Dalam kesibukan memilih pakaian yang selesa dan sesuai cuaca, ramai antara kita lebih cenderung memilih fabrik poliester kerana sifatnya yang ringan, cepat kering dan tahan lama. Tapi siapa sangka, di sebalik keselesaan itu, tersembunyi risiko besar terhadap kesuburan dan kesihatan hormon, terutamanya buat pasangan yang sedang merancang zuriat.
Fabrik Poliester & Masalah Kesuburan
Satu kajian yang dijalankan oleh Profesor Ahmed Shafik dari University of Cairo telah membuka mata ramai apabila beliau mendapati penggunaan pakaian dalam dari fabrik poliester memberi kesan negatif terhadap kesuburan bukan hanya pada manusia, malah juga pada haiwan!
Dalam kajian pertama melibatkan 24 ekor anjing jantan, mereka dipakaikan seluar dalam pelbagai jenis fabrik. Keputusannya, anjing yang memakai seluar poliester menunjukkan pengurangan mendadak dalam jumlah sperma, malah lebih banyak sperma tidak normal dikesan. Lebih mengejutkan, tisu dan sel pada kawasan reproduktif juga mengalami kerosakan.
Yang lebih membimbangkan, apabila beliau menjalankan kajian susulan terhadap 35 ekor anjing betina, hasilnya menunjukkan anjing yang memakai seluar poliester tidak mampu hamil walaupun telah melalui proses mengawan dan inseminasi. Ini dipercayai berpunca daripada medan elektrostatik yang terbentuk hasil geseran fabrik poliester pada kulit, mengganggu fungsi hormon progesteron dan ovulasi.
Kesan Sama Pada Manusia, Terutama Lelaki
Kajian ini tidak terhenti pada haiwan. Dr. Shafik turut mengkaji kesan pemakaian seluar dalam poliester terhadap lelaki. Hasil kajiannya yang diterbitkan pada tahun 1996 menunjukkan bahawa lelaki yang memakai seluar dalam 100% poliester mengalami penurunan aktiviti seksual serta gangguan kesuburan.
Ads
Kesan ini lebih ketara berbanding mereka yang memakai fabrik kapas atau campuran kapas dan bulu. Namun begitu, berita baiknya ialah kesan ini boleh dipulihkan – aktiviti seksual dan kesuburan kembali normal selepas berhenti menggunakan pakaian poliester.
Apakah Punca Sebenarnya?
🧪 Cas Elektrostatik (Electrostatic Potential) Fabrik poliester boleh menghasilkan cas elektrostatik yang mampu mengganggu fungsi dalaman sistem reproduktif. Kajian menunjukkan medan elektrostatik ini memberi kesan kepada testis lelaki dan ovari wanita.
🧪 Penyerapan Bahan Kimia Berbahaya Melalui Kulit Menurut pakar biologi Martin Wagner dan laporan The Guardian, fabrik poliester mengandungi bahan kimia seperti phthalates dan bisphenols (BPA) yang boleh menyerap ke dalam badan melalui kulit – terutama apabila kulit berpeluh. Bahan kimia ini telah dikaitkan dengan gangguan hormon, ketidakseimbangan sistem reproduktif dan peningkatan risiko kanser.
Ads
🧪 Pengumpulan Mikroplastik Dalam Badan Poliester merupakan sejenis plastik. Bila dipakai setiap hari, ia boleh melepaskan mikroplastik ke atas kulit dan terkumpul dalam tubuh. Pendedahan jangka panjang dikaitkan dengan akil baligh awal, masalah kesuburan dan ketidaksuburan (infertiliti).
Apa Yang Boleh Ibu Ayah Lakukan?
👶 Jika anda sedang TTC (trying to conceive), sangat penting untuk beri perhatian pada jenis pakaian yang dipakai — termasuk seluar dalam, pakaian tidur dan pakaian harian.
Ads
🌱 Pilih Fabrik Semula Jadi Seperti Kapas, Linen atau Buluh. Fabrik ini bukan sahaja selesa dan menyerap peluh, tetapi juga bebas daripada cas elektrostatik dan bahan kimia berbahaya.
🚫 Kurangkan Penggunaan Poliester, terutamanya yang 100% poliester. Elakkan juga pakaian ketat dari bahan ini kerana ia menggalakkan haba dan peluh berlebihan – dua faktor yang boleh menjejaskan kesuburan lelaki.
💧 Cuci Pakaian Baru Sebelum Pakai Pakaian baharu mungkin mengandungi sisa bahan kimia atau pewarna sintetik. Cuci dahulu sebelum dipakai, terutama untuk bayi dan wanita hamil.
