
Memang banyak pusat Pendidikan awal yang ada di Malaysia dewasa ini. Salah satunya adalah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang biasanya akan dipenuhi dengan pelajar-pelajar melayu kerana ia menawarkan pembelajaran berasaskan Islam kepada kanak-kanak.
Tapi berbeza pula dengan sebuah PASTI yang terletak di Johor yang mana salah seorang pelajarnya terdiri daripada kanak-kanak berbangsa India. Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh tenaga pengajar atau Ustaz dari PASTI tersebut menyatakan bahawa ibu dan ayah pelajar tersebut yang memohon sendiri untuk anak mereka belajar di sana. Malah menurut ustaz tersebut, mereka sangat berminat untuk anak mereka belajar di PASTI.

“adik Reshannya, pelajar yg cukup istimewa drpd PASTI kami..
fasih m’baca doa makan & doa sebelum belajar dlm Bahasa Arab..”
Ibu tak kisah, malah bangga anak belajar di PASTI
Dalam komen posting yang dibuat, ibu pelajar terbabit yang menggunakan nama Zara Sara turut respon dan menyatakan bahawa dia tak kisah dan bangga anaknya belajar semua itu. Perkongsian ini juga turut mendapat respon positif daripada warga net yang lain.

Ada juga yang turut berkongsi pengalaman yang seakan sama dengan ustaz tersebut

Bagus ibu bapa pelajar ini tak kisah anak belajar tentang Islam. moga lebih ramai ibu bapa yang bersikap terbuka seperti ibu Reshan, barulah masyarakat kita boleh hidup dengan aman damai.
Sumber: Oh My Media & Ismail
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
1 Kelas Sampai 40 Orang, Anak Mengadu Pembelajaran Tak Sampai

“Kelas anak saya ada 38 orang!” – Itu bukan luar biasa, tapi realiti biasa di sekolah rendah kebangsaan hari ini. Bila jumlah murid terlalu ramai dalam satu kelas, kesannya bukan kecil. Dari tumpuan belajar hingga kesejahteraan emosi, ramai yang terjejas tapi tidak sedar.
Kenapa Isu Ini Perlu Diberi Perhatian?
Murid sekolah rendah masih perlukan bimbingan dekat, perhatian individu dan sokongan emosi. Bila kelas terlalu ramai:
- Cikgu sukar beri tumpuan kepada setiap murid.
- Murid perlahan makin tercicir.
- Kelas jadi bising dan susah dikawal.
Bagaimana Kelas Terlalu Padat Menjejaskan Anak?
- Pembelajaran jadi superficial – tak sempat nak dalami topik.
- Anak jadi pasif – takut nak bertanya dalam suasana yang sesak.
- Sukar bina hubungan dengan guru – komunikasi jadi minimum.
- Kekurangan interaksi dua hala – banyak masa dihabiskan kawal disiplin.
Kepentingan Kelas Yang Lebih Kecil
- Lebih interaksi peribadi antara guru dan murid.
- Mudah kenal pasti murid yang bermasalah.
- Suasana pembelajaran lebih tenang dan fokus.
- Meningkatkan motivasi dan keyakinan diri murid.
Keburukan Jika Dibiarkan
- Jurang pencapaian makin besar – Murid yang memerlukan bantuan khas makin tertinggal kerana guru tidak mampu beri perhatian khusus.
- Anak jadi cepat hilang minat ke sekolah – Mereka rasa seperti tak difahami, tak dihargai, dan akhirnya putus asa dengan pelajaran.
- Cikgu cepat penat dan stres – Keperluan untuk kawal kelas besar melemahkan motivasi guru dan menjejaskan kualiti pengajaran.
- Murid jadi angka, bukan insan yang dikenali – Tiada ruang untuk guru kenal potensi, minat atau isu emosi setiap murid secara mendalam.
- Kesan jangka panjang kepada sistem pendidikan – Jika dibiarkan, ia boleh melahirkan generasi yang tidak cukup bersedia dari segi ilmu dan emosi.
Peranan Siapa Untuk Ubah Keadaan?
| Pihak Berkepentingan | Tindakan yang Dicadangkan |
|---|---|
| Kementerian Pendidikan | Kaji semula nisbah guru-murid dan tambah guru jika perlu. |
| Sekolah | Rancang agihan murid supaya lebih seimbang antara kelas. |
| Ibu bapa | Suarakan kebimbangan melalui saluran rasmi seperti PIBG. |
| Komuniti | Fahami dan sokong usaha pendidikan berkualiti untuk semua. |
Anak sekolah rendah bukan sekadar ‘nombor dalam daftar’. Mereka insan kecil yang perlukan perhatian, sokongan dan ruang untuk berkembang. Bila kelas terlalu padat, siapa yang akhirnya rugi? Masa depan mereka – dan itu tanggungjawab kita semua.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Chantiq Junior! Peminat Bagi Gelaran Untuk Anak Keempat Johan Dan Ozlynn

