Selepas membawa cahaya matanya, Nur Fatima Aisya bercuti ke Disneyland Hong Kong baru-baru ini, pelakon terkenal Fattah Amin kini menyimpan hasrat untuk memenuhi impian anak perempuannya itu ke destinasi seterusnya, Disneyland Paris.
Fattah, atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, mengakui ia merupakan perancangan yang mungkin direalisasikan suatu hari nanti sekiranya diberi rezeki. Buat masa ini, pelakon filem Pendekar Awang itu berkata dia perlu bekerja lebih keras untuk memastikan impian indah itu dapat dicapai.
“Saya memang teringin nak bawa dia ke Disneyland Paris pula. Insya-Allah kalau ada rezeki, satu hari nanti saya akan tunaikan. Tapi untuk sekarang, saya kena usaha dan kerja keras lagi,” katanya.
Percutian ke Hong Kong Disertai Keluarga
Berkongsi tentang percutiannya ke Hong Kong, Fattah menjelaskan bahawa percutian itu lebih bermakna kerana turut disertai oleh keluarga besar serta anak-anak buah. Fatima, yang kini berusia lima tahun, dikatakan lebih seronok apabila mempunyai sepupu untuk dijadikan teman sepanjang percutian.
“Saya pergi dengan team saya, keluarga serta anak-anak buah yang lain. Fatima pun lebih enjoy bila ada sepupu dia. Dia suka ada kawan sebaya untuk bermain bersama,” jelas Fattah.
Ads
Menurutnya lagi, meskipun hanya sebahagian kecil foto dan video dikongsikan di media sosial, sebenarnya banyak lagi momen indah yang dirakam. Namun, kesibukan sebagai bapa tunggal membuatkan beliau tidak berkesempatan untuk berkongsi semua.
Pilih Hong Kong Demi Pengalaman Baru Fatima
Menjawab persoalan mengapa memilih Hong Kong sebagai destinasi, Fattah menjelaskan ia bertujuan memberi pengalaman baru buat Fatima, memandangkan sebelum ini mereka pernah bercuti ke Disneyland Tokyo.
Ads
“Hari tu Fatima dah pergi Tokyo, jadi kali ini saya nak dia rasa suasana berbeza sebab Disneyland di setiap negara tu tak sama. Saya sendiri pun pertama kali sampai ke Hong Kong,” jelasnya.
Utamakan Privasi Walau Kongsi Momen
Mengulas mengenai segelintir komen yang mempersoalkan tindakannya jarang memuat naik momen percutian bersama Fatima, Fattah menegaskan bahawa beliau lebih selesa menjaga privasi keluarga.
“Bagi saya setiap orang ada cara yang berbeza. Macam saya, lebih suka menjaga privasi dan ada masa bila perlu, saya akan berkongsi juga di media sosial.
Ads
“Cuma macam percutian baru-baru ini, saya tak sempat nak kongsikan apa-apa masa sampai tu. Sebagai single dad yang kena mandikan Fatima, sediakan pakaian dia dan sebagainya.’
“Kalau tengok Fatima ni memang seorang yang clingy, kemana pun dia mesti nak daddy dia. Jadi bila ada kelapangan masa baru lah saya kongsikan di media sosial.’
Walaupun begitu, Fattah tetap berkongsi beberapa gambar dan video yang memaparkan wajah ceria Fatima menikmati pengalaman di Disneyland Hong Kong, sekali gus menggembirakan para peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan mereka berdua.
Untuk rekod, sekitar Jun lalu, Fatima sendiri pernah menyatakan hasrat kepada bapanya untuk bercuti ke Disneyland Tokyo, sebelum akhirnya mereka memilih Hong Kong sebagai destinasi tahun ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Guna khidmat ‘runner’ tukar duit raya, UAI kongsi cara nak elak riba. Meskipun menukar not kertas untuk duit raya menjadi amalan biasa, terdapat situasi tertentu yang boleh membawa kepada riba jika tidak dilakukan dengan betul.
Guna Khidmat ‘Runner’ Tukar Duit Raya, UAI Kongsi Cara Nak Elak Riba
Menukar wang kecil untuk dijadikan sebagai duit raya antara persediaan yang dilakukan untuk menyambut hari raya. Bagi yang sibuk, mereka akan menggunakan khidmat ‘runner’ bagi tujuan tersebut.
