Setelah hamil dan melahirkan, pastinya ibu ingin melihat anak membesar di depan mata. Namun apa yang terjadi kepada ibu tabah ini ialah sebaliknya namun dia sangat kuat & cekal menghadapi kehilangan 4 anak syurga. Nukilan miliknya ini membuatkan hati sesiapa membaca rasa tersentuh & sebak!
Puan Fariza Ieza menghadapi kehilangan anaknya yang bernama Muhamad Fayyadh Nabhan yang mengalami cerebral palsy akibat lemas semasa lahir & tali pusat menjerut leher.
Kehilangan anak adalah ujian yang sangat berat bagi wanita bergelar ibu. Kurniaan kenangan terindah menjaga si kecil, Fayyadh selama tiga bulan selepas dilahirkan diabadikan Fariza dalam catatannya.
Ummie yakin Fayyadh dah bertemu abang-abang kembar 3 di sana. Kenangan yang ditinggalkan sangat indah. Terima kasih Allah.
Ummie bangga Fayyadh terus bertahan melepasi beberapa fasa kritikal di NICU. Kamu dah bahagiakan Ummie, Ayah adik beradik lain.
“Terima kasih Allah, Fayyadh bertahan dan bahagiakan kami untuk 2 minggu yang indah.”
Masa lahir tidak menangis dan tiada degupan jantung. Selepas CPR 2 kali ada sedikit bacaan jantung.
7 hari koma. Hari ke-6 sedar Fayyadh diberi ubat untuk kurangkan aktiviti otak.
Hari ke-11, mesin bantuan pernafasan dicabut & Fayyadh kritikal. Tapi kamu kuat & terus berjuang untuk hidup. Akhirnya dapat bawa balik duduk sebumbung dengan Ummie & Ayah.
Sedih memang sedih tapi jadi kuat kerana Ummie tahu ujian orang lain lagi berat daripada Ummie.
“Engkau memang anak yang hebat Fayyadh”
Kamu hembuskan nafas terakhir di depan Ummie. Selamat bersuka ria dengan 3 abang-abangmu yang kembar di sana
4 anak syurga Ummie, semoga menjadi asbab Ummie & Ayah dihisab & mudah masuk syurga.
Fayyadh cerebral palsy kerana lemas terlalu lama dalam perut & terjerut tali pusat dengan 3 lilitan kuat. Arwah pergi kerana sawan tidak terkawal.
Sumber: Fariza Ieza