“Comel sangat, Chantiq junior ni. Bam bam pulak tu!” Itu antara komen peminat yang melihat wajah anak keempat Johan dan Ozlynn yang dilahirkan 3 Syawal lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram itu, pasangan terbabit turut memohon maaf apabila membuat ramai pihak tertanya-tanya mengenai keadaan kesihatan Ozlynn atau nama penuhnya, Rozlinawaty Ismail sebelum ini.
Dalam kapsyen yang ditulis, pasangan ini memberitahu bayi yang dilahirkan sihat dengan berat 3.9 kilogram. Mereka juga turut berkongsi wajah puteri kedua.
Apa yang menariknya, Johan antara ayah yang cukup sempoi. Video yang dimuat naik menunjukkan Johan sedang meriba dan mendodoikan anaknya sambil bermain piano.
A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on
Pasangan ini juga memaklumkan, mereka belum bersedia menerima kunjungan tetamu kerana mahu memberi ruang kepada Ozlynn untuk berehat.
“Saya mahu Ozlynn berehat puas-puas memandangkan dia perlu menjaga sendiri bayi kami. Maklum, kami tiada pembantu rumah, jadi semuanya dilakukan sendiri.

“Bukan tidak mahu terima kunjungan tetamu, tetapi berilah ruang untuk Ozlynn berehat dahulu seminggu dua. Dia perlu membiasakan diri kembali dengan bayi yang masih lagi kecil. Harap semua pihak faham.
“Insya-Allah, apabila Ozlynn sudah bersedia nanti, datanglah ke rumah,” kata Johan.

Johan atau nama lengkapnya, Yazid Lim Mohamad Aziz dan Ozlynn mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan empat cahaya mata, Ariq, Sodiq, Haziq serta Cantiq.
Sumber: instagram jozlynnhanania
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Umur 0-7 Tahun Layanlah Anak Macam Raja, Umur 8-14 Tahun Layanlah Anak Seperti Tawanan

Saidina Ali bin Abi Talib RA merumuskan cara-cara untuk melayan anak:-
1. Kelompok pertama 7 tahun (umur 0-7 tahun), melayan anak sebagai raja.
2. Kelompok kedua 7 tahun (umur 8-14 tahun), melayan anak sebagai tawanan.
3. Kelompok ketiga 7 tahun (umur 15-21 tahun), melayan anak sebagai sahabat.

► ANAK SEBAGAI RAJA (umur 0-7 tahun)
Melayan anak di bawah umur 7 tahun dengan sepenuh hati dan ikhlas adalah perkara yang terbaik yang boleh kita lakukan. Banyak perkara-perkara kecil yang kita lakukan setiap hari akan berubah mempunyai kesan positif kepada pembangunan tingkah laku anak tersebut, sebagai contoh:-
Jika kita segera menyahut dan mendekati dia ketika dia memanggil kita walaupun ketika kita sibuk, maka dia juga akan segera bertindak balas dan terus pergi kepada kita sewaktu kita memanggilnya.
Di saat kita tidak jemu menggosok belakang badannya sehingga dia tidur, dan tidak mustahil apabila dia mengurut atau mengusap punggung apabila kita letih atau sakit.
Di saat kita berusaha keras menahan emosi pada masa dia telah membuat kesilapan yang besar dalam apa jua bentuk, kita dapat lihat pada masa akan datang dia juga akan bersabar apabila adik-beradik atau rakan-rakannya membuat kesilapan kepadanya.

