Lagi sebulan, pelakon cantik kesayangan ramai, Nur Fazura Sharifuddin bakal bergelar ibu. Fazura yang kini hamil lapan bulan sentiasa tampil cantik malah semakin berseri-seri di trimester ketiga kehamilannya.
Fazura yang ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan kulitnya, Fazura Skincare tampil cukup cantik dengan persalinan serba merah jambu. Tambah menyerlahkan aura kehamilan bakal ibu.
Berkongsi kisah kehamilannya, Fazura memuji kesabaran suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin yang sabar melayani kerenahnya sepanjang tempoh kehamilannya. Malah kata Fazura, suaminya seorang yang amat sabar dan terlalu menjaga hatinya sepanjang kehamilan.
“Ketika mula-mula mengandung, saya memang amat cerewet bab makan. Ada satu ketika, dia beli sandwich yang mengandungi mayonis sedangkan saya tak suka.
“Saya memang tak suka mayonis dan sos sehingga akhirnya saya menangis. Dia pujuk saya dan keluar semula pergi belikan sandwich yang baru semata-mata untuk bagi saya makan. Selepas itu saya minta ampun kepadanya kerana kasihankan dia yang sanggup buat apa saja untuk saya,” katanya.
Bukan itu saja, malah kata Fazura lagi, Fattah juga sanggup mengalah biarpun dia sebenarnya yang bersalah dalam satu-satu hal.
“Dia akan bagi saya menang dan kata, iyalah sayang…you menang,” katanya.
Fattah Mengidam Makan Manis
Jika bukan isteri yang mengidam, suamilah orang paling terdekat terkena tempiasnya. Inilah yang dilalui Fattah Amin. Kata Fazura, suaminya cukup gemar makan aiskrim hingga berat badan bertambah tanpa disedarinya.
Menurut Fazura, ketika awal kehamilan, Fattah tidak menyedari dirinya yang mengidam.
“Semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lalu ketika Ramadan, sebaik berbuka puasa, dia kerap membuka peti sejuk dan banyak makan aiskrim sehingga berat badannya naik. Saya pula berpantang makan pedas dan tajam seperti nanas,” katanya.
Mula Beli Barangan & Kelengkapan Bayi
Bercerita mengenai persediaan menyambut kehadiran bayi, pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-28 menerusi filem Manisnya Cinta Dii Cappadoccia ini berkata, dia belum membeli apa-apa barangan keperluan tetapi sebaliknya ada membeli dalam masa terdekat ini. Tidak mahu terburu-buru, katanya berkongsi.
“Khamis ini baru saya akan mula beli barang. Rasanya okay kerana emak dan mentua akan bantu. Ada yang kata jangan terlalu terburu-buru,” katanya berkongsi.
PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA BERMULA OGOS 2020
Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !
#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
Sumber: Harian Metro