Mama dan papa jom fahami sifat kulit bayi supaya anda tidak mudah melatah mengatakan perkara yang normal pada bayi sebagai penyakit. Ambil tahu tentang sifat semula jadi kulit si kecil dan elakkan beberapa perkara agar kulitnya sentiada terjaga dan tidak mudah diserang penyakit.
Walaupun bayi anda dilahirkan sempurna dan cukup sifat, tidak semestinya kulit bayi halus dan lembut. Jangkakan masalah kulit seperti ruam, radang kulit, kulit kepala berkerak dan sebagainya dari awal lagi. Kebanyakan bayi terdedah kepada kerengsaan kulit dalam beberapa bulan pertama selepas kelahiran. Berikut adalah cara untuk mengesan dan merawat masalah kulit bayi biasa.
MASA MANDI
Ingat, kulit yang baru lahir adalah lembut dan sensitif. Pastikan kulit bayi terhidrat dengan mandi di dalam air suam selama tiga sampai lima minit. Elakkan membiarkan bayi anda duduk atau bermain atau rendam lama dalam air sabun.Cara mengeringkannya juga secara tepuk-kering dan bukannya menggosok kerana ia menyebabkan kelembapan semula jadi kulit.
MILIA
Satu dari dua orang bayi memiliki milia iaitu lebam keputih-putihan. Ia biasanya muncul pada hidung dan muka. Keadaan ini disebabkan oleh kepingan kulit yang menyekat kelenjar minyak. Tidak perlu merawat kerana milia akan hilang sendiri.
gunakan detergen lembut untuk mencuci segala-galanya yang menyentuh kulit bayi. Begitu juga dengan cecair mandian, losen, syampu dan sebagainya, sebaik-baiknya biarlah daripada sumber semula jadi dan rendah kandungan bahan kimianya. Minimumkan penggunaan adalah lebih baik.
JERAWAT & BINTIK PUTIH
“Jerawat” bayi ada kaitan dengan yis, bukan pengeluaran minyak seperti jerawat remaja. Jerawat di hidung dan pipi bayi biasanya akan hilang dengan sendiri dalam beberapa minggu. Dapatkan rawatan sekiranya ia tidak hilang dalam tempoh tersebut.
TANDA LAHIR
Satu dari 10 orang bayi mempunyai tanda lahir. Lazimnya tanda lahir berwarna lebih gelap dan tidak diwarisi. Secara amnya tanda lahir tidak memerlukan rawatan.
KULIT KERING DAN MENGELUPAS
Bayi yang baru dilahirkan akan mengalami kulit yang mengelupas dan kering. Kulit asas yang terletak di bawah adalah sihat, lembut, dan lembap.
AMBIL PERHATIAN SEKIRANYA TERJADI 4 KEADAAN INI KEPADA SI MANJA
Bayi baru lahir memiliki kulit yang nipis berbanding kulit orang dewasa. Maka, menjaga kulit bayi agak rumit kerana ia agak sensitif. Mama papa perlu mengetahui apa yang perlu dielakkan agar si manja terhindar daripada masalah kulit.
RUAM PANAS
Ruam panas ialah biji kecil kemerah-merahan. Ia biasanya muncul pada bahagian-bahagian badan bayi anda yang terdedah kepada berpeluh, seperti leher, kawasan lampin, ketiak dan pada lipatan kulit.
Cara merawatnya ialah dengan mendedahkan bahagian tersebut persekitaran yang lebih dingin, sentiasa kering dan pakaian kain kapas longgar.
RUAM LAMPIN
Jika bayi mempunyai kulit kemerah-merahan di sekitar punggung, pelipatan paha dan bahagian sulit maka ia dinamakan ruam lampin. Ruam lampin berlaku kerana kerengsaan kulit kerana lampin yang terlalu ketat; lampin basah yang dibiarkan terlalu lama atau disebabkan oleh detergen, lampin, tisu lembap yang mengandungi bahan kimia keterlaluan.
Cara terbaik untuk mengurangkan kerengsaan ini ialah dengan membiarkan bahagian tersebut sentiasa kering serta menambah kekerapan menukar lampin.
KEPALA BERKERAK
Kulit kepala berkerak selalunya terjadi pada bulan pertama atau kedua dan biasanya hilang dalam tahun pertama. Keadaan ini juga dipanggil dermatitis seborrheic yang disebabkan oleh minyak yang berlebihan dan muncul sebagai bersisik, berlilin, ruam merah pada kulit kepala, kening, kelopak mata, sisi hidung, atau di belakang telinga. Keadaan ini selalu terjadi kepada bayi yang mempunyai ekzema.
Dapatkan rawatan atau dapatkan syampu khas untuk menghilangkan kerak ini, jangan sekali-kali mengikis atau menanggalkannya sendiri!
EKZEMA
Ekzema (juga dikenali sebagai dermatitis atopik) adalah ruam kulit yang biasanya muncul sebelum anak mencapai usia lima tahun. Pada bayi ia cenderung muncul pada pipi dan kulit kepala, tetapi ia boleh merebak ke lengan, kaki, dada, atau bahagian tubuh yang lain. Selepas tahun pertama kanak-kanak, ia mungkin muncul di bahagian dalam siku, belakang lutut, pergelangan tangan, pergelangan kaki dan lain-lain. Kulit bayi akan kering dan kemerah-merahan. Dapatkan rawatan dengan segera agar penyakit ini dapat dikawal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kepekaan ibu bapa boleh mempercepatkan pengesanan dan seterusnya rawatan awal boleh diberikan. Lambat bercakap, selalu menyendiri & tiada eye contact antara ciri-cirinya.
Selain itu terdapat juga tanda-tanda seperti tiada hubungan mata (eye contact) dengan penjaga dan orang lain, tidak menutur sebarang perkataan, tidak memberi reaksi apabila nama dipanggil atau apabila diagah.
Kebanyakan si kecil yang mengalami autisme masih belum mampu bercakap apabila mencecah usia 2 tahun. Mereka juga tidak suka bermain dengan orang lain, tidak suka berinteraksi dan tiada hubungan mata ke mata dengan orang lain.
1 dari 68 kanak-kanak didiagnos autisme. Kanak-kanak lelaki 4 kali ganda lebih berisiko mengalami autisme berbanding kanak-kanak perempuan.
TANDA AUTISME PADA BAYI & KANAK-KANAK
Selain itu, anak autisme juga menunjukkan tanda-tanda seperti berikut;
1. Tidak mengukir senyum, tergelak atau menunjukkan ekspresi gembira atau suka ketika bayi berusia enam bulan.
Ads
2. Tiada hubungan mata atau hubungan mata yang terhad ketika bayi berusia enam bulan.
3. Tidak membuat bunyi, senyum atau ekspresi wajah ketika bayi berusia sembilan bulan.
4. Tidak suka berkongsi barang dengan orang lain.
5. Tidak bermain dengan orang lain atau bermain secara interaktif.
Ads
6. Tiada hubungan mata ke mata (eye contact) dengan orang lain.
7. Mengibaskan tangan.
8. Berjalan berjengket.
9. Mengulang perkataan atau frasa berulang-kali (echolalia).
Ads
10. Langsung tidak bercakap atau menunjukkan kemahiran sosial pada semua peringkat umur.
Bagi anda yang ingin mendapatkan info lanjut megenai autisme, bolehlah ke acara Embrace Autism yang telah dirangka oleh DOME Cafe Malaysia. Acara ini berlangsung selama 5 hari ini bermula 3 hingga 7 April 2019 di Intermark Mall, Kuala Lumpur.
Terdapat 8 sesi ceramah yang akan disampaikan oleh pakar dan mereka yang berpengalaman akan bermula dari 6 hingga 7 April 2019. Anda dijemput untuk mendapatkan informasi mengenai autisme di dalam slot-slot yang disediakan seperti berikut;
Embrace Autism 2019 akan berlangsung di Ground floor, Intermark Mall KL dari Apr 3-7, 10am-10pm. Bagi ada yang merancang untuk menyertai sesi ceramah bolehlah mendapatkan info disini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Makin besar Tiara dah makin seiras dengan isteri Achey, Nor Hasanah Yahaya atau lebih dikenali sebagai Anne. Ramai peminat yang menyatakan perkara sama apabila melihat gambar yang dikongsikan Achey di instagramnya.
Sejak Achey dan Anne mengambil Nur Tiara Zinnirah sebagai anak angkat pada 6 Ramadan lalu, pasangan ini sentiasa memuat naik gambar terkini anaknya.
Melalui perkongsian pasangan suami isteri ini, peminat mula memberi gambaran Tiara dah mula ikut muka Anne.
“Hahahhahaha . Bersabar lah naaak . Hang dapat bapak suka buat lawak. Pelawak pulak tu . Hahahhahahaha tapi Tiara makin besar dah macam muka mama dia pulak . Bulat!”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila bayi berjaga malam, mama papa tentu rasa tertekan. Lebih-lebih lagi bila mama papa sudah mengantuk & keletihan pada siang harinya. Kadang kala perlu berperang untuk tidur!
Setelah mencecah usia 9 hingga 12 bulan dan ke atas, banyak perubahan yang berlaku pada bayi. Selain perubahan pada fizikal yang semakin ketara dan lebih aktif, tidur malam juga kerap tertunda. Ia berkemungkinan disebabkan oleh beberapa kesilapan yang dilakukan oleh mama dan papa tanpa disedari.
Tidur amat mustahak untuk perkembangan bayi dan kanak-kanak. Otak mereka berkembang semasa tidur! Maka elakkan melakukan enam kesilapan ini bagi mengelakkan mama dan papa perlu memaksanya tidur setiap malam.
6 KESILAPAN PERLU ELAK JIKA MAHU ANAK SENANG TIDUR
#1.Tidur siang terlalu lama
Ini menjadi salah satu punca utama masalah sukar tidur malam. Apabila bayi tidur siang terutamanya pada waktu petang terlalu lama, mereka akan rasa segar, tidak mengantuk dan bertenaga pada malam hari.
Ia akan menyebabkan sama ada mama dan papa perlu membiarkan anak bermain sehingga mengantuk sendiri awal pagi atau perlu berperang untuk memaksanya tidur dengan cara paksaan yang mana perlu dielakkan. Pesan kepada pengasuh anda untuk tidak membiarkan bayi tidur terlalu lama supaya dia mudah tidur pada waktu malam.
#2.Persekitaran bising dan terlalu cerah
Suasana bising dan keadaan pencahayaan yang terlalu cerah boleh menjadi sebab kenapa bagi sukar untuk tidur pada waktu malam. Seelok-eloknya wujudkan suasana yang cosy apabila waktu tidur anak kian hampir. Malapkan pencahayaan dengan memasang lampu meja dan memadamkan lampu siling. Matikan TV dan gajet sekurang-kurangnya 1 jam sebelum waktu tidurnya.
#3.Terlebih rangsangan
Elakkan melakukan aktiviti rangsangan seperti bermain permainan yang melibatkan pergerakan fizikal yang aktif dengannya supaya pergerakan badan mula perlahan dan bersedia untuk tidur.
#4.Elakkan bergantung kepada alatan
Peralatan seperti buaian seringkali menyebabkan kebergantungan. Kalau tak ada alatan ini, bayi tidak mahu tidur atau amat susah untuk melelapkan mata. Jadi, kalau anda tidak mahu pergantungan pada kemudian hari, elakkan dari membiasakan bayi dengan buaian daripada awal lagi.
#5.Elakkan bergantung kepada pergerakan
Membiasakan bayi didodoikan dengan didukung atau didodoikan dengan cara pergerakan. Apabila tidak dapat dua cara ini, ia boleh jadi punca bayi sukar untuk tidur. Seelok-eloknya biarkan bayi tidur di atas tilam. Paling tidak, mama dan papa hanya menepuk pahanya sehingga tertidur.
#6.Tiada ada rutin tidur yang tetap
Bayi tidak mempunyai rutin tidur yang tetap akan mengalami masalah untuk tidur. Mama dan papa perlu wujudkan rutin tidur bagi memudahkan mereka tidur. Tapi perkara ini tidak akan berlaku dalam masa yang singkat. Rutin tidur yang seelok-eloknya mula diciptakan pada seawal selepas pantang. Misalnya selepas mandi malam, disusukan malam dan kemudian tidur. Patuhilah rutin ini bertegaslah untuk mengelakkan berperang untuk tidur di waktu malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seniwati Fauziah Ahmad Daud berkongsi berita duka tentang pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud, yang meninggal dunia akibat komplikasi batu karang dalam hempedu.