
Pelakon dan usahawan, Fazura seperti tidak percaya anak sulungnya, Fatimah sudah berusia dua tahun lebih pada tahun ini.


Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dari 7.30am Sampai 1.30pm Terkunci Dalam Van” Kanak-Kanak 2 Tahun Akhirnya Meninggal Dunia

Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak berusia empat tahun meninggal dunia selepas tertinggal dalam kereta selama hampir 10 jam.
Kanak-kanak perempuan itu tertinggal di dalam kereta bapanya yang diletakkan di tempat kerja di Bukit Makmur, Sungai Petani, Khamis lepas yang hanya disedari bapanya, seorang pemandu lori selepas dia habis bekerja.
Kes seperti itu bukanlah pertama kali terjadi kerana pada Februari lepas, seorang bayi berusia sembilan bulan ditemui mati dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Kuantan.
Namun kali ini kejadian serupa berlaku di Thailand. Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang ditinggalkan dalam van selama enam jam meninggal dunia pada petang Sabtu, empat hari selepas berada dalam keadaan koma.
Hospital Maharaj Nakhon Si Thammarat di Thailand mengesahkan kematian Thanakit Yodmanee akibat kegagalan beberapa organ.
Kanak-kanak itu dibawa ke hospital pada 11 Ogos selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian belakang van di pusat perkembangan kanak-kanak di wilayah Phibun.
Dia dilaporkan terkunci dalam van itu dari jam 7.30 pagi hingga sekitar 1.30 tengah hari.
Para doktor memaklumkan usaha menyelamatkan nyawa kanak-kanak lelaki itu gagal selepas hati dan ginjalnya berhenti berfungsi.
Ibu bapanya membenarkan pihak hospital menghentikan mesin sokongan hayat dan kematian Thanakit disahkan pada jam 5.20 petang.
Susulan itu, polis telah menahan dan akan mendakwa seorang guru dan seorang pemandu van dengan tuduhan cuai sehingga menyebabkan kematian.
Seorang pegawai perubatan yang juga penulis buku “Cakar Ayam Seorang Doktor”, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi sembilan tip bagi mengelak kes terlupa anak dalam kereta yang dikongsi di laman Facebooknya tidak lama dahulu.
1. Jangan letak kerusi kanak-kanak di belakang kerusi pemandu. Di situ adalah titik buta (blind spot). Letak di bahagian belakang tempat duduk penumpang agar ia berada dalam ruang pandangan.
2. Sentiasa jadikan amalan untuk memeriksa dalam kabin (termasuk tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang) sebelum mengunci kenderaan anda. Mulakan amalan ini mulai sekarang.
3. Letak patung permainan di kerusi kanak-kanak. Apabila letak anak di dalam kerusi itu, pindahkan patung tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Pilih patung yang besar dan berwarna terang. Patung itu peringatan bahawa anak anda di belakang.
4. Jika anda ada membawa beg susu anak anda bersama, sentiasa letak beg itu di bahagian hadapan. Konsepnya sama seperti tip ketiga. Ia peringatan bahawa anak anda ada di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang.
5. Letakkan barang yang penting di belakang, bersama anak anda, contohnya beg kerja, kunci pejabat, tag kerja, atau sebelah kasut anda di ruangan kaki di belakang.
6. Letakkan tag/label pada pemegang pintu sebelah pemandu di bahagian luar, yang menandakan anak anda di dalam kereta. Label ini boleh dibeli atau dibuat sendiri menggunakan barangan di rumah.
7. Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh agar menelefon anda jika anak anda tidak tiba ke sekolah atau di rumah asuhan pada masanya. Boleh juga pesan pasangan anda untuk mengingatkan anda, terutamanya jika ada bertukar rutin menghantar anak.
8. Guna peranti atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda bahawa anak anda di dalam kereta. Boleh layari internet dan lihat aplikasi mana yang sesuai dengan anda.
9. Bagi yang selalu menggunakan aplikasi navigasi Waze, boleh pilih untuk hidupkan aturan Child Reminder (Settings>Reminders>Child Reminder). Waze akan mengingatkan anda sejurus sampai destinasi.
Sumber: Astro Awani
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Muhammad Sayang, Rindu Papa.” Hanya Gambar Ubat Kerinduan Anak Kru Pesawat MH370

Genap 5 tahun hari peringatan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, sudah tentu terlalu banyak air mata, jerih payah pengorbanan mahupun tekanan psikologi yang ditanggung semua pihak, terutamanya waris keluarga MH370 yang tidak pernah putus harap memburu jawapan tentang apa yang sebenarnya berlaku.
Berdasarkan laporan Astro Awani yang cuba menyelami kisah di sebalik kehilangan MH370, mendengar isi hati Intan Maizura Othman, 38 tahun, iaitu isteri kepada Mohd Hazrin Hasnan yang merupakan sebahagian daripada kru pesawat berkenaan.
Tabah dan redha sejak kejadian itu membuatkan Intan terus memujuk dirinya supaya kuat meneruskan kehidupan, meskipun persoalan di benak fikirannya belum bertemu noktah.
“Saya faham bukan mudah Kerajaan Malaysia untuk selesaikan isu ini. Tetapi saya harapkan agar kebenaran itu muncul dan beritahu kami perkara sebenar.
“Macam mana, di mana, kenapa, siapa di sebalik kejadian ini. Kalau suami saya masih hidup, cakap hidup. Kalau dah tiada, cakap dah tiada. Itu sebenarnya saya dan semua waris hendak tahu,” jawabnya dalam nada sayu.
Intan bercakap kepada media di ibu negara, dalam satu majlis peringatan 5 tahun kehilangan pesawat MH370 pada Ahad.
Lebih memilukan, anak kedua Intan, Muhammad Mohd Hazrin, 5 tahun, tidak pernah berjumpa bapanya sejak dilahirkan.
Apabila ditanya: “Kalau boleh jumpa Papa, apa Muhammad nak cakap dekat Papa?”
Anak kecil itu dengan mimik dan nada suara sedih menjawab: “Muhammad sayang Papa, Muhammad rindu Papa.”
Luahan jujur itu membuatkan semua yang berada di majlis tersebut berlinang air mata. Ternyata sosok tubuh kecil itu tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.
Tetapi ungkapan itu sudah cukup jelas betapa rindunya Muhammad terhadap ayahnya.
Menurut Intan, Muhammad kerapkali bertanya kepada beliau: “Mama, Papa dah meninggal ke?”, namun tiada jawapan jelas dapat diberikan kepadanya.
Hanya berbekalkan gambar Hazrin, kerinduan Muhammad terubat seketika.
Di sebalik air mata Intan yang entah kali ke berapa gugur, sudah tentu yang paling utama buat dirinya, adalah untuk mendapatkan pengakhiran muktamad tentang insiden misteri tersebut.
Sumber: Astro Awani & Malaysia Gazette
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebijik Kakak Lara! Awal ‘Reveal’ Muka Baby Baru, Comel Sangat-Sangat

Pelakon dan pengacara popular, Awal Ashaari telah mendedahkan wajah puteri keduanya secara EXCLUSIVE dalam episod istimewa rancangan SCHAWAL BABY BOOM di Astro Ria/Ria HD. Puteri keduanya selamat dilahirkan pada 12 Februari yang lalu di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.
Melalui perkongsian dalam episod 6 ini, tarikh lahir bagi puteri keduanya di pilih sendiri oleh Awal iaitu pada 12.2.21. Sememangnya 12.2.21 adalah tarikh yang sangat cantik dan mudah diingati.
Sewaktu kunjungan Scha dan Awal ke hospital, doktor memaklumkan bahawa Scha terpaksa bersalin secara pembedahan kerana kedudukan bayinya yang songsang. Berbaki 10 hari lagi membuatkan Awal lebih gementar dari tarikh jangkaan sebenar bersalin.
Tarikh 11.2.2021
Scha dan Awal tiba di hospital awal sehari untuk persiapan bersalin pada keesokannya.
12.2.2021
Scha dan awal sempat bermaaf-maafan sebelum ke dewan bersalin. Seawal pagi lagi Scha sudah bersiap sedia.
Menurut Scha dia sangat nervous tambahan pula teringatkan anak sulungnya, Lara di rumah.
“Terima kasih sebab 9 bulan ni you korbankan hidup you. Memang teruk sebab you alahan teruk” – Awal
Tambah Scha lagi “Awal pandai jaga Scha, banyak cool dan pregnancy yang kedua banyak mematangkan kita”
Alhamdulillah, Scha selamat melahirkan bayi seberat 3.2kg pada 12.2.2021.
Awal kelihatan sebak dan tidak dapat mengawal perasaanya. Dia berbisik kepada Scha “Anak kita baby girl”
Memang sangat comel! Sebijik muka kakaknya Lara Alanaa sewaktu bayi.
Awal masih tidak mendedahkan nama penuh puteri keduanya dan hanya gelaran baby L sahaja yang digunakan setakat ini.
Menurut awal, dia sangat bersyukur atas kelahiran puterinya yang kedua “Kami bersyukur diatas amanat ini, dan berterima kasih diatas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal & Lara sekeluarga.”
Baca: Bagi Bayi Tengok Cermin, Nampak Simple Tapi Bagus Untuk Stimulasi Anak
Bagi yang terlepas menonton SCHAWAL BABY BOOM 2021 boleh tonton episod ulangan pada Ahad ini, jam 12.00pm okay! Rugi tak tengok moment exclusive ini hanya di Astro Ria/Ria HD.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI