Tahniah diucapkan buat pelakon, Eyra Hazali yang mengumumkan hamil anak ketiga selepas melakukan beberapa ujian kehamilan dan bakal menimang cahaya mata itu dalam masa empat bulan lagi.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali telah memuat naik beberapa foto memaparkan keputusan ujian kehamilan itu.
“Bismillahirrahmanirrahim, tambah sedikit ‘cinta’ lagi dalam keluarga kami, bayi nombor tiga on the way!” katanya.
“Di sini, Eyra minta doa dari semua untuk kami sekeluarga sebab anak dalam kandungan ini akan lahir dalam masa empat bulan lagi. Terima kasih semua,” ujarnya.
Berkongsi kisah kehamilannya, kata Eyra ia merupakan kehamilan kembar diawalnya namun begitu dia dan suami tidak mempunyai rezeki untuk menimang kembar kerana salah satu dari bayinya tidak menjadi.
Ads
“Jumpa dengan Dr yang sambut Hayder dulu, Dr tengok scan dan cakap itu bukan ectopic. Rupanya dua anak mama dan papa, tapi takde rezeki, satu tak jadi.
“Tinggallah satu anak mama dan papa. Tak apa, mama papa masih bersyukur atas rezeki ini,” luahnya.
Terdahulu, Eyra telah berkahwin dengan jejaka pilihannya iaitu penjaga gol pasukan negara, Muhammad Haziq Nadzli pada 1 November 2019.
Ads
Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish dan Muhammad Endra Haqimie.
Kelahiran pramatang bermaksud atau kelahiran yang berlaku pada usia kandungan yang mencecah usia antara minggu 28 ke minggu 36. Ia kerap kali berlaku tanpa dijangka. Tentu sahaja tiada sesiapa yang mahu melaluinya kerana kelahiran pramatang ini boleh memberikan risiko tinggi kepada bayi.
Setiap ibu hamil perlu mengetahui tentang tanda-tanda kelahiran pramatang. Ia mustahak sebagai persediaan menghadapi dan mengelakkan panik. Ia memang tidak boleh dijangka serta boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Tanda-tanda kelahiran pramatang
Kelahiran pramatang berlaku kepada kandungan yang berusia 28 minggu ke 36 minggu. Jika usia kandungan anda adalah dalam lingkungan usia ini dan mempunyai tanda-tanda yang dinyatakan, ambil langkah untuk segera mendapatkan bantuan kecemasan. Tindakan anda mendapatkan bantuan perubatan dengan secepat mungkin membantu menyelamatkan anda dan masa depan si kecil.
Tahap-tahap kelahiran pramatang
Late preterm iaitu lahir antara minggu 34 ke minggu 36
Moderately preterm iaitu lahir antara minggu 31 ke minggu 34
Very preterm iaitu lahir sebelum mencecah usia 30 minggu
Extremely preterm iaitu lahir sebelum mencecah usia 28 minggu
Rawatan di hospital
Selepas mendapati terdapat tanda-tanda kemungkinan berlakunya kelahiran pramatang ini, ibu perlulah serta-merta ke hospital. Prosedur yang akan dilakukan kepada ibu yang bakal melahirkan kandungan pramatang semasa di hospital akan ditentukan bergantung kepada penyebab kelahiran pramatang. Ibu terbabit (pesakit) akan dimasukkan ke dalam wad dan doktor akan bertindak menyiasat punca kepada tanda-tanda kelahiran pramatang tersebut dan cuba untuk merawat penyebabnya (non active procedure) .
Menurut Dr Mohd Daud, cara bersalin normal atau pembedahan caeseraen bergantung kepada keadaan ibu dan bayi. Majoriti kes kelahiran pramatang, pihak perubatan akan cuba agar si ibu dapat melahirkan secara normal.
Ibu yang risiko tinggi menghadapi kelahiran pramatang?
Nasihat Dr kepada ibu-ibu supaya sentiasa peka tentang kelahiran pramatang
Penting untuk ibu mengandung menjalani pemeriksaan antenatal mengikut jadual yang ditetapkan. Ibu –ibu yang mempunyai masalah kesihatan, perlu mengawal masalah kesihatan mereka terlebih dahulu sebelum merancang untuk hamil. Mereka boleh mengikuti kaunseling sebelum merancang untuk hamil.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu mungkin sudah biasa dengar nama asid folik, tapi tak semua tahu betapa power-nya vitamin ni, lagi-lagi bila tengah merancang atau sedang hamil.
Asid folik sebenarnya nama lain bagi folat, iaitu sejenis vitamin B9 yang sangat penting untuk tubuh.
Jangan pandang sebelah mata sebab vitamin ni berperanan besar dalam pembentukan sel baru dan pembaikan DNA.
Apa yang buat asid folik ni wajib diambil oleh ibu hamil ialah kemampuannya mencegah kecacatan kelahiran, terutamanya masalah pada otak dan saraf tunjang bayi.
Ia juga bantu kurangkan risiko kelahiran pramatang. Tapi khusus untuk mama, asid folik juga sebenarnya boleh tingkatkan kesuburan. Ini ramai yang tak tahu!
Menurut National Institute of Health, orang dewasa perlukan sekitar 400 mikrogram folat setiap hari. Tapi bagi wanita yang tengah cuba untuk hamil, keperluannya boleh jadi dua kali ganda atau lebih. Ini sebab tubuh anda perlukan tenaga lebih untuk bersedia menyambut kehadiran si kecil!
Fungsi hebat Asid Folik dalam badan
* Pertumbuhan tisu dan fungsi sel badan
* Penghasilan protein baru bersama vitamin B12 dan C
* Pembentukan sel darah merah
* Penghasilan DNA yang sihat
Kalau tak cukup folat badan boleh alami masalah seperti anemia, ulser, malah risiko penyakit kronik macam kanser dan strok pun boleh meningkat. Ngeri kan?
Senarai makanan kaya asid folat
Sebenarnya, folat boleh diperoleh daripada makanan harian seperti:
* Sayur hijau (bayam, brokoli)
* Buah sitrus (oren, lemon)
* Bijirin penuh, roti, kekacang, nasi dan pasta
Cabarannya ialah tak semua orang mampu dapatkan jumlah cukup hanya dari makanan. Disebabkan itulah suplemen sangat digalakkan, lebih mudah, lebih tepat dosnya.
Bila nak mula ambil?
Bagi yang sedang merancang kehamilan, sebaiknya mula ambil sebelum mengandung lagi! Ini untuk pastikan bayi dapat permulaan yang terbaik sejak dari hari pertama pembentukan. Asid folik juga boleh kurangkan risiko keguguran terutamanya jika diambil dalam trimester pertama.
Kesimpulannya, asid folik bukan sekadar vitamin biasa. Ia adalah pelaburan awal untuk kesihatan ibu dan bayi. Pil yang kecil tapi besar impaknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita yang ingin hamil, sedang hamil atau baru melahirkan anak sebaiknya memberikan perhatian kepada pemakanan yang mereka makan. Ini kerana setiap apa yang kita makan akan memberikan kesan terhadap kesuburan dan kesihatan kita.
Menurut Dr Zubaidi Haji Ahmad, salah satu cara untuk meningkatkan tahap kesihatan ialah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat. Kebanyakan nutrien yang baik seperti vitamin, mineral, beberapa enzim tertentu dan sebatian lain boleh didapati dari makanan yang tidak berproses terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan segar.
Bagi wanita hamil yang ingin menambah pengambilan vitamin kerana ada masalah kesihatan atau percaya mereka tidak mendapat vitamin yang secukupnya dari makanan yang mereka ambil, boleh mengamalkan beberapa vitamin.
Selalunya doktor akan memberikan pil-pil vitamin tertentu. Pil-pil ini mengandungi vitamin-vitamin yang diformulakan untuk wanita yang hamil.
