Memasuki fasa berpantang selepas melahirkan, bererti anda perlu patuh kepada beberapa ketetapan tertentu supaya diri segera kembali sembuh, sihat dan segar seperti sedia kala.
Salah satu ketetapan itu ialah memakai stokin. Tidak dinafikan ada segelintir ibu berpantang yang culas kerana rimas.
Perlu atau tidak memakai stokin sepanjang masa ketika berpantang? Mari kita baca fakta saintifik tentang faedah memakainya.
Berdasarkan fakta saintifik ini, ia ada alasan kukuh untuk menggesa anda memakai stokin. Banyak kebaikan yang bakal anda perolehi daripadanya.
Kekalkan kepanasan
Selepas melahirkan, fizikal dalaman dan luaran anda mudah terdedah kepada suhu sejuk. Dengan memakai stokin sepanjang masa, anda dapat membantu diri kekal dalam haba panas yang bersesuaian dengan persekitaran pada ketika itu.
Ads
Stokin yang dipakai mengelakkan kaki daripada menyentuh secara langsung ke lantai yang akhirnya boleh menyebabkan dalam tubuh menjadi sejuk.
Ada pendapat yang menyarankan sebagai ganti stokin, anda juga boleh memakai kasut lembut yang lazim dipakai di dalam rumah. Tujuannya ialah memastikan ada pelindung di antara tapak kaki dengan lantai yang bersifat ‘sejuk’.
Ads
Hindari angin
Memakai stokin ketika berpantang dapat mengelakkan urat kaki daripada bersimpul dan mengelakkan angin memasuki badan. Apabila angin memasuki badan ketika berpantang, ia boleh menjejaskan tahap kesihatan anda.
Elakkan trombosis
Masalah pembentukan darah beku di dalam saluran darah sehingga menghalang alirannya boleh berlaku sekiranya saluran darah cedera.
Dalam proses melahirkan anak, tubuh menggunakan platelet dan fibrin bagi membentuk darah beku untuk menghentikan kehilangan darah.
Ads
Dengan memakai stokin, sedikit sebanyak anda dapat mengelak diri daripada terkena trombosis.
Sehubungan itu, pesakit yang terlantar di hospital atau sedang koma untuk tempoh jangka panjang dipakaikan stokin bagi mengelakkan trombosis.
Oleh yang demikian janganlah anda memandang remah dengan peraturan memakai stokin semasa berpantang.
Semoga anda mendapat manfaat daripada yang dikongsikan ini dan tidak lagi mengeluh apabila perlu memakai stokin ketika berpantang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa yang ibu bapa perlu buat jika anak demam? Kadang ibu bapa tersilap cara untuk merawat demam anak. Ikuti panduan yang dikongsi oleh doktor untuk merawat anak demam.
Firstly, rileks, jangan gabra nanti caca merba
Demam biasanya terjadi apabila
1. Anak anak terkena jangkitan kuman ( samada virus atau bakteria)
2. Apabila anak anak nak pandai buat sesuatu
( sebab badan menjadi agak stress sedikit).
3. Apabila bermain panas terlalu lama
4. Apabila terkejut akan sesuatu perkara contoh jatuh katil
( badan jadi stress sikit)
5. Selepas kena cucuk
( badan nak berinteraksi dengan ubat)
Setiap rumah wajib ada termometer.
Belilah yang elok sikit supaya kita tak tersalah tengok suhu badan anak kita.
Takpa berbelanja lebih sikit untuk benda yang perlu dan penting.
Periksa suhu anak.
Suhu yang normal adalah 36-37.4 darjah selsius.
37.5-37.9 adalah subfebrile (demam sikit)
38.5 dan ke atas dikira demam tinggi.
Jika suhu anak melebihi 38.5 darjah selsius, seeloknya bagi anak ubat punggung.
Tapi,jika anda tak yakin dan tak tahu berapa kena bagi(dose), bagi ubat demam biasa (cecair) dan lap lap anak anak atau mandikan dia.
Seeloknya bagilah ubat demam 6-8 jam sekali. Periksa semula suhu anak setengah jam selepas ubat diberikan.
Jika suhu menurun, alhamdulillah. Kemudian wajib pantau suhu semula. Jika tidak turun juga,tengok keadaan dia. Nampak biasa atau luar biasa. Buka semua baju dia. Jangan pakaikan anak dengan pakaian yang tebal atau stoking bagai. Pakaikan baju yang nipis dan berlubang lubang kecil tu. Biarkan haba panas keluar.
