Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin mengakui kehidupannya kini sukar kerana terlalu rindukan cahaya matanya, Nur Fatima Aisya sepanjang hari.
Malah kata Fattah menerusi perkongsiannya di Insta Story, malamnya terasa agak sukar lebih-lebih lagi kerana mengingatkan yang Fatima tidak sentiasa berada di sisinya.
Menerusi perkongsian itu juga, Fattah turut memuat naik sekeping gambar Fatima dengan busana masyarakat India pemberian kenalan.
“Saya memikirkan tentang Fatima sepanjang hari, dan malam terasa sangat sukar sebab kamu tiada bersama disini.
Ads
“Buat anakku, daddy sangat merindui kamu,” tulisnya ringkas.
Kali terakhir pelakon yang kini semakin mendapat tempat dihati ramai itu berkongsi momen bersama Fatima adalah pada 21 Oktober lalu sambil meluahkan rasa gembiranya dapat meluangkan masa bersama.
Ads
Dalam hantaran itu, kedua beranak itu dilihat sangat akrab apabila bergurau dengan merakam raut wajah bersama sambil tersenyum.
Terdahulu, Fattah Amin dan Fazura sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu selepas kemelut rumahtangga mereka.
Seorang lelaki ditahan oleh pihak polis selepas disyaki mecabul kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang diasuh bersama isterinya di Cybersouth Dengkil, Selangor.
Memetik laporan Utusan Malaysia, suspek berusia 25 tahun ditahan setelah pihak polis menerima laporan daripada doktor di Hospital Putrajaya kelmarin berhubung seorang pesakit kanak-kanak mengadu sakit di bahagian kemaluan.
Suspek adalah suami kepada pengasuh
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof dan suspek ditahan di sebuah rumah di Casa View, Cybersouth, Cyberjaya pukul 5 petang semalam (22 Disember).
Wan Kamarul berkata, suspek ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes di siasat mengikut Seksyen 14(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek ialah suami kepada pengasuh di taman asuhan kanak-kanak itu,” ujarnya.
Kesan calar pada kemaluan mangsa, namun tiada koyakan
Dalam pada itu, Wan Kamarul mengatakan laporan doktor mengesahkan terdapat kesan calar sepanjang 0.5 sentimeter (cm) pada kemaluan mangsa, namun tiada koyakan.
Katanya lagi, doktor juga tidak dapat mengesahkan punca kecederaan kecil pada kemaluan mangsa.
“Siasatan mendapati, mangsa mengadu sakit pada kemaluan selepas diambil dari pengasuh di taska berkenaan pada pukul 6.30 petang Isnin lalu,”katanya lagi.
Pihak polis juga sudah mengambil keterangan daripada ibu mangsa dan mengesahkan telah menghantar kanak-kanak itu ke rumah pengasuhnya sebelum mendedahkan dicabul oleh suami pengasuh.
Terdahulu, tular sebuah video memaparkan perbualan seorang kanak-kanak perempuan dua tahun kepada ibunya yang memaklumkan dia dicabul ketika berada di taska.
Pendedahan dibuat oleh usahawan dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad di laman Instagram milikinya dengan mengatakan insiden itu membabitkan anak kepada stafnya.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.
Anak Bongsu Menyusul Pergi Sebulan Selepas Isteri Dan Anak Sulung Terkorban Kemalangan Jalan Raya
Tun Mohd Khairul Tun Arifin, 39, berkata, anak bongsunya, Tun Nur Ufaira Afifa, 9, meninggal dunia pada jam 10.24 pagi di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) selepas bertarung nyawa sejak 13 Februari akibat kemalangan yang menimpa keluarga mereka.
“HARI INI GENAP SEBULAN TRAGEDI ITU BERLAKU, DAN ANAK SAYA TELAH PERGI MENYUSUL IBU SERTA KAKAKNYA. SEPANJANG BERADA DI HOSPITAL, DIA KOMA DAN TIDAK SEDARKAN DIRI.
