Fasa 0-10 Tahun, Anak Suka Cari Perhatian. Rugi Kalau Abaikan & Fikir “Anak Kecil” Lagi

Share

“Ish mama sibuk ni, jangan kacau mama” berlalu lah si kecil bermain sendiri. Si kecil ini hanya mengimpikan sedikit perhatian dari si ibu dan juga si ayah. Tahukah anda sebenarnya anak mempunyai 2 fasa penting dalam hidup mereka. Jika fasa pertama berlalu begitu sahaja tanpa dibantu oleh ibu dan ayah, anak akan berlalu ke fasa kedua tanpa asas nilai dan keperibadian.

2 FASA PENCARIAN ‘RESTU’ DAN ‘PENERIMAAN’.

1) FASA 0-10 TAHUN

Restu dan penerimaan (approval and acceptance) IBUBAPA merupakan perkara paling penting dicari oleh anak-anak pada usia ini.

Semakin awal (muda) usia seorang anak, semakin penting elemen penerimaan ibubapa ini bagi anak tersebut.

Inilah sebabnya anak usia ini rapat dan ingin sentiasa rapat dengan ibubapa.

-Mereka suka didampingi oleh ibubapa.
-Mereka suka mencari perhatian dan diberi perhatian oleh ibubapa.
-Mereka suka dilihat dan diperhatikan.
-Mereka suka bercerita dan mendengar cerita.
-Mereka suka menyoal dan disoal.
-Mereka juga menerima arahan dan panduan dengan lebih mudah tanpa tentangan.
-Inilah fasa di mana saluran komunikasi yang kukuh mula terbina di antara ibubapa dan anak.

2) FASA 10 TAHUN KE ATAS.

Semakin anak meningkat usia, restu dan penerimaan ibubapa menjadi semakin kurang penting bagi seorang anak.

Kepentingan restu daripada RAKAN SEBAYA semakin memuncak dan mengatasi keperluan untuk mendapatkan restu daripada ibubapa.

Pada fasa kedua ini ibubapa perlu terus memainkan peranan untuk membantu anak menilai yang baik dan yang buruk agar anak dapat membuat keputusan berasaskan nilai yang murni apabila berada di persimpangan.

Sekiranya ibubapa MENGABAIKAN FASA PERTAMA anak dengan mengandaikan bahawa ‘Anak kecik lagi” dan tidak menggunakan peluang itu untuk menerap nilai murni dan akhlak yang baik ataupun tidak melatih anak untuk berbuat kebaikan dan mengikut aturan, maka anak akan beralih ke fasa yang seterusnya TANPA ASAS NILAI DAN KEPERIBADIAN yang kukuh.

Sekiranya ibubapa meluangkan MASA dan TENAGA bersama anak, merapati mereka pada usia awal dan membina perapatan dan hubungan yang kukuh dengan anak, ia membantu untuk melindungi anak dari godaan dan cabaran rakan sebaya pada fasa yang kedua.
Peranan yang kita mainkan pada fasa pertama dapat bertindak sebagai perisai dari tekanan rakan sebaya dan dari dipengaruhi dan terikut-ikut dengan ‘trend’ secara membabi-buta.
MASA dan TENAGA yang diluangkan ini merupakan pelaburan yang memberikan pulangan yang sangat berbaloi kepada keluarga kita.

Insya Allah.

Restu dan penerimaan ibubapa bukan hanya penting sewaktu anak ingin melangsungkan perkahwinan sahaja, malah ia diharapkan jauh lebih awal dari itu.

Kredit: Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan permainan anak dengan harga murah boleh klik di SINI 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
NuFa