Fattah Amin bukan sahaja dikenali sebagai pelakon berbakat, tetapi juga seorang anak dan suami yang bertanggungjawab.
Sejak 2015, beliau telah memastikan dirinya serta keluarga tercinta dilindungi dengan takaful, termasuk menjaga caruman untuk ibu bapanya tanpa gagal, walau apa pun cabaran yang dihadapinya.
Baru-baru ini, Fattah mengambil langkah penting dengan menukar penama hibah takafulnya kepada ibunya, yang juga menjadi pemegang amanah untuk memastikan agihan kepada isterinya, Fatimah, berjalan lancar sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
Keprihatinan Fattah Amin dalam merancang kewangan keluarganya ini adalah teladan yang patut diikuti, membuktikan bahawa kasih sayang dapat diterjemahkan melalui tindakan bijak yang melindungi masa depan orang tersayang.
“Alhamdulillah since 2015 jaga Takaful @fattahaminz dan family. Dia tak pernah putus buat caruman takaful Parent dia dari dulu lagi walau macam mana keadaan dia pun.
“Dalam industri ni kita grow dengan client. Macam-macam perkara dan pelajaran yg dapat untuk always reflect back.”
“Harini selesaikan beberapa urusan untuk ubah penama Hibah Takaful Fattah kepada Ibunya.
“Pemegang amanah untuk agihkan pada Fatima kalau apa2 berlaku pada Fattah. Kita merancang tapi Allah Maha Merancang. Semoga terus success sahabat.”
Hibah takaful adalah salah satu cara terbaik untuk memastikan harta atau pampasan takaful diagihkan kepada penama yang kita pilih tanpa melibatkan proses faraid yang mungkin rumit. Dalam kes ini, Fattah menukar penama hibah takaful kepada ibunya. Ibu beliau juga dijadikan pemegang amanah untuk memastikan pampasan tersebut diagihkan kepada isterinya, Fatimah, jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Fattah Amin menjadi contoh individu yang bertanggungjawab bukan saja kepada keluarganya tetapi juga terhadap dirinya sendiri. Kita boleh belajar darinya, bahawa takaful dan hibah bukan untuk orang kaya sahaja, tapi untuk semua yang mahu merancang masa depan keluarga dengan baik.
Semoga kita terus diberi rezeki dan peluang untuk melindungi keluarga tercinta. Sebab apa yang kita buat hari ni adalah hadiah untuk mereka di masa depan.
INFO : HIBAH
Hibah bermaksud pemberian secara sukarela daripada seseorang kepada orang lain semasa hidup tanpa mengharapkan balasan. Dalam konteks Islam, hibah ialah amalan yang dianjurkan kerana ia melibatkan unsur kasih sayang dan keikhlasan.
Hibah biasanya melibatkan pemberian aset seperti wang, rumah, tanah, atau barangan lain, dan ia sah jika memenuhi syarat berikut:
-Pemberi hibah mesti berakal, dewasa, dan secara sukarela tanpa paksaan.
-Penerima hibah menerima pemberian tersebut.
-Harta yang dihibahkan adalah milik penuh pemberi.
-Dalam pengurusan kewangan moden, hibah juga digunakan dalam produk kewangan seperti hibah takaful, iaitu penamaan penerima manfaat bagi wang pampasan untuk memastikan harta atau perlindungan kewangan sampai kepada yang dimaksudkan.
Sumber: Syafique Zainuddin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI