Fatimah The Family UK, “Darah Yang Mengalir Tanpa Henti Selama 8 Hari Tiba-tiba Kering Tanpa Tinggal Walau Setitis.” Sebelum ini, tahap kesihatan personaliti media sosial, Fatimah The Family UK dikhabarkan semakin lemah sejak dua hari yang lalu.
Fatimah yang sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Birmingham, United Kingdom (UK) dilaporkan mengalami pendarahan selepas menjalani pembedahan. Pihak keluarga menerusi laman sosial Instagram dan juga Facebook The Family UK memohon warga maya menitipkan doa kesembuhan buat anak perempuan tunggal mereka itu.
Menurut perkongsian ibunya, Nor Ashila Mahamed Ismail, Fatimah yang kini berusia 10 tahun ditempatkan di sebuah hospital di Birmingham. Fatimah telah dimasukkan ke hospital itu sejak Mac yang lalu.
Fatimah The Family UK, “Darah Yang Mengalir Tanpa Henti Selama 8 Hari Tiba-tiba Kering Tanpa Tinggal Walau Setitis”
Namun keajaiban berlaku tanpa disangka-sangka. Menerusi status terkini tentang Fatimah yang dikongsikan dilaman Facebook thefamily.uk. keadaan Fatimah beransur baik, membuatkan seluruh ahli keluarganya berasa amat bersyukur.
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Allah Maha Besar. Berkat doa ramai, Allah kurniakan keajaiban buat kesayangan kami, Fatimah…
Ads
Selepas 8 hari pendarahan, doktor terpaksa buat keputusan menidurkan Fatimah dalam usaha untuk menghentikan pendarahan. 2 jam sebelum masuk teater pembedahan, dengan kuasa Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, pendarahannya berhenti dengan tiba-tiba.
Dalam sekelip mata, darah yang mengalir tanpa henti selama 8 hari tiba2 kering tanpa tinggal walau setitis! Besar sungguh rahmat Allah. Hebat sungguh kuasa Allah. Sehingga semua doktor dan nurse terkejut pendarahan berhenti dengan sendiri dalam sekelip mata!
Terima kasih pada semua yang tak putus-putus bertanya khabar, mendoakan dan juga menitipkan kata-kata semangat buat Fatimah dan kami sekeluarga.
Fatimah masih lagi lemah dan sakit. Kami pohon jasa baik anda semua untuk terus mendoakan Fatimah. Semoga segala jasabaik anda semua dikurniakan ganjaran pahala berlipat kali ganda oleh Allah SWT. Semoga masih ada lagi keajaiban yang menanti Fatimah.
Kita doakan agar keadaan kesihatan Fatimah bertambah baik. Untuk info, Fatimah merupakan anak saudara kepada cef selebriti terkenal Allahyarham Muhammad Adam Mahamed Ismail atau dikenali sebagai Adamdidam.
Ads
Petah berbicara pada usia masih kecil, keletah Fatimah bersama adiknya, Ali dan abang, Omar Mukhtar sering menghiburkan warga maya.
Jumaat, tanggal 12 Februari, pelakon dan pengacara cantik manis, Scha Alyahya sudah pun selamat melahirkan bayi keduanya di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.
Sejurus memaklumkan berita gembira itu kepada seluruh pengikutnya di instagram, Scha dihujani dengan pelbagai ucapan tahniah atas kelahiran bayi perempuan keduanya itu.
Hasil tinjauan Pa&Ma, hantaran yang dimuat naik Scha mengenai kelahiran bayi keduanya itu menerima lebih 5 ribu komen yang mengucapkan tahniah atas kelahiran itu. Malah menerima lebih 306 tanda suka daripada seluruh pengikutnya di Instagram.
Semalam menerusi Instagram, Scha tampil berkongsi gambar suami kesayangannya, Awal Ashaari yang setia menemaninya malah menjadi orang kuat menyokongnya saat menanti detik mencabar di hospital.
Kapsyen ringkas dari Scha namun cukup bermakna bagi menggambarkan betapa dia menghargai jasa yang dilakukan suaminya.
“Real heroes dont wear capes, they wear blankets.
“Thank you Daddy, we love you,” tulis Scha ringkas tapi cukup bermakna.
Perkongsian Scha dengan sekeping gambar Awal memangku bayi mereka itu mendapat pelbagai reaksi dari seluruh rakan selebriti juga peminat Scha.
Bukan itu sahaja malah Scha turut berkongsi video pendek Awal yang tidur di kerusi dengan hanya memakai selimut.
Lebih menarik lagi, Scha sempat mengusik ayah kepada dua cahaya mata itu di Instastorynya. Seronok melihat gelagat Awal di bilik khasnya, di hospital ketika menemani Scha.
“Cukup tidur tak?
“Sebab mommy tak kacau awak,” kongsi Scha.
“Mommy pulak bagus lah this time around, mommy boleh buat semua sendiri,” kata Awal berseloroh.
Awal dan Scha selamat bernikah pada 4 Mei 2012 dan mereka dikurniakan anak pertama, Lara Alana yang kini berusia tujuh tahun.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak berusia lima bulan. Dia sering demam selepas menerima suntikan imunisasi. Adakah hal ini normal? Apakah cara yang berkesan untuk mengelakkan bayi atau kanak-kanak demam selepas menerima suntikan ini?
Jawapan:
Suntikan imunisasi yang diberikan kepada bayi memang boleh menyebabkan dia demam. Namun yang demikian, anda perlu faham bahawa tidak semua bayi akan mengalami demam dan tidak semua suntikan imunisasi akan menyebabkan seseorang bayi demam.
Demam yang dialami selepas mendapat suntikan imunisasi, biasanya disebabkan oleh reaksi tubuh badan terhadap suntikan tersebut. Jadi, ibu bapa tidak perlu risau jika bayi demam selepas menerima suntikan.
Bagi mengelakkan anak demam selepas menerima suntikan, boleh memberikan ubat demam kepadanya, empat jam sebelum suntikan diterima. Pemberian ubat demam boleh diulang selepas suntikan diberi, sekurang-kurangnya empat jam selepas dos yang pertama.
Jangan risau kerana demam yang disebabkan oleh suntikan imunisasi, selalunya tidak lama dan akan hilang dalam masa satu hari.
Soalan ini dijawab oleh Dr Roliza Ibrahim, Pakar Pediatrik Avisena Specialist Hospital, Shah Alam, Selangor.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi, Tasha Manshahar berkongsi saat-saat melahirkan anak sulungnya yang tak dapat dilupakan di instagram miliknya. Menurut Tasha, dia telah menerima 3 kali induce sebelum akhirnya terpaksa akur untuk bersalin secara pembedahan.
Masa check up 38w 6d (Selasa, 18/6), doktor suspect I was pregnant to a big baby (estimated 3.7kg) dimana kalau tunggu lebih lama, baby boleh jadi lebih besar dan potential untuk bersalin secara normal dengan selamat akan berkurang dan ada beberapa risiko lain.
Jadi doktor cadangkan saya untuk induce pada keesokkan harinya, bila kandungan genap 39w (Wednesday, 19/6). Induce means doktor masukkan ubat untuk stimulate contraction seterusnya buka jalan untuk kita bersalin secara normal (kalau Allah izin)
Wednesday (19/6)
Warded. Induce pertama dimasukkan pada pagi yang sama. Bukaan sebelum induce tak sampai 1cm. Jadi bila ubat induce tu dah masuk, saya agak yakin akan ada bukaan ptg nanti waktu doktor nak check. Nurses keluar masuk every few hours untuk check tekanan darah, jantung baby, contractions. Hari pertama, masih tiada progress bukaan. Contraction ada tapi tak regular. Kdg sakit kdg tak, kdg tak rasa pun tengah contraction. Siang 5min sekali. Tu pun cuma mild – moderate contractions. Malam drop jadi 10min sekali. Sepatutnya contraction kena semakin sakit dan semakin kerap.
Thursday (20/6)
Induce kedua dimasukkan lepas Subuh. Utk lebih stimulate bukaan, as suggested kaklong @kai_armd, saya exercise dalam bilik, buat squat, jalan itik, turun naik tangga. Suami tolong. @heyitsyunyun pun tolong. Saya buat apa je yang termampu dgn harapan ada bukaan bila doktor dtg check nanti. Doktor dtg check tgh hari tu, 1cm je.
Doktor kata kedudukan kepala baby mmg dah dekat bawah tapi mcm senget sikit, tak betul-betul dekat opening. Jadi sebab tu contraction tu tak cukup untuk menipiskan pangkal rahim dan adakan bukaan. Tapi doktor kata tak apa, kita tunggu dulu sebab jantung baby pun okay. P
etang tu baru la saya rasa contraction paling kuat sepanjang saya pregnant. Mmg sakit tp tahap masih boleh tahan walaupun berpeluh lah jugak, Contraction 5min sekali. Masa ni ada adegan sedih kami suami isteri dalam wad. Nti saya cerita. Lewat ptg bidan check bukaan, masih juga 1cm. Doktor kata, kalau selepas induce ketiga esok, takde progress atleast 2 atau 3cm, czer adalah jalan paling selamat. Berdebar tunggu bidan dtg Subuh esoknya untuk check bukaan.
Friday (21/6)
Hari ketiga warded. Subuh tu bidan datang check bukaan lagi, tapi tak sampai 1.5cm pun. Saya dah mula resah, sebab dah dua hari warded. Mummy, ayah, suami dah berkampung sama-sama dekat hospital. Ubat itu ubat ini dah masuk. Penat. Hampir give up. Give up menunggu sebenarnya. Saya tinggal induce terakhir untuk menentukan cara apa saya bersalin.
