk Afnan tapi itulah pengalaman yang cukup berharga.” Kongsi Azmi Saat selepas kehilangan anak sulungnya, Khairul Afnan jam 1.19 petang (Khamis).
Walaupun hanya sempat belai dan peluk dalam tiga hari saja, Azmi yang juga vokalis Caliph Buskers itu reda dengan ketentuan Allah apabila anak yang ditunggu selama 10 tahun hanya dipinjamkan sekejap buatnya dan isteri.
Menurut laporan Mstar, Azmi memberitahu dia sudah dimaklumkan oleh doktor mengenai keadaan bayi lelakinya tentang masalah yang dialami.
“Selepas lahir secara pembedahan Isnin lalu sebenarnya kami sudah tahu. Doktor bagi kami pegang sekejap, lepas itu terus dipantau.
“Ini kerana Afnan ada masalah dari fungsi otak, sejak lahir tak berapa aktif, makin lama makin tak aktif. Bila otak tak berfungsi ia menganggu pernafasan dan fungsi paru-paru sehingga bergantung pada mesin oksigen untuk bernafas.
“Memang hari pertama sebelum saya azankan, doktor dah beritahu ada masalah pada otak bayi. Kebetulan pula isteri czer dan dia masih tak mampu nak jaga. Jadi bila di bawah pemantauan doktor, keadaannya masih belum stabil.
“Namun masuk hari kedua, bacaan oksigennya naik tetapi lepas tu menurun balik dan kami buat keputusan untuk terima seadanya sebarang kemungkinan,” katanya.
Berkongsi lagi perasaannya saat berdepan ujian ini, sebagai bapa, Azmi masih mengharapkan ada keajaiban. Tapi Allah Lebih Mengetahui segalanya.
“Masa doktor maklumkan, awal-awal lagi saya dah rasa tak sedap hati dan kami berdua tak cerita pada sesiapa. Cumanya tetap harapkan lagi keajaiban sebab hari kedua macam dah ok tapi malam tu tak bergerak dan oksigen menurun.
“Isteri memang sedih sangat tambah lagi dia baru melahirkan anak tapi alhamdulillah bila saya beritahu elok-elok dia mula dapat terima dengan reda.
“Isteri juga yang ajak saya untuk duduk bersama dengan anak sehingga ke nafasnya yang terakhir. Masa itu saya bersyukur sangat dapat pegang Afnan buat kali terakhir dan berbual-bual dengannya dan bagitau tarik kami ke syurga. Insyaallah dia akan bagi kami syafaat dan akan gembira di sana bersama-sama nanti,” ujarnya.
Jujur saya kata memang sedih dan saya yakin ada rezeki lain selepas ini. Bagi pasangan yang diuji, kita kena sama-sama kuat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami sejak dari isteri hamil sehingga hari ini.
Jenazah Afnan selamat dikebumikan sekitar pukul 6.15 petang Khamis di tanah Perkuburan Islam AU2, Keramat, Kuala Lumpur.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!