Bolehkah mandikan anak dengan air sejuk?
Boleh tapi seeloknya mandikan atau lap lah menggunakan air suam suam biasa.
Kesian lah anak tu kejung sebab sejuk sangat nanti.
Apa yang kita perlu risau sewaktu anak demam?
1. Anak aktif ke tak?
2. Anak boleh makan ke tak?
3. Kalau tak boleh makan, dia boleh minum atau tidak?
4. Ada nafas laju atau nafas bunyi tak?
5. Ada muntah dan cirit tak?
6. Ada buang air besar tak?
7. Pampers anak basah tak? ( biasanya kita tukar pampers 5-6 jam sekali kan, jadi bila tukar tu kita tengok, basah ke tak)
8. Anak merengek tak?
9. Bunyi dan cara bernafas anak pelik tak sewaktu tidur?
10. Anak anda respon dengan baik atau biasa tak?
11. Anak anda tarik (sawan) tak?
12. Ada ruam ruam atau tidak?
Jika ada simptom simptom seperti di atas, tolonglah bawa anak anda ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut. Kalau demam tinggi atau demam melebihi tiga hari, darah akan diambil untuk kita ketahui punca demam.
Ada masanya darah susah nak dapat sebab salur darah anak menjadi sempit akibat dehidrasi ( kurang air) dan sebab itu sekali cucuk tak dapat. Janganlah terus melulu marah doktor atau misi atau penolong pegawai perubatan cucuk dua tiga kali.
Boleh kah terus bagi antibiotik kepada anak? Takboleh. Wajib periksa darah dahulu samada perlu mulakan antibiotik atau tak.
Dan tolonglah buang antibiotik yang dah lepas. Anda wajib makan antibiotik mengikut dose dan cukupkan seminggu. Kalau ada lebihan, sila buang.
Boleh kah bagi ubat punggung saja sebab anak susah nak makan ubat?
Takboleh. Ubat punggung diberikan bila suhu melangit sahaja dan tidak boleh melebihi dua kali sehari atau melebihi tiga hari.
Ianya menurunkan suhu badan dengan cepat jadi agak berbahaya jika diberi jika suhu tidak tinggi mana(bawah 38)
Bolehkah anak minum air kelapa sewaktu demam? Boleh. Cuma jangan berlebihan.
Bolehkah anak minum 100plus sewaktu demam? Takboleh.
Minuman bergas adalah tidak bagus untuk kanak kanak atau orang dewasa. Yang tiada gas pun takboleh sebab 100plus mengandungi kandungan elektrolit yang tinggi dan menyebabkan dehidrasi menjadi lebih teruk.
Bolehkah bagi aiskrim time anak demam? Boleh.
Ianya untuk melegakan tekak sahaja. Membuatkan tekak anak menjadi sedikit kebas supaya dia berasa sedikit selesa untuk makan.
Jangan paksa jika dia takmau makan nasi. Bagi apa yang dia nak makan. Seeloknya benda yang lembut dan sejuk macam puding atau agar agar. Dapat bagi sup pun dah ok.
Jangan paksa jika anak tak mahu menyusu. Cuma perlu pastikan dia mahu minum air masak.
Pantau pampers dia. Jika dah tukar 2 kali pun masih kering, bawalah anak berjumpa doktor. Dehidrasi adalah merbahaya kerana boleh membawa maut.
Bila dah jadi ibu bapa, memang jarang nak dapat tidur yang empuk dan lena. Periksa suhu dan keadaan anak malam malam.
Biasanya suhu badan anak akan melangit bila tengah malam sampai ke subuh.
Jika suhu melebihi 38.5, bagilah ubat punggung.
Periksa balik suhu anak selepas setengah jam atau sejam.
Ingat, jika anda rasa anak anda pelik, bawa sahaja untuk diperiksa.
Insha Allah, anak anda akan sihat jika langkah awal diambil.
Bolehkah kalau nak bagi air jampi sahaja?
Hurm boleh bagi air jampi tapi eloklah kita tahu dahulu apa punca demam anak kita. Janganlah semua pun nak dikaitkan dengan jin.
Bolehkah bagi supplemen pada anak anak?
Sebolehnya tak perlu dan janganlah membazir.
Demam menunjukkan sistem imunisasi anak anda bekerja dengan baik kerana memberikan tindak balas terhadap perubahan badan.
Biarkan imun badan dia menjadi kuat secara natural. Dia kan sedang membesar.