Tp apa salahnya cuba sampai induce ketiga kan. Mana tahu kalini menjadi. Atleast kalau tak berjaya pun, Ive done my part the very best. Saya puas hati sebab dah cuba sampai habis. So masuklah induce ketiga pagi tu jugak. Saya doa byk2 Allah bg keadaan bersalin yang terbaik dan selamat untuk saya dan baby. Itu je, tak kisah la apa cara pun. Tapi saya teruskan ikhtiar exercise utk stimulate bukaan.
Unfortunately, contraction masih tak regular. Saya masih boleh gelak-gelak, boleh jalan-jalan dalam hospital, makan masih selera, masih boleh lelap.
Doktor dtg check bukaan pukul 2.15. “Kita czer ya?”, kata doktor. Sebab bukaan masih kurang daripada 1.5cm. Takde progress. Saya dah bersedia untuk terima kenyataan time tu, dalam masa yang sama excited nak jumpa baby.
“Harini ke doktor? Pukul berapa?” “Ya harini. 2.45 boleh?” Setengah jam je lagi! Tiba-tiba nervous. “Saya tunggu suami saya balik solat Jumaat dulu boleh ke, doktor?” “Okay, pukul 3 lah ya, sebab doktor pun nak solat dulu ni. See you later. Takpe dont worry inshaAllah yang penting you both selamat.” Sambil doktor usap-usap kaki saya. Pujuk mungkin.
Kurang 10minit, @raqibmajid sampai.
“Pukul 3 tau.” “Ha, okay… Jap. Apa yang pukul 3?” “Czer. Takde progress bukaan.” “Oh. Jap. Okay..okay..saya solat sunat jap..” Raqib nampak cuak tapi cuba bertenang. Sebab kami mmg dah bincang sebarang kemungkinan yg akan berlaku.
Jd, untuk menjawab persoalan yg ramai sgt orang tanya, ya saya bersalin secara czer selepas 3x induce.
Pukul 3 petang, Jumaat, 21/6, saya ditolak masuk OT. Sempat minta maaf dulu dgn semua yg ada. Keluarga pun ada dekat luar bagi support dan doa semoga semua berjalan lancar. Macam biasa lah, mula dgn prosedur bius dulu.
Tak lama lepas tu, bergema tangisan pertama baby mommy yg lantang dan garau itu. Mengalir airmata mommy sambil senyum masa tu. Weight sebenar baby 3.5kg tapi rupanya ukur lilit kepala baby special sikit berbanding baby lain (doktor kata, setahun ada sorg atau dua baby je yg berdiameter kepala 37, sebab generally adalah 33. Org tua2 kata inshaAllah anak bijak. Mommy aminkan je. Tolonglah aminkan juga).
Selain tu, kedudukan baby pun senget sikit dari laluan. Jadi czer adalah jalan terbaik utk saya dan baby. Saya doa nak bersalin dgn selamat, jadi inilah cara Allah makbulkan doa saya.
Allah saja tahu betapa sakitnya lepas habis bius tu. Selesai operation, badan menggigil tak boleh control. Pergerakan sangat terbatas. Kena pakai tiub untuk buang air sebab tak boleh bangun. Org kena suapkan makan minum. Batuk bersin ketawa semua sakit sgt.
First few days, semua benda org kena buatkan. Rasa serba salah sgt. Masa first time bangun dari katil, hampir pengsan dalam toilet. Tapi, alhamdulillah Im recovering. Yang penting both mommy and baby selamat & sihat. Pada saya, bersalin czer ke normal ke, dua-dua adalah bukti pengorbanan ibu yang tiada tandingan. Congratulations to all mothers out there! We made it!
by @raqibmajid . Doktor benarkan suami masuk bermula dari doktor nak start cut, sampai baby keluar. Lepastu suami keluar dari OT sama-sama dgn baby untuk azankan. Masa kena jahit lapisan demi lapisan tu, suami tak dibenarkan ada. Ya! Saya kena bius separuh badan je. So sepanjang proses saya sedar, saya tengok dekat lampu bulat atas tu. Masa doktor dan nurses semua terpaksa ramai2 tolak-tolak perut saya sbb kepala baby stuck pun saya tengok, menghayati moment tu sambil jantung berdebar-debar nervous
Alhamdulillah untuk pengalaman ni. Very meaningful and priceless.
Rata-rata warganet mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata sulung Tasha dan suami. Ada yang turut berkongsi pengalaman yang sama pernah dihadapin ketika melahirkan anak.
Tasha yang mendirikan rumah tangga bersama Raqib Majid yang juga bekas penyanyi dan pengacara selamat melahirkan anak lelaki sulung seberat 3.5 kilogram di sebuah pusat perubatan di Bandar Baru Bangi.