Farah Lee Tidak Di Taja Tapi Guna Duit Sendiri Belajar Di UK. Netizen Kagum Dengan Semangantnya Walaupun Ada Anak Kecil

Share

Farah Lee menceritakan pengalamanya bagaimana beliau menyambung pelajaran di U.K. Lebih mengagumkan apabila beliau sendiri tidak ditaja oleh mana-mana pihak tambah lagi membawa si kecil, maream bersama-sama tinggal di UK. Kuat betul semangat Farah kan nak tambah ilmu.

I’m not under sponsorship, I’m here self-funded.

For those who asked; Bila self-fund, nak apply visa duit kena cukup untuk bayar yuran dan setahun expenses di sana yang immigration dah tetapkan (total tu kena ada dalam bank tak terusik selama 28days at least). Untuk Farah,

Tuition fee : £17,500
Student living cost : £9,135
Dependant (Maream) living cost : £6,120
Total £32,755 = RM180,000

Visa, tickets etc lebih kurang RM20,000 gak total.

Duit cukup.? Memang taklah wey ingat aku orang kaya.? Haha.. Parents pun bukan have2. Tapi I memang nekad jugak, dapat tak dapat scholarship, mesti pergi. Alhamdulillah adalah sikit savings, simpan sebab nak pergi haji tapi since mahram tak muncul2 lagi so gunalah duit tu dulu

Dan since I ada @ommaesabel, so hopefully sales OE boleh topup mana yang belum cukup. Ni pun pinjam duit OE bayar yuran. Tapi OE tu pun company aku.

Sesetengah orang mungkin cakap ruginya spend banyak2, total tu boleh beli kereta import cash ching2.

Tapi pada Farah, investment pada ilmu takkan pernah rugi. Sebab ilmu antara the only 3 benda yang boleh dibawa mati selain sedekah dan anak soleh. Kereta tak boleh Bukan lah taknak beli kereta, mengidam jugak Jaguar sebijik.

I tried to get scholarship, like really hard. Almost everyweek google ‘open scholarship 2018’, stayed up isi forms sebab siang sibuk dengan @ommaesabeldan Esabel ? buat essays 2000-3000 words etc, memang gigih. Applied to commonwealth, university’s, MARA and JPA, tapi takde rezeki.

Sponsors lain banyak tak support education studies, begitu juga MARA & JPA which I agak kelu lah bila mereka kata ‘Pendidikan tak termasuk dalam perimeter tajaan kami jadi anda tidak berjaya’ when I appealed my application. Like sampai bila2 Malaysia akan spend duit hantar student overseas sebab pendidikan tak improve2 sebab taknak invest part tu

Rata-rata netizen memberikan semangat kepada Farah Lee agar beliau dapat menamatkan pelajaran dengan baik. Ada juga yang kagum dengan semangat beliau, ibu tunggal bersam anak kecil tinggal di negara orang semata-mata untuk menambah ilmu. 

Salute kt Farah, semangat kuat dgn anak kecil lagi

Fighting

Goodluck omma untuk hijrah

Semoga dimurahkan rezeki

Sumber: Farah Lee

Published by
NuFa