Kata Pakar
Dr. Irma Izzati, seorang pengamal perubatan, turut menjelaskan bahawa penggunaan pakaian 100% poliester bukan sahaja mengganggu hormon, malah boleh memberi risiko terhadap kesihatan jangka panjang, termasuk kemandulan dan kanser hormon. Beliau turut menasihatkan pasangan TTC untuk mengelakkan pemakaian poliester, produk wangi berlebihan dan bahan kimia sintetik lain dalam rutin harian.
Mencegah lebih baik daripada mengubati – dan dalam isu ini, memilih fabrik yang betul mungkin jadi satu usaha kecil yang memberi impak besar kepada impian menimang cahaya mata. 🌸
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas Pelakon Puteri Aishah disahkan positif Covid-19, kali ini seorang lagi pelakon, Ashraf Muslim yang sama-sama mengikuti penggambaran di luar negara juga turut disahkan positif virus tersebut.
Dalam perkongsian yang dibuat oleh Ashraf di akaun Instagramnya, dia memaklumkan bahawa dirinya sah dijangkiti Covid-19 sejak 12 April yang lalu.
Jelasnya tiada kata yang dapat digambarkan apabila menerima keputusan tersebut, namun dia reda dengan ketentuan Allah SWT.
Pelakon ini turut menitipkan ucapan maaf buat ahli keluarga, sahabat, rakan-rakan wartawan. Dia juga meminta mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan juga pesakit lain.
Ashraf juga menyatakan rasa rindu pada isteri-isteri dan anak-anaknya. Malah meminta ahli keluarganya itu mendoakan dirinya supaya cepat baik daripada virus Covid-19.
Dalam perkongsian itu juga, Ashraf memuat naik satu video yang menunjukkan dirinya dijemput oleh petugas yang lengkap memakai PPE menaiki ambulans untuk dibawa ke hospital Sungai Buloh bagi tujuan rawatan dan kuarantin.
Assalamualaikum…Tanggal 12hb April 2020 menjadi jawapan bagi AM ttg keputusan Sample covid19. Yer.. saya dijangkiti virus Covid19. Sewaktu itu walaupun sebak didada bila mendapat tahu jawapan tapi saya redha dgn pilihan Allah.. ada hikmah disebaliknya. Dtg perasaan nervous dan mcm2 perasaan timbul bila masuk dalam ambulance.. (itu yg sampai berpeluh2 tu). Maafkan saya ahli keluargaku, sahabat2 dan rakan-rakanku. Dan please tolong doakan yg baik utk saya dan pesakit-pesakit disini dan juga kita semua, semoga Allah jauhkn wabak ini dan tidak berterusan lagi serta sihatkan kita semua. Disini juga saya memohon maaf kepada rakan-rakan wartawan yg cuba menghubungi saya sebelum ini, yerlah..harap faham dgn situasi saya sekarang ni. Tak lupa juga pada frontliners doktor2, MA, nurse2 dan mereka yg terlibat , terima kasih u all are our hero.. and to mama, ibu , sarah, adam, anas dan safiyyah doakan ayah sungguh-sungguh supaya clear dr covid ni cepat yer.. supaya kita dapat jumpa ramai-ramai. Ayah rindu sangat.. tp jangan risau yer ayah ok kat sini sihat dan bole solat dan baca quran mcm biasa. Sama-sama kita berperasangka baik pada Allah.. hanya DIA yg berikan penyakit dan dari DIA jua yg memberikan kita kesembuhan.. Allahualam.
Assalamualaikum wbt.
Ashraf dan kumpulan produksi berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu sebelum kes penularan Covid-19 mula serius dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuatkuasakan. Sebelum ini, lapan tenaga kerja pasukan produksi termasuk pengarah, Rahila Ali dan pelakon Puteri Aishah dan Puteri Rayyana Rayqa turut disahkan positif.
Dalam pada itu dalam Ashraf dilihat memberi komen dalam sebuah live yang dibuat oleh Izzue Islam semalam dan memohon orang ramai untuk bantu hospital dan wad tempat dia dirawat dengan barangan asas seperti air mineral, makanan dan sejadah. Tambahnya mereka di sana sering melakukan solat berjemaah dan sering berkongsi ilmu yang bagus di sana.
Sama-samalah kita doakan agar Ashraf dan team produksi serta pelakon lain yang disahkan positif ini kembali sembuh. Semoga semuanya dapat pulang ke pangkuan keluarga tersayang.
Tiada ibu yang sanggup melihat anak yang dilahirkan sakit. Namun jika takdir Allah anak kita salah seorang penghuni syurga dan dijemput ilahi ketika usianya masih muda siapa kita nak menidakkannya.
