Tanggal 29 Februari merupakan hari yang sangat unik bagi masyarakat di seluruh dunia Uniknya, tarikh yang muncul empat tahun sekali ini atau dikenali sebagai tahun lompat memberikan tambahan masa 24 jam dalam kalendar. Fenomena ini berlaku kerana orbit Bumi mengambil masa kira-kira 365.25 hari untuk melengkapkan putaran mengelilingi matahari.
BERIKUT DIKONGSIKAN FAKTA UNIK ANAK-ANAK YANG LAHIR PADA TAHUN LOMPAT:
1. Mereka yang lahir 29 Feb adalah sangat ‘rare’
Anak yang lahir pada tanggal 29 Feb adalah sangat jarang, iaitu sekitar 0.068 peratus. Di dunia, hanya ada sekitar 4.1 juta kelahiran pada tarikh ini.
2. Terpaksa meraikan ulang tahun kelahiran di hari lain
Kebanyakkan anak yang lahir pada 29 Feb disebut sebagai ‘leapling’ atau ‘leapers’. Ia kerana mereka perlu menunggu setiap 4 tahun untuk meraikan ulangtahun kelahiran. Rata-rata mereka menyambut hari lahir pada 28 Feb atau 1 Mac pada tahun bukan tahun lompat.
3. Rasa lebih disayangi
Memiliki cahaya mata yang lahir pada 29 Feb biasanya akan merasai banyak emosi yang dirasakan menjelang ulangtahun kelahirannya yang akan tiba. Jadi, lebih ramai ahli keluarga dan rakan-rakan menantikan tarikh ini, membuatkan mereka lebih disayangi dan menjadi lebih perhatian. Ini fakta unik buat mereka yang lahir 29 februari, “4 tahun sekali sambut hari jadi!”
4. Rekod tiga generasi lahir 29 Feb
Menurut Guiness World Records, satu-satunya keluarga yang memiliki tiga generasi berturut-turut lahir pada 29 Feb adalah keluarga Keoghs, daripada datuknya 29 Feb 1940, kepada si ayah 29 Feb 1964 dan juga cucu 29 Feb 1996.
5. Melahirkan tiga anak pada tarikh 29 Feb dalam satu keluarga
Ini pun unik apabila keluarga Karin dan Henry Henriksen memiliki tiga anak yang semuanya dilahirkan pada 29 Feb iaitu anak sulung, Heidi lahir 29 Feb 1960, Olav 29 Feb 1964 dan Leif-Martin, 29 Feb 1968. Keluarga ini juga telah mencipta rekod dunia untuk kelahiran ini.
6. Ibu dan anak perempuannya lahir pada 29 Feb
Michelle Birnbaum dari Saddle River, New Jersey lahir pada 29 Feb 1980 dan 28 tahun kemudian, beliau melahirkan anak bernama Rose, pada 29 Feb 2008.
FAKTA RAKYAT MALAYSIA YANG LAHIR PADA TAHUN LOMPAT:
*Seramai 19,026 rakyat Malaysia dianggap bertuah dan unik berikutan mereka menyambut ulang tahun kelahiran empat tahun sekali pada tahun lompat. Menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), jumlah itu direkodkan Malaysia sejak tahun 1912 hingga 2020.
*Individu berusia 51 tahun ke atas paling ramai lahir pada 29 Februari dengan data direkodkan seramai 4,465 orang.
*Individu berusia 31 hingga 40 tahun pula menduduki tangga kedua dengan 3,827 orang lahir pada tarikh itu diikuti 3,624 individu berusia 11 hingga 20 tahun.
*Seramai 2,836 individu berusia 21 hingga 30 tahun lahir pada tahun lompat.
*Seramai 1,921 individu berusia 41 hingga 50 tahun.
*Dari segi pengiraan umur, menurut JPN, individu yang lahir 29 Februari akan dikira peningkatan umurnya pada tarikh 1 Mac pada tahun biasa.
*Tiada pengecualian proses atau dokumen bagi individu yang lahir pada tahun lompat untuk sebarang urusan di JPN. Bagi urusan di mana-mana agensi selain JPN, ia tertakluk kepada prosedur agensi terbabit.
Sumber: Harian Metro dan bm.syok.my