Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura antara selebriti yang sentiasa cool. Dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka, Nur Fatima, rumah tangga pasangan ini semakin ceria dan bahagia.
Kata Fazura, tiada kata-kata yang dapat mengambarkan kebahagiaan mereka berdua tapi rasa syukur atas segala kurniaan atas kehadiran Fatima.
“Tidak dinafikan, pengalaman kali pertama menjadi ibu sangat mencabar. Ini kerana banyak perkara yang saya belum tahu terutama apabila anak menangis malam.
“Ketika awal kelahiran, Fatima kerap bangun malam untuk menyusu,” luah Fazura selepas melahirkan Fatima.
Untuk pengetahuan umum, Fatima bakal memasuki 2 tahun pada Oktober nanti.
Menerusi Tiktok rasmi Fazura, dia berkongsi perkembangan terbaru, yang memaparkan gelagat Fatima ketika ditanya nama bapa dan ibunya.
Anda ingin memberikan buah untuk bayi tetapi perlukah dimasak dahulu buah tersebut? Atau boleh diberikan secara mentah?
Sama ada anda perlu masak makanan pejal seperti sayuran atau buah untuk bayi, ia adalah bergantung sepenuhnya kepada tahap perkembangan mereka.
Adakalanya ia ditentukan oleh jenis spesifik sayuran atau buah yang ingin diberikan kepada si manja.
Bersediakah si manja untuk makanan pejal?
Umumnya, bayi yang berusia sekitar 6 bulan sudah bersedia untuk menerima makanan pejal pertamanya. Pada tempoh ini, sistem pencernaan si manja sudah menghasilkan enzim yang diperlukan untuk menyempurnakan proses pencernaan.
Anda juga boleh mengetahui tanda-tanda anak bersedia untuk makan jika dia:
-Sudah boleh mengangkat, menahan dan mengawal kepala
-Boleh duduk secara stabil walaupun masih memerlukan sokongan
-Tidak lagi menolak makanan dengan lidahnya – tongue thrust reflex – refleks ini secara automatik mengeluarkan makanan daripada mulutnya untuk mengelakkan tercekik
-Mula menunjukkan minat untuk mencuba makanan
-Sayuran & buah untuk bayi perlu ke dimasak dahulu?
-Kebanyakan pakar pemakanan kanak-kanak akan menyarankan masak makanan pejal seperti sayuran atau buah untuk bayi sehingga mereka berusia 8 bulan.
Walau bagaimanapun, buah seperti pisang dan avokado diberikan pengecualian dalam situasi ini.
Tetapi kenapa perlu masak makanan pejal yang akan diberikan kepada bayi?
Ini kerana proses memasak sayuran dan buah-buahan akan memecahkannya dan memudahkan proses pencernaan bagi perut bayi yang belum matang. Bayi yang berusia 8 bulan ke atas mampu mengendalikan serat dan gula daripada sayuran atau buah yang mentah berbanding bayi yang baru mencuba makanan pejal.
Kulit sayuran dan buah untuk bayi perlulah sentiasa dikupas terutamanya jika mereka berusia di bawah 8 bulan.
5 sebab perlu masak makanan pejal
Mesti anda tertanya-tanya mengapa makanan pejal perlu dimasak terlebih dahulu, bukan? Ini adalah sebabnya:
Mengurangkan risiko tercekik
Kebanyakan sayuran dan buah mentah boleh menyebabkan bayi tersedak dan tercekik. Sudah tentu ia bahaya.
Sebagai contoh lobak merah, dalam keadaan mentah ia sangat keras melainkan bayi anda sudah mempunyai gigi geraham untuk memudahkannya menggigit dan mengunyah.
Sebaliknya, lobak yang sudah dimasak, pastinya lebih lembut dan boleh dijadikan finger food kepada si manja.
Pencernaan
Seperti dinyatakan pada awal tadi, sayuran dan buah yang mentah mungkin sukar untuk dicernakan oleh bayi berbanding yang sudah dimasak.
Keadaan ini disebabkan makanan segar dan mentah mengandungi zat dipanggil selulosa. Sistem pencernaan akan mengesan bahan ini sebagai produk buangan – kesannya ia mungkin akan memberikan masalah cirit-birit kepada bayi.
Reaksi alahan
Ada yang menyarankan jika memasak sayuran dan buah untuk bayi dapat mengubah protein yang terdapat di dalamnya.
Proses itu akan membantu mengurangkan kecenderungan untuk berlaku reaksi alahan pada bayi.
Pencemaran
Kebanyakan ibu bapa berasa lebih selamat untuk memberikan bayi makan makanan yang sudah dimasak kerana proses tersebut memusnahkan kebanyakan bakteria pada makanan.
Pastinya ia sesuatu yang benar dan perlu dititikberatkan bagi mengelakkan timbulnya isu keracunan makanan pada si manja.
Rasa
Sesetengah sayuran dan buah akan memberikan rasa yang sedikit berbeza setelah dimasak. Buah yang mempunyai rasa agak masam seperti plum atau pic pastinya boleh mendatangkan kejutan kepada bayi anda.
Jenis buah untuk bayi yang boleh diberikan
Hampir kesemua buah yang terdapat di pasaran boleh diberikan kepada si manja jika ibu bapa mengambil berat cara penyediaan yang betul. Berikut disenaraikan beberapa jenis buah yang paling kerap diberikan kepada si kecil.
Namun anda juga boleh mencuba untuk memberikan buah lain yang tidak termasuk dalam senarai di bawah.
Tidak dinafikan kebanyakan kanak-kanak tidak gemarkan sayur, malahan ada juga individu dewasa begitu. Walau bagaimanapun, pada tempoh ini adalah waktu bagi si manja mencuba pelbagai jenis rasa dan tekstur buat pertama kalinya. Jadi biarkan mereka merasainya tanpa membuat sebarang penghakiman.
Jika si kecil membuat sebarang reaksi pada wajahnya, ia bukan bermakna mereka tidak menggemarinya. Bayi biasanya memerlukan percubaan dan pendedahan makanan yang sama untuk beberapa kali sebelum dapat menerimanya. Apa sahaja jenis sayuran boleh dicuba untuk diberikan.
Perkara mudah
Ada ibu bapa yang rasa renyah untuk masak makanan pejal bagi bayi? Anda silap, pada dasarnya ia tidaklah serumit yang anda sangkakan.
Dengan peralatan penyediaan yang betul; mesin pengisar atau pemproses makanan yang baik, tugas menyediakan makanan boleh menjadi mudah dan menjimatkan. Cubalah!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semua mesti tahukan yang anak ni CCTV terbaik di seantero dunia. Storage mereka tak ada limit, berapa juta gig pun diaorang boleh rekod. Kamera pula bukan calang-calang, bukan Full HD lagi tapi 6D nampak real.
Kita kena jaga tingkah laku kita bila berdepan anak ni. Bukan apa, takut kita Self-Sabotage diri sendiri. Macam mana anak nak dengar cakap kita kalau kita sendiri sabotage kredibiliti kita sebagai seorang ibu bapa.
Berikut perkongsian dari seorang bapa yang suka berkongsi tip keibubapaan, Mohd Fhais.
Contoh sabotage diri sendiri
1 – Cakap Tak Serupa Bikin
Suka sangat cakap sesuatu yang diri sendiri tak sampai hati nak buat pun.
“Aiman nak kena pukul dengan besi buai adik ni ke?” (Kebetulan tengah buai adik masa tu)
2 – Suka Ugut Anak
“Aiman nak pergi mandi sekarang, kalau tidak mama sebat dengan getah paip tu”
Memang ugutan ni mula-mula kita guna anak mudah ikut tapi lama kelamaan diorang akan jadi lali dan jadi tak takut dah. Dan yang paling worst, kita pun upgrade ugutan tu jadi lebih tinggi bahayanya.
Berhenti ugut anak, percayalah tak orang dalam dunia ni yang suka di ugut.
3 – Selalu Guna Kata Sindiran atau Troll
“Eh aiman tak dengar ke mama panggil tadi? Telinga letak kat lutut ke?”
Sindiran ni biasanya terjadi kerana kita bercakap guna otak emosi dan bukan otak logik. Jadi kawal emosi dan kawal la mulut tu.
Nampak simple tapi sindiran-sindiran inilah yang akan jadi parut emosi anak yang berpanjangan.
4 – Marah Tak Bertempat
Lepas penat buat kerja anak datang nak mengendeng, kita marah
Balik kerja baru nak buka kasut anak dah datang tanya macam-macam, kita marah
Rumah baru mop, anak tumpahkan air pun kita marah.
Aduh, senang-senang dapat label “Pemarah” dari anak-anak.
5 – Jadi Tunggul Kayu Di Rumah
Jasad dah sampai rumah, tapi roh tak sampai sampai. Anak dengan dunia anak, kita dengan dunia kita.
Bila “self presense” ( keberadaan ) kita tak di rasai lama kelamaan anak akan jadi makin jauh dengan kita. Itu self sabotage paling bahaya.
⛔ Anak makin degil ⛔ Jadi childhood trauma ⛔ Parut emosi ⛔ Mula menagih perhatian dengan cara negatif ⛔ Jadi attention seeker
Ramai mak ayah sekarang depan orang lain bukan baik lagi. Depan orang adab terjaga rapi, mulut sopan je bila bercakap dan lembut yang amat. Orang kata pijak semut pun tak mati.
Tapi bila depan anak adab entah ke mana, mulut jadi longkang dan bukan setakat semut di pijak kadang anak pun di pijak pijaknya. Allahu..
Terbalik pula. Berhenti la tagih pujian orang lain, pujian dari anak tu yang lebih baik.
Jom pakat dengan pasangan kita lumba siapa dapat pujian paling banyak dari anak anak.
Pelakon popular Fizo Omar yang sedang menghitung hari menunggu kelahiran anak kedua daripada perkahwinannya dengan isteri Fazeera Nazri masih belum berkongsi jantina anak yang bakal lahir.
Pengacara rancangan Roda Panas di Astro ini berkongsi foto isterinya sedang menjalani ujian ultrasound pemeriksaan antenatal bulanan dengan kapsyen menyatakan tidak sabar hendak menanti kelahiran anak keduanya daripada perkahwinan kedua tersebut.
Counting days. Cant wait to see u
Peminat Main Teka-Teki Jantina Bayi
Nampaknya bukan sahaja Fizo dan isteri yang teruja menanti kelahiran anak mereka tetapi peminat-peminat turut sama teruja menantikan kelahiran bayi tersebut. Bahkan mereka turut berteka-teki jantina anak dalam kandungan Fazeera.
Fizo yang sebelum ini sudah pun mempunyai seorang anak perempuan, Wan Maryam, 5, hasil perkahwinan pertama dengan usahawan Mawar Karim pada tahun 2013. Pasangan ini bercerai pada tahun 2019.
Fizo dan Fazeera bernikah pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Februari lalu, Fazeera mengumumkan dirinya sedang berbadan dua.
Nak banyak info tentang kehamilan dan persediaan bersalin, jangan lupa join webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersalin normal adalah proses kelahiran bayi melalui saluran faraj tanpa memerlukan pembedahan. Ia adalah kaedah yang paling biasa dan dianggap lebih semula jadi.