Tahniah diucapkan kepada Pelakon Farah Nabilah yang baru sahaja melahirkan anak pertamanya pada pagi semalam.
Berita gembira tersebut dikongsi Farah menerusi Instagramnya dengan memuat naik video pendek tanpa visual dipercayai dirakam ketika proses bersalin.
Farah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pagi semalam di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri.
Dalam kapsyen hantaran tersebut, pelakon Cik Reen En Ngok Ngek ini memanjatkan rasa syukur kerana telah selamat melahirkan anak lelaki pertama buat dia dan suami, Mohammed Amirul Yunus.
Farah juga turut menyatakan akan berkongsi wajah dan nama putera sulungnya kepada umum bila tiba masanya nanti.
“Assalamualaikum semua
“Syukur alhamdulillah Fawaa telah selamat melahirkan my first baby boy yang sihat pada pagi tadi, 22 October 2020, 5 Rabiulawal 1442. Fawaa akan share nama and his face bila tiba masanya ya,” tulisnya.
Farah juga mengucapkan penghargaan atas doa yang dititipkan buat dia dan keluarganya. Dia juga turut mendoakan kebahagiaan orang lain dalam waktu ini.
“Terima Kasih atas doa yang dititip untuk kami bertiga selama ini. May Allah bless everyone with happiness especially dalam keadaan macam ni. Be safe semua,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, di ruangan komen, ramai rakan artis dan juga peminat yang mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi lelaki Farah dan pasangan.
Sebelum itu, menerusi hantaran yang lain, Farah dan suami dilihat menjalani ujian saringan Covid-19 sebagai persediaan sebelum Farah bersalin. Ujian tersebut dilakukan secara pandu lalu di hospital yang sama.
Sekadar info, Farah dan Amirul yang merupakan seorang juruterbang mendirikan rumah tangga pada 20 Disember tahun lalu.
Sumber: IG Farah Nabilah
Baca: “ Kalau Boleh Saya Nak Melahirkan Anak Secara Normal”. Farah Nabilah Tak Mahu Tahu Jantina Anak!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)