Kisah yang dikongsikan oleh ibu ini melalui FB Ida Dania ini boleh dijadikan peringatan bersama lagi-lagi yang ada anak kecil.
Menurut ibu kepada anak syurga yang diberi nama Muhammad Ariff Muzaffir, kesakitan yang ditanggung Ariff selama ini ingatkan kembung perut biasa tetapi sebaliknya adalah penyakit yang sangat kronik.
Hati anak dah besar separuh perut
Terdetik nak kongsi pengalaman arwah baby Ariff saya. Jika ada ibu bapa yang bayinya nampak kembung dan tegang macam perut baby Ariff segeralah bawa ke hospital.
Macam anak saya cukup sebulan usianya baru bawa ke hospital. Sebab selama ini fikir kembung je. Masa doktor scan bagitahu hati anak saya dah besar separuh perut, Allah mengalir air mata saya.Sebab saya lambat bawa arwah pergi dapatkan rawatan.
Badan sembab, tiap kali cucuk keluar air
Dalam 2 minggu di hospital, hari-hari ambil darah sampai tak tahu nak ambil darah bahagian mana lagi sebab dah lebam seluruh badan.
Ingat lagi dalam tempoh 3 hari Allah nak ambil Ariff, seluruh badannya jadi sembab dengan air. Lagi sedih apabila doktor cucuk terus keluar air. Allahu menangis saya lihatnya, Betapa sakitnya tengok Ariff kena cucuk-cucuk hari-hari.
Genap usia 44 hari Allah ambil Ariff
Genap umurnya Ariff 44 hari, Allah lebih sayangkannya. Kami sekeluarga reda pemergiannya kerana tak sanggup tengok dia sakit lagi.
Moga kisah yang saya kongsikan ini dapat menjadi peringatan buat semua ibu-ibu yang mempunyai anak kecil. Jika bayi asyik merengek, perut seperti kembung jangan tunggu. Segera jumpa doktor kerana kita tak tahu apa sebenarnya penyakit yang anak alami.
30.4.2021-14.6.2021 Al-fatihah buat baby Muhammad Ariff Muzaffir😭😭
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja menu pantang, pasti tergambar ikan kukus atau bakar dengan lauk pauk ringkas dengan sepinggan nasi panas. Memang sedapnya lain macam.
Apa kata kali ini kita cuba menu pantang air tangan ibu dengan Sambal Kecur yang merupakan menu istimewa untuk orang berpantang. Ia biasanya dimakan bersama ikan masin salai atau ikan haruan bakar. Diulamkan bersama bunga kunyit. Wah memang sedap!
Jom intai resepi yang dikongsikan oleh Atailla Zainuddin ini. Boleh dijadikan menu wajib ketika berpantang nanti!
Antara menu pantang bersama ibu di kampung lepas bersalin anak yang ke-2. Dah lama simpan, baru arini nak share.
Saya memang suka makan ulam, hadap lauk pantang hari-hari pun sy tak kisah. Mostly lauk pantang cuma menu ikan (tenggiri,jenahak,merah,kerisi,cencaru, siakap,bilis) yang dibakar, goreng, stim atau sup. Dah hujung-hujung pantang saya teringin makan ayam kampung masak ungkep & daging blackpepper, saya pantang 44 hari je.
Tapi lauk pantang yang paling saya suka ialah homemade crispy peria, garlic & sambal cekur dengan isi ikan tenggiri yang ibu saya buat, sedap sgt!
Gaul dengan nasi panas pun dah cukup selera, sebab tu penuh nasi sepinggan. Saya share resepi kat bawah ni kalau nak cuba.
Resepi sambal cekur dgn ikan tenggiri:
Sepotong ikan tenggiri yg digoreng/bakar (ikan lain pun boleh)
3 biji cekur
1 biji bwg merah
1 biji bwg putih
Sedikit lada hitam/cili api
Sedikit perahan air limau
Tumbuk semua bahan sehingga lumat kemudian perasakan ikut selera masing-masing. Siap!
Alhamdulillah, lepas 2 minggu pantang (bersalin normal), luka jahitan dah kering, dah tak sakit bila berjalan, nak membuang pun tak rasa seriau lagi, jalan pun laju je, tapi lepastu kena sound dgn ibu, katanya jalan tu slow2 sikit kang melecet, duduk bersila pun kena sound. (2 minggu dah pakai seluar yang loose)
Selamat berpantang buat mommies semua! Semoga dipermudahkan segala urusan.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Kisah mengharukan bayi tersangkut pokok selepas banjir di Palembayan menggemparkan Indonesia apabila bayi tiga bulan ditemui hidup sebagai satu-satunya yang terselamat. Sebuah keajaiban yang membangkitkan harapan komuniti.