“Fahri Dah 3 Bulan, Mama Asyik Busy.” Wawa Akui Ini Dilema Mak-Mak Bekerja!

Share

Rasa macam baru lagi Wawa melahirkan anak keempat. Sedar tak sedar, dah 3 bulan usia Muhammad Fahri.

Perkongsian gambar Wawa bersama anak keempatnya adalah kali kedua selepas majlis akikah yang diadakan ketika masih dalam pantang.

Selepas 3 bulan usia Fahri, semakin handsome hero kedua Wawa dan Aeril. Betullah orang kata, sementara bayi nak membesar, wajah akan berubah mengikut perkembangan usia.

Menerusi instagramnya, Wawa memberitahu sekejap sungguh masa berlalu. Pejam celik baby dah 3 bulan.

“Tak banyak waktu main-main dengan dia. Busy memanjang, maafkan mama adik.

“I feel so bad ya Allah.. Bulan puasa nanti harap kuranglah sikit kesibukan dan boleh luangkan masa dengan anak-anak.

“Inilah dilema mak-mak..nak duduk rumah main-main dengan anak tapi dalam masa sama perlu keluar bekerja juga mencari rezeki,” kongsinya.

Sebelum ini Wawa pernah berkongsi, nama Jibril Ibtisam tidak serasi dengan anak keempatnya sehingga dia dan Aeril sepakat untuk tukar nama kepada Muhammad Fahri.

ARTIKEL BERKENAAN [Anak Kerap Menangis, Aeril & Wawa Tukar Nama Anak Ke-4 Pada Muhammad Fahri]

Ini kerana anak lelakinya itu asyik meragam dan menangis saja sampai dua jam. Orang panggil bayi kolik.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013 sudah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Ayya Soffya, kini berusia dua tahun.

Kredit: IG wawa zainal

BACA JUGA [Rambut Isteri Gugur, Banyak Lekat Pada Sikat, Suami Perlu Faham Itu Tanda Stres]

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Published by
Wan Amy