Orang pantang emosinya tak stabil. Kalau bayi menangis tolong tenangkan. Ada cara yang boleh dilakukan. Tapi sebelum nak tenangkannya kena faham dulu isyarat dari bayi.
Seboleh-bolehnya jangan biar si ibu sahaja yang hadapi masalah ini. Orang terdekat pun kena tahu apa nak buat. Setakat cakap dan akhirnya salahkan ibu tak membantu pun.
Perkongsian dari Nor Azniza mengenai kaedah yang biasa dilakukan untuk elak ibu dan bayi stres terutama dalam pantang sangat mudah. Yang penting kena tahu dulu penyebab bayi itu menangis.
Saya biasa guna 5 s the happiest baby dan kaedah pukong.
Bayi penuh misteri. Ada bayi mudah diurus. Ada sukar. Jangan bagi stres ibu dengan menghalang keinginan cara dia nak jaga bayi.
Kalau ibu nak fully breasfeeding jangan la anda jadi punca kegagalan dengan downkan ibu. Kata tak cukup susu. Tapi sebenarnya boleh bantu ibu memposisikan bayi dan melekap dengan betul ke payudara ibu.
Bayi mengamuk kadang-kadang sukar mendapatkan jawapan. Jadi tenangkan bayi seperti teknik yang saya sebutkan di atas.
Ada bayi mengamuk setiap kali menghisap, hisap-hisap lepas. Kalau ikut pengalaman saya dia bukan lapar tapi dia cari port nak tidur selesa. Dia akan bengang, jika ada susu keluar sedangkan dia just nak hisap. Bila ada susu keluar dia akan marah. Jadi dia akan hisap-hisap lepas dan menangis. Bagaimanapun orang sekeliling ingat bayi tak puas menyusu.
Perut bayi berbunyi macam ada angin. Itu maksudnya usus dia bergerak aktif dan ia normal. Bayi kembung akan menangis tak berhenti. Walaupun dipujuk atau dipegang, didodoi kembung tu sakit. Orang dewasa pun bergulung badan apatah lagi bayi.
Jadi jangan suka-suka cakapn bayi kembung perut dan salahkan ibunya yang salah makan dan sebagainya.
Perlu diketahui 9 bulan bayi dalam rahim ibu, gelap, suam, bau ibu, sempit dan padat serta berayun. Sekali keluar, dunia ini luas dan statik. Jadi bayi rasa tidak selamat dan ketakutan. Lebih-lebih lagi penglihatannya belum jelas. Hanya mampu merasa hangat tubuh ibu dan bau ibu yang menyenangkan. Sebab itulah apabila letak atas riba dia diam. Biar berseorangan akan menangis.
Bila dah tau beberapa perkara ini, ibu dalam pantang atau suami kena faham. Elak bagi tekanan tetapi sebaiknya bantulah apa yang patut.
Sumber: Nor Azniza