Oleh itu, apabila kita sentiasa berusaha sepenuh hati untuk menggembirakan anak-anak yang belum berusia tujuh tahun, Insya-Allah, dia akan membesar menjadi seorang yang menyeronokkan, penyayang dan bertanggungjawab kerana jika kita suka dan melayan mereka sebagai raja, maka dia akan suka dan melayan kita sebagai raja dan ratu.
► ANAK SEBAGAI TAWANAN (umur 8-14 tahun)
Kedudukan tawanan perang dalam Islam adalah sangatlah dihormati. Dia akan mendapat hak dengan kadar tertentu, tetapi juga dikenakan berbagai larangan dan tanggungjawab. Usia 8-14 tahun adalah umur yang sesuai untuk anak-anak diberikan hak, tanggungjawab dan kewajipan tertentu.
Rasulullah SAW mula mengajar anak untuk solat wajib pada usia 7 tahun dan membolehkan kita untuk memukul anak itu (atau mengukum dengan hukuman yang sepatutnya) apabila anak itu berusia 10 tahun jika anak itu tetap meninggalkan solat. Oleh kerana itu, umur 8-14 tahun adalah waktu yang sesuai dan tepat untuk anak-anak diperkenalkan dan diajar tentang hal-hal yang berkaitan dengan hukum hakam agama, sama ada yang diwajibkan atau dilarang, seperti :-
1. Menunaikan solat wajib lima kali sehari.
2. Memakai pakaian yang bersih, kemas dan menutup aurat.
3. Menjaga pergaulan dengan berlawanan jenis.
4. Membaca Al-Quran.
5. Membantu kerja-kerja rumah yang mudah dilakukan praktikal dengan usia anak.
6. Menerapkan disiplin dalam aktiviti harian. Penghargaan dan Hukuman (hadiah/ganjaran/pujian dan hukuman/teguran) yang sesuai diberikan pada usia 7 tahun kedua ini kerana anak-anak sudah dapat dapat memahami erti tanggungjawab dan sesuatu perbuatan.
Walau bagaimanapun, layanan terhadap setiap anak mestilah berbeza kerana setiap kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang berbeza (kerana setiap anak mempunyai keunikan tersendiri).
► ANAK SEBAGAI SAHABAT (umur 15-21 tahun)
Umur 15 tahun adalah usia umum untuk anak-anak melangkah memasuki usia akil baligh. Sebagai ibu bapa kita harus meletakkan diri kita sebagai sahabat dan memberi contoh yang baik seperti yang diajar oleh Saidina Ali bin Abi Thalib.
Ini adalah masa yang baik untuk bercakap dari hati ke hati dengan dia, menjelaskan bahawa dia adalah seorang remaja yang sudah meningkat dewasa.
Perlu diberitahu tentang perubahan fizikal. Selain itu dia juga akan mengalami perubahan mental, rohani, sosial, budaya dan alam sekitar,sehingga mungkin akan ada banyak masalah yang akan dihadapi. Paling penting untuk kita para ibu bapa bahawa kita harus membina kesedaran dalam diri anak-anak kita bahawa umur selepas akil baligh baligh ini dia sudah mempunyai buku amalannyanya sendiri yang mana dia sendiri yang akan dihadapkan dan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT di hari akhirat kelak.
Anak-anak selepas akil baligh seharusnya diberi lebih ruang supaya mereka tidak merasa terkekang namun masih tetap di dalam pengawasan ibu bapa.
Pengawasan perlu dilakukan tanpa paksaan dan sudah tentu disertakan dengan doa untuk kebaikan dan keselamatan mereka. Oleh itu anak-anak akan berasa dihargai, dihormati, disayangi, dan sangat penting di dalam keluarga. Tambahan pula, mereka akan merasa yakin dan mempunyai personaliti yang kuat untuk sentiasa cenderung untuk melakukan kebaikan dan menjauhkan diri daripada tingkah laku yang tidak baik.
Memberikan kepercayaan kepada anak-anak dengan tanggungjawab yang lebih berat. Sewaktu usia 15- 21 tahun ini adalah sangat penting bagi kita ibu bapa untuk memberikan tanggungjawab yang lebih berat dan lebih besar supaya masa depan anak-anak boleh menjadi lincah, bebas, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.
Contoh tanggungjawab yang harus diberikan pada usia ini adalah seperti meminta beliau untuk membimbing adik-beradik, memberikan kerja-kerja yang biasanya dilakukan oleh orang dewasa atau menyediakan jadual aktiviti serta menguruskan kewangan sendiri.

Semoga Allah SWT memberikan kita anak-anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapa dan masyarakat.
“Ya Rabbku, berilah kepadaku dari sisi Engkau keturunan yang baik. Sesungguhnya engkau adalah Maha Mendengar Doa.” (Al-Quran, Ali Imran: 38).
Baca: Isteri Dan Anak Dalam Kandungan Meninggal Dunia Akibat Barah Kanser, Suami Buat Video Kenangan
Mandikan Bayi Bukan Buka Lampin Terus Letak Dalam Tab. Siram Dulu Sekurangnya Sekali
Sumber: FP Alhabib Quraisy Baharun
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





