“Esok Mama Beli Trompet.” Anju Bagi Anak Semangat Belajar, Siap Main Gendang Kat Tepi!

Share

Bila anak tengah belajar, macam-macam idea dia. Sekejap nak ke tandas, nak minum air lah. Tak cukup dengan tu, ada saja alasan untuk mengelak dari belajar. Memang tak dinafikan agak susah untuk anak-anak kekal fokus, maklumlah ada saja yang mengganggu perhatian mereka.

Seperti yang dikongsikan oleh Zarina Anjoulie atau lebih mesra dikenali sebagai Anju di Instagram, untuk membuatkan anaknya Martin Ezra Mikael kekal fokus ketika belajar, dia siap bermain gendang!

Artikel Menarik: [“Bukan Mudah Besarkan Kami.” Buat Kejutan Untuk Parents, Hafiz Mahamad Belikan Kereta]

“Salam, ni lah budak-budak asal nak study je mengantuk la, tiba-tiba lapar la nak makan, nak ter’berry’ lah, pemadam terjatuh la, tiba-tiba telinga sakit lah.

Takpa Mama ada ubat tak kasi ngantuk, aku hentak je gendang tu sebelah dia kasi semangat, biar hilang ngantuk tu, takda lagi alasan ya, esok Mama beli trompet.”

Tonton video ini;

Menerusi ruangan komen, ramai yang terhibur dengan cara Anju ini;

Artikel Menarik: [Tak Nak Lepas, Siap Tarik Muka & Cium. Bukan Main Manja Adelia Dengan Patti!]

Main Padan Warna Batang Aiskrim, Bantu Anak Fokus!

Untuk bantu anak-anak lebih fokus, bolehlah ajak mereka untuk buat aktiviti ini bersama. Aktiviti memadankan warna pada batang aiskrim. Caranya, tebuk lubang pada kotak secara menegak, melintang atau serong. Bukan saja-saja tetapi potongan berbeza ini untuk membantu anak mengawal tangan ketika mereka masukkan batang aiskrim.

Artikel Menarik: [“Saya Sedih, Doakan Semua Selamat.” DS Aliff Syukri Kongsi Isteri Alami Bleeding Teruk]

Kemudian bolehlah beri batang aiskrim berwarna pada anak dan minta mereka masukkan ke dalam lubang. Biar mereka buat sendiri dan hanya bantu apabila perlu.

Boleh dimain seisi keluarga untuk melatih anak tentang kemahiran menunggu giliran dan erti sabar.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Published by
Emy H