Berita

Fatimah The Family UK, “Darah Yang Mengalir Tanpa Henti Selama 8 Hari Tiba-tiba Kering Tanpa Tinggal Walau Setitis”

Share

Fatimah The Family UK, “Darah Yang Mengalir Tanpa Henti Selama 8 Hari Tiba-tiba Kering Tanpa Tinggal Walau Setitis.” Sebelum ini, tahap kesihatan personaliti media sosial, Fatimah The Family UK dikhabarkan semakin lemah sejak dua hari yang lalu.

Fatimah yang sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Birmingham, United Kingdom (UK) dilaporkan mengalami pendarahan selepas menjalani pembedahan. Pihak keluarga menerusi laman sosial Instagram dan juga Facebook The Family UK memohon warga maya menitipkan doa kesembuhan buat anak perempuan tunggal mereka itu.

Menurut perkongsian ibunya, Nor Ashila Mahamed Ismail, Fatimah  yang kini berusia 10 tahun ditempatkan di sebuah hospital di Birmingham. Fatimah telah dimasukkan ke hospital itu sejak Mac yang lalu.

Fatimah The Family UK, “Darah Yang Mengalir Tanpa Henti Selama 8 Hari Tiba-tiba Kering Tanpa Tinggal Walau Setitis”

Namun keajaiban berlaku tanpa disangka-sangka. Menerusi status terkini tentang Fatimah yang dikongsikan dilaman Facebook thefamily.uk. keadaan Fatimah beransur baik, membuatkan seluruh ahli keluarganya berasa amat bersyukur.

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Allah Maha Besar. Berkat doa ramai, Allah kurniakan keajaiban buat kesayangan kami, Fatimah…

Selepas 8 hari pendarahan, doktor terpaksa buat keputusan menidurkan Fatimah dalam usaha untuk menghentikan pendarahan. 2 jam sebelum masuk teater pembedahan, dengan kuasa Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, pendarahannya berhenti dengan tiba-tiba.

Dalam sekelip mata, darah yang mengalir tanpa henti selama 8 hari tiba2 kering tanpa tinggal walau setitis! Besar sungguh rahmat Allah. Hebat sungguh kuasa Allah. Sehingga semua doktor dan nurse terkejut pendarahan berhenti dengan sendiri dalam sekelip mata! 

Terima kasih pada semua yang tak putus-putus bertanya khabar, mendoakan dan juga menitipkan kata-kata semangat buat Fatimah dan kami sekeluarga.

Fatimah masih lagi lemah dan sakit. Kami pohon jasa baik anda semua untuk terus mendoakan Fatimah. Semoga segala jasabaik anda semua dikurniakan ganjaran pahala berlipat kali ganda oleh Allah SWT. Semoga masih ada lagi keajaiban yang menanti Fatimah. 

Kita doakan agar keadaan kesihatan Fatimah bertambah baik. Untuk info, Fatimah merupakan anak saudara kepada cef selebriti terkenal Allahyarham Muhammad Adam Mahamed Ismail atau dikenali sebagai Adamdidam.

Petah berbicara pada usia masih kecil, keletah Fatimah bersama adiknya, Ali dan abang, Omar Mukhtar sering menghiburkan warga maya.

Sumber: Facebook thefamily.uk.

Baca lagi artikel lain: Mohon Doakan Pendarahan Tak Berhenti Sejak 8 Hari Lalu, Keadaan Fatimah The Family UK Makin Lemah!

Sakit Sejak Januari Lalu Kesihatan Fatimah ‘The Family UK’ Cetus Tanda Tanya, Ibu Minta Doakan!

Warga Maya Puji Didikan The Family UK, Macam Manalah Mak Kamu Didik Kamu

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

Published by
Has