Kita dulu dulu pun mak ayah kita rilek saja.
Sekarang ni yang macam macam nak disumbat mulut anak.
Jangan risau sangat ok.
Dan tolonglah jangan membazir.
مَا أَنْزَلَ اللهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً
“Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali Dia juga menurunkan penawarnya.”
(HR Bukhari).
Anak yang sihat adalah anak yang mendapat makanan yang sihat, gembira ceria dan aktif.
Sumber: Dr.Erna nadia
Pegawai perubatan klinik kesihatan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita hamil yang mengidam memang berbeza-beza rentaknya. Sukakan makanan manis, pedas dan masam itu biasa, tapi lain pula halnya jika asyik sukakan makanan yang pelik-pelik dan bahaya malah sukar di dapati.
Makanan yang satu ini pula, Roti Telur Gorang sentiasa ada di restoran mamak. Jadi tak hairanlah kalau wanita hamil teringin sangat untuk menjamahkan. Tapi awas, bahaya! Menurut Dr Kamarul Nor Saddan, sebaiknya elakkan kerana tersangatlah bahaya pada wanita hamil. Suami sila pantau ya!
Bahaya!
“Doktor, isteri saya ni asyik mengidam telur goyang. Bahaya tak?”
Jangan fikir bukan-bukan. Lelaki ni mengadu isteri dia yang hamil hari-hari nak makan telur goreng separuh masak. Dia risau kalau ia tak selamat.
Jawapannya: BAHAYA!
Boleh kena jangkitan bakteria yang menyebabkan simptom cirit-birit, muntah-muntah, kejang perut, dan demam tinggi. Jika ibu hamil kena jangkutamln ini, ada risiko berlaku keguguran kandungan.
Untuk elakkan risiko ini, kena pilih, simpan dan masak telur dengan betul.
1. Pilih telur yang tidak retak. Telur tidak retak pun boleh dicemari bakteria sebelum pembentukan kulit telur, namun yang tak retak lebih rendah risiko.
2. Bersihkan telur sebelum disimpan tapi tak usah sental kuat-kuat kerana itu akan menghilang lapisan perlindungan pada kulit telur dan sebabkan telur cepat rosak.
3. Simpan telur di dalam peti ais di dalam bekas tertutup supaya makanan lain tak tercemar. Suhu 0-4°C akan membantutkan pembiakan bakteria.
4. Bila nak guna telur, pecahkan telur dalam mangkuk dulu, periksa tembelang ke tak. Kalau OK, baru masukkan dalam kuali.
5. Masak telur sehingga masak sempurna agar kuman yang ada pada telur terbasmi. Jika resepi gunakan telur mentah, gunakan telur yang dipasteur.
*Telur pasteur tu apa?
Telur yang telah dibasmi kuman dengan teknik pempasteuran. Telur yang dipasteur, di paketnya ada ditulis. Harganya mahal sikitlah.
Telur yang tak pasteur, dan tak dimasak sempurna boleh akibatkan keracunan,l terutamanya untuk kanak-kanak di bawah usia 5 tahun, warga emas, wanita hamil, serta mereka yang punya imun yang rendah.
Jadi, hati-hati!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menurunkan berat badan memang menjadi cita-cita sesetengah ibu ketika berpantang. Namun tindakan Datin Almy Nadia memotong saram, gula & minyak dalam hidangan makanan buat netizen risaukan keadaannya.
Datin Almy Nadia memuatnaik gambar hidangan nasi beras perang dalam kuantiti kecil bersama seketul ayam & beberapa potongan memanjang lobak merah dengan kapsyen yang mengatakan dia memotong garam, gula dan minyak dalam sajiannya. Turut dinyatakan luahan hatinya yang tertekan kerana ada yang mahukannya kurus hinggakan pengeluaran susu ibu merudum.
fizzalmy Day 39 pantang.. yesssss u can do it almy nadia.. “brown rice + carrot + ayam rebus “ no salt,no garam ,semua tak ada rasa.. potong habis. Potong gula,potong garam,potong minyak,semua potong lantak,last2 susu drop.. hampa semua nak sgt aku kurussskannn.,,,, ambikkkkk kauuuu org semua.. mam*** lantakkk…
Para peminat yang rata-rata dikalangan ibu-ibu prihatin dengan keadaan Almy dan memberikan pandangan. Ada yang menyarankan Almy agar mencuba sajian yang lebih sihat dan diet yang tidak mengganggu penghasilan susu ibu dan mengabaikan kata-kata netizen.