Namun timbul persoalan, apakah dibolehkan umat Islam menggunakan perkhidmatan ini? Ada yang mengatakan ia termasuk dalam unsur riba, benarkah begitu?
Menjawab persoalan tersebut, pendakwah Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, hukum menggunakan khidmat untuk tukaran duit raya ini bergantung kepada pelaksanaannya.
“Jika tukaran RM100 dan hanya mendapat RM98 kerana RM2 itu dikira upah, maka haram hukumnya. Itu riba namanya.
Bagaimanapun katanya, khidmat upah tersebut diharuskan sekiranya tukaran tersebut sama nilainya selain bayaran upah dibuat selepas tukaran selesai.
“Tukar duit RM520 dengan RM500, pertukaran itu tidak betul dan haram. Kena tukar RM500 dengan RM500 juga dan selepas itu beri RM20 kerana upah, itu baru betul (diharuskan),” hurainya.
Situasi tersebut sama juga hukumnya dengan tukaran wang kecil untuk tujuan lain selain duit raya.
Bagaimanapun ada dua syarat yang perlu dipenuhi ketika menukar duit tersebut agar kita tidak terlibat dengan riba.
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dua syarat tersebut ialah mesti sama kuantiti tukaran dan dilakukan secara serta-merta.
“Sekiranya kuantiti tukaran tidak sama, maka transaksi tersebut tergolong dalam kategori riba al-Fadl.
“Sekiranya terdapat syarat menangguhkan bayaran atau penyerahan barang, maka ia tergolong dalam kategori riba an-Nasiah,” katanya seperti disiarkan dalam laman rasminya yang bertajuk Al-Kafi #1847: Jenis-jenis riba di sisi mazhab Syafie.
Katanya lagi, selain itu terdapat juga transaksi yang niat asalnya dilakukan secara serta-merta namun terlewat dari sudut penyerahan barang.
“Sekiranya hal ini berlaku, transaksi tersebut tergolong dalam kategori riba al-Yadd iaitu riba yang berlaku disebabkan lewat menyerahkan barang walaupun tidak diletakkan syarat penangguhan.
“Akhirnya, menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk memastikan setiap jual beli yang dilakukan tidak terjerumus dalam kancah riba yang diharamkan oleh ALLAH dan rasul-NYA,” katanya.
PKP yang memasuki fasa ketiga ini sebenarnya sudah pun membuatkan kita redha malah semakin kuat semangat untuk membantu kerajaan menangani wabak jangkitan Covid-19 ini. Pun begitu masih ada di kalangan masyarakat kita yang bersikap mementingkan diri dan tidak ambil kisah akan arahan yang dikeluarkan kerajaan untuk berada di rumah. Hal ini pastinya tambah memburukkan keadaan.
Sikap sebegini yang membuatkan rasa kurang senang terutama di kalangan pekerja barisan hadapan yang bertungkus lumus saban hari malah terpaksa berpisah dengan keluarga demi menyelamatkan insan lain. Perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari di facebooknya yang berdepan dengan jumlah kes yang tiba-tiba meningkat sepatutnya membuka mata semua.
Rakyat perlu kekal di rumah sebagai tanda menyokong para pekerja barisan hadapan sekaligus membendung usaha kerajaan dalam membendung wabak ini. Itu yang sewajarnya kita lakukan.
Saya perasan ramai yang duk cerita banyak kereta mula membanjiri Bandar Seremban sejak awal pagi tadi. Hingga ada yang beritahu PKP seolah-olah dah makin longgar.
Mulalah seharian hati ni rasa tak sedap. Serba serbi tak kena.
Tup-tup sekejap tadi dapat berita 41 kes baru positif dikesan kat Seremban ni!
Bukan 4 kes. 41 woih!
Lemah seluruh sendi badan lalu tersandar ke kerusi masa mula mula tahu berita ni tadi. Satu demi satu wajah rakan-rakan sekerja dekat hospital sana tiba-tiba menerpa ke dalam fikiran.
Ada antara kami yang dah sebulan terpisah dengan isteri.
Ada yang baru seminggu menimang cahaya mata.
Ada yang isterinya sedang sarat mengandung.
Walaupun begitu, mereka tetap cekalkan hati.
Walaupun berada dalam suasana kerja berisiko tinggi untuk terkena jangkitan maut, mereka cekalkan hati.
Walaupun ada yang diarah untuk jalani kuarantin, mereka cekalkan hati.
Walaupun risau setiap kali tiba waktu pulang, takut takut terbawa pulang bencana ke rumah, mereka cekalkan hati.
Malangnya kecekalan tu dibalas dengan sampah busuk oleh sebahagian manusia degil yang tak reti patuh arahan berkurung!
260 kes positif di Seremban, 2 zon merah
Kawan-kawan,
Di Seremban ni sahaja kita dah ada 260 orang pesakit positif. Dua kawasan diletakkan dalam zon merah. Manakala 2 lokasi lagi dah dikategorikan sebagai zon jingga. Lain-lain lokasi hampir kesemuanya termasuk dalam kategori zon kuning.
Sekiranya masih lagi bersikap sambil lewa dan bangga dengan sikap pentingkan diri sendiri, ketahuilah yang kita akan menzalimi lebih ramai orang lebih lebih lagi petugas kesihatan.
Bersedialah untuk menerima lebih banyak kes positif, dikenakan perintah berkurung yang lebih keras serta melihat pertambahan jumlah kematian di kawasan kita ni.
KKM dah berusaha sehabis baik. Namun kita hanya boleh menang jika semua kelompok berikan kerjasama serta patuhi arahan.
Tolong kongsikan pesanan ini pada ahli keluarga dan sahabat agar mereka terus beringat dan berhati-hati. Bukan nak menakutkan,tetapi saya harap kita sama-sama jangan ambil mudah.
Dr Ahmad Luqman Bukhari, Seremban.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang wanita yang sedang sarat hamil 9 bulan berdepan dengan detik cemas apabila dia terperangkap di dalam lif di kawasan rumahnya.
Terperangkap dalam lif 2 jam
Kisah tersebut dikongsikan oleh seorang wanita dikenali sebagai FarieynaNasya_ menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok dan meraih pelbagai respon daripada warganet.
Menurut wanita berkenaan, dia yang sedang hamil sembilan bulan telah terperangkap di dalam lif hampir dua jam. Cemas dengan apa yang terjadi, dia mengambil keputusan untuk menghubungi pihak penyelenggara bangunan, namun lambat sampai ke tempat kejadian.
Pengalaman 9 bulan bawa perut sekali stuck dalam lif. Saya stuck pukul 6.50 pagi dan lif dapat buka pukul 8.45 pagi saya baru keluar.
Susulan daripada itu, wanita tersebut cuba menghubungi pihak bomba dan akhirnya berjaya dikeluarkan dengan selamat.
@farieynanasya1_Pengalaman 9Bulan bawa perut . Stuck dalam lift … alhamdulillah semua baik… ❤️ thankyou abg Bomba . Call maintainance belum sampai. Abang bomba penyelamat …♬ Setanggi syurga – Dyna Evasive🇵🇸
Alhamdulillah semua baik. Terima kasih abang bomba. Call pihak penyelenggara belum sampai. Mummy dan kandungan selamat.
Saya keluar dah memang blur dan berpeluh sangat. Anak dan suami setia menunggu mummy keluar dengan selamat.
Sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi 26 saat itu meraih lebih 1.6 juta tontonan dan mendapat lebih 109 ribu tanda suka di TikTok.
‘Sedih dengar anak nangis panggil mummy’
Menerusi ruangan komen, semua meluahkan rasa syukur kerana wanita berkenaan berjaya keluar dengan selamat. Malah, ada juga di antara mereka yang mendoakan agar segala urusan si ibu dan anak dalam kandungan dipermudahkan.
“anak happy bila tengok mummy dia balik sampai nangis kegembiraan”
“saya pulak yang nak nangis dengar anak panggil mummy..”
Kisah menyayat hati seorang ibu mempertahankan hak pendidikan anaknya, seorang kanak-kanak autisme yang dipinggirkan selepas insiden di sekolah. Ketahui kronologi, perjuangan dan tindakan pihak berkuasa.