Berita pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin yang hadir pada prosiding pertama kes perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, telah mengundang rasa pilu dalam kalangan peminat mereka. Siapa sangka, cinta yang dahulu terlihat begitu sempurna kini hangat diperkatakan isu keretakan rumah tangga mereka.

Dalam satu kenyataan yang penuh emosi, Fattah mengakui masih sayang kepada isteri dan anaknya. Fattah memohon peminatnya mendoakan keluarganya. Dengan tanda pagar, gambar terakhir dimuat naik memberi makna yang tersirat.

“Doakan yang baik- baik buat kami. Apa-apa pun jadi Daddy will always love you two”.  #lastpicturetaken

PEMINAT HIBA

Peminat yang selama ini menyaksikan perjalanan cinta mereka turut merasa hiba. Antara komen adalah

“Tak pernah terfikir hubungan seindah ini berakhir begini. Semoga kedua-duanya kuat untuk anak perempuan mereka,”

Ads

“Kami doakan yang baik-baik.”

“Stay strong Fattah.”

“Semua dugaan ni pasti ada hikmahnya. Kami semua doakan yang terbaik”

Ads

Fattah Luah Ungkapan Sayang, Gambar Terakhir Undang Sebak

Netizen memberi sokongan penuh kepada pelakon terkenal, Fattah Amin, selepas selesai prosiding mahkamah pertamanya hari ini.

Ramai yang terus memberikan kata-kata semangat, berharap agar Fattah kekal tabah menghadapi dugaan hidup ini.

Ads

Perkongsian ini mendapat perhatian ramai, dengan rata-rata netizen tersentuh melihat kasih sayang yang masih ada walaupun melalui situasi yang mencabar.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

Sumber: IG Fattah Amin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI