Biasanya kebanyakan ibu-ibu membeli barangan dapur untuk stok 2 minggu atau sebulan sekali. Keperluan pelbagai jenis sos, kicap dan sebagainya antara yang sentiasa ada di dapur. Ini untuk memudahkan kerja semua ibu bila nak menggunakannya.
Bagaimanapun, tiap kali kita membeli stok tersebut, hanya melihat tarikh luput dan arahan penyimpanannya tak dititikberatkan sangat. Sebab itulah, kadang-kadang walaupun tarikh luput lama lagi, barang tersebut dah rosak atau berkulat.
Melalui perkongsian Facebook seorang ahli teknologi makanan, Sazly Tulih, beliau kongsikan sebab mengapa pentingnya baca arahan penyimpanan pada label sesuatu produk. Ikuti perkongsian beliau.
Baca Label (Arahan Penyimpanan)
“Kenapa ya? Memang sudah lama guna jenama ni. First time kena macam ni. Kalau ikutkan tarikh luput lambat lagi. Dah guna sekali, hari ni nak masak kicap ikan. Sekali buka dah tumbuh kulat plak, nasib tak masak lagi. Sikit je nak share dengan tuan puan hari ni.”
Begitulah sedikit luahan rasa Puan Y berkenaan sos tiramnya yang dah berkulat walaupun baru sekali guna dan tarikh luputnya lambat lagi nak expired.
Kalau kita perasan, ada penyataan “Arahan Penyimpanan” pada botol tersebut. Jadi ikut la arahan itu. Untuk pengetahuan semua, apa-apa makanan yang telah dibuka kotaknya, plastiknya, botolnya ataupun tinnya, Tarikh Akhir, Guna Sebelum, Makan Sebelum dan Baik Sebelum telah berubah dan bergantung kepada tempat simpanan kita.
Oleh kerana bungkusan makanan yang telah dibuka, keadaan makanan itu adalah berlaian daripada keadaannya yang asal. Banyak faktor yang menyumbangkan kepada kerosakan makanan kita yang perlu diambil kira antaranya adalah suhu yang telah berbeza, udara, kelembapan, masa dan kebersihan persekitaran yang menyumbangkan kehadiran makroorganisma seperti bakteria dan kulat.
Banyak kaedah penyimpanan yang dicadangkan bergantung kepada jenis dan sifat makanan tersebut antaranya:
Sedikit tambahan, pada Peraturan 14(a), Peraturan-Peraturan Makanan 1985, dinyatakan
a. ”Tarikh akhir” berhubungan dengan sesuatu bungkusan makanan, ertinya tarikh selepas makanan itu, apabila disimpan mengikut apa-apa keadaan penstoran yang dinyatakan pada labelnya, tidak mungkin lagi mengekalkan ciri-ciri kualiti yang biasanya diharapkan oleh seseorang pengguna.
b. ”tarikh ketahanan minima” berhubungan dengan sesuatu bungkusan makanan, ertinya tarikh hingga mana makanan itu, apabila disimpan mengikut apa-apa keadaan penstoran yang dinyatakan pada labelnya, akan mengekalkan apa-apa kualiti tertentu yang diakui secara tersirat atau nyata.
Nasihat saya,
1. Baca arahan penyimpanan
2. Jangan menggunakan bekas makanan asal setelah dibuka seperti makanan dalam tin seperti susu pekat manis.
3. Salin bekas makanan asal kepada bekas makanan yang bersih dan kedap udara.
4. Tutup semua bekas makanan dengan sempurna setelah digunakan.
5. Sentiasa amalkan Lihat dan Hidu sebelum menggunakan bahan mentah.
6. Adalah lebih baik, labelkan setiap bekas makanan dengan nama produk dan tarikh akhir supaya tak terlupa.
7. Jangan beli produk makanan yang jarang dimakan dengan kuantiti yang banyak atau saiz yang besar.
Jadilah pengguna yang bijak.
Kredit Gambar: FB Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official
Sumber: Facebook Sazly Tulih
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)