Saya juga mencadangkan pengambilan vitamin C dan vitamin E pada wanita yang hamil. Kedua-dua vitamin ini dapat meningkatkan daya tahan, membantu mempercepatan penyembuhan luka dan kerosakan tisu, menjadikan kulit bertambah sihat dan cantik, serta menguatkan dan mempercepatkan pertumbuhan tulang.
Bagi wanita hamil yang mengalami masalah kekurangan sel-sel darah merah (anemia), vitamin C dan E membantu penyerapan zat-zat besi. Oleh itu bagi wanita yang mempunyai tahap hemoglobin yang rendah, pengambilan zat besi (iron tablet) bersama vitamin C dan vitamin E dapat meningkatkan tahap hemoglobin dengan lebih cepat.
Selain itu, vitamin C dan vitamin E dapat membantu perkembangan otak bayi sejak dari dalam rahim ibu lagi. Ia juga menguatkan pembentukan tulang, tulang rawan (cartilage), tendon dan kulit bayi.
Vitamin C dan vitamin E berfungsi sebagai sebatian antioxida yang terbaik. Mereka bertindak melindungi sel-sel tubuh dari serangan radikal bebas yang berbahaya dan menghalang proses pengoksidaan yang bahaya dalam tubuh. Sebagai antioxidant, vitamin E dan vitamin C bertindak secara sinergi atau bergandingan dalam melawan proses pengoksidaan yang sangat bahaya pada tubuh.
Gandingan keduanya juga sangat baik dalam melawan serangan radikal bebas yang banyak berlaku dalam tubuh.
Ini bermakna vitamin E juga perlu dalam meningkatkan sistem daya tahan dan mengelakkan penyakit. Oleh itu saya sangat mencadangkan pengambilan vitamin C dan vitamin E adalah satu kerana mereka gandingan antioksida yang terbaik.
Banyak kajian membuktikan proses pengoksidaan ketika hamil akan menyebabkan masalah pre eclampsia, meninngkatkan perkembangan fizikal bayi dalam rahim dan menyebabkan kebocoran selaput bayi secara pramatang. Proses pengoksidaan yang keterlaluan juga menyebabkan pelbagai masalah pada bayi yang dilahirkan secara pramatang seperti masalah paru-paru, kerosakan usus yang teruk (disebut sebagai necrotizing enterocolitis) dan banyak lagi. Ini membuktikan proses pengoksidaan yang tidak tekawal berbahaya kepada wanita yang hamil dan bayi dalam rahim.
Ramai saintis mencadangkan pengambilan vitamin C dan vitamin E ketika hamil untuk dapat mengelakkan komplikasi ketika hamil, walaupun belum banyak kajian yang dilakukan terhadap teori ini. Oleh kerana pengambilan vitamin C dan vitamin E bukanlah sesuatu yang berbahaya ketika hamil, maka tidak salah bagi mereka yang ingin mengamalkannya. Ambil dalam dos yang betul bagi mendapat manfaat vitamin-vitamin ini dan bagi mengelakkan kemudaratannya (walaupun ia jarang berlaku)
Pengambilan vitamin C yan dicadangkan oleh American Pregnancy Association adalah 200-500mg. Pengambilan vitamin C lebih dari dos ini tidak mendatangkan kemudaratan kerana ia larut dalam air. Namun pengambilan vitamin C melebihi 2000mg mungkin akan menjejaskan kehamilan dan mendatangkan kemudaratan.
Pengambilan vitamin E pula antara 30-50mg sehari. Setakat ini belum ada lagi kajian terperinci kemudaratan pengambilan vitamin E, kecuali jika diambil dalam dos yang besar iaitu 400mg dalam sehari.
Nasihat saya bagi wanita hamil, dalam usaha kita mendapatkan manfaat dari vitamin yang kita amalkan, saya mencadangkan agar berbincang dengan doktor yang faham tentang kepentingan pemakanan dan vitamin. Ini membantu kita mendapat manfaat dan mengelakkan kemudaratan dari ubat atau vitamin yang kita ambil.