“Namun, ada satu ketika dia sempat membuka mata dan mengalirkan air mata. Ketika itu, saya berharap dia akan pulih, tetapi akhirnya saya terpaksa reda dengan ketentuan Allah. Saya yakin Allah lebih menyayanginya, dan pemergiannya pada bulan yang mulia ini pasti ada hikmah,” katanya.
Menurut Tun Mohd Khairul, apa yang lebih memilukan adalah hakikat bahawa mereka sepatutnya berpindah ke rumah baharu sempena Aidilfitri tahun ini, namun impian itu tidak kesampaian.
“PERASAAN SEDIH MEMANG TIDAK DAPAT DIGAMBARKAN, LEBIH-LEBIH LAGI APABILA MENGENANGKAN SAMBUTAN AIDILFITRI TANPA ISTERI DAN ANAK-ANAK. RUMAH BAHARU YANG SEPATUTNYA MENJADI TEMPAT KAMI BERSAMA KINI HANYA TINGGAL KENANGAN.
“Namun, saya tetap reda dengan ujian ini. Saya berdoa agar diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan dan semoga arwah isteri serta anak-anak saya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya lagi.
Gambar kenangan Tun Mohd Khairul (dua dari kanan) bersama isteri dan anak-anaknya.
Jenazah Tun Nur Ufaira Afifa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengkawang selepas solat Asar.
SEBELUM INI, MEDIA MELAPORKAN BAHAWA KEMALANGAN TRAGIS ITU BERLAKU DI KILOMETER 13, JALAN GAUNG – KUALA PING – TERIS, KAMPUNG KEPAH. INSIDEN TERSEBUT MENGORBANKAN ISTERI TUN MOHD KHAIRUL, NURSAIDATUL AISHAH, SERTA ANAK SULUNG MEREKA, WAN NUR IZARA AINA, 12, MANAKALA TUN NUR UFAIRA AFIFA MENGALAMI KECEDERAAN PARAH.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab, kejadian berlaku sekitar jam 11.55 pagi ketika mereka dalam perjalanan pulang dari sebuah kedai di Kampung Kepah menuju Kampung Tengkawang.
Siasatan mendapati sebuah Perodua Axia yang dinaiki lima pelajar hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh motosikal yang dinaiki mangsa.
Kini, Tun Mohd Khairul hanya mampu berdoa agar diberikan kekuatan menghadapi kehilangan insan tersayang dalam masa yang singkat ini.
Setiap hari ada saja perkembangan terbaharu Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang boleh dibanggakan. Sudah mampu bergerak aktif dan sebagainya, kini buah hati kesayangan rakyat Malaysia ini dikatakan sudah mengungkapkan perkataan pertamanya.
Menerusi perkongsian dari bapa Ainul, si comel ini dilihat menyebut perkataan “Mama…”. Kapsyen yang mengiringi video pendek itu cukup ringkas, tapi sudah mampu membuatkan ramai orang bersyukur dan gembira dengan perkhabaran ini.
TONTON VIDEO AINUL UNGKAP PERKATAAN PERTAMA DI BAWAH:
“First word Ainul, “Mama”. Alhamdulillah, setahun sepuluh bulan.”
Pelbagai komen positif dititipkan oleh rakyat Malaysia:
Selepas menjalani pembedahan tahun lalu, Ainul menunjukkan perkembangan yang baik dari segi kesihatan serta kemahiran sosialnya. Bukan sahaja sudah mampu bergerak aktif, buah hati kesayangan kita ini juga sudah mula boleh bertutur. Diharapkan Ainul terus membesar dengan baik dan lebih banyak perkara lain dapat dilakukan olehnya selepas ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekarang ni harga emas makin naik, ramai yang berkira-kira nak beli. Tapi lain pula cerita dengan pelakon jelita, Datin Atikah Suhaime, memang selalu mencuri...