Pelakon Adam Corrie, 50, akui seronok melihat keletah anaknya, Adam Fateh Lee yang kini berusia empat bulan.
Kata Corrie, Fateh membesar dengan sihat dan kini sedang dalam fasa untuk belajar ketawa.
“Alhamdulillah, Fateh sihat dan semakin tembam. Cuma sekarang dia baru belajar nak ketawa, selalu hanya senyum-senyum sahaja.
“Dia tengah belajar mahu keluarkan suara untuk gelak jadi saya pun banyak bermain dengan dia.
“Ada anak memang rasa lain, kadang-kadang bila di tempat kerja pun dah mula rindu.
“Fateh sekarang kadang-kadang bila waktu malam dia tak mahu tidur, saya juga tidak pasti kenapa.
“Dah bagi susu pun tak mahu tidur. Ada masanya dia tidur dan akan terjaga dalam jam 2.30 pagi.
“Selepas itu dia akan berjaga sehingga ke waktu subuh. Tak ada masalah, saya dan isteri bergilir-gilir jaga Fateh,” ujarnya.
Terdahulu, Adam atau nama sebenarnya, Adam Corrie Lee Abdullah telah memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, pada 21 November 2008.
Adam dan Fazema dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Fateh Lee pada 11 Julai lalu selepas 10 tahun penantian.
Sumber: Gempak & ig adamcorrielee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI