Pelakon Fazura meluahkan rasa terharunya apabila melihat anak sulungnya, Nur Fatima Aisya sudah pandai solat sendiri.
Menerusi Instagram keluarga, Fazura berkongsi kisah anak kesayangannya itu.
Tambah Fazura lagi, pada awalnya dia kurang senang untuk berkongsi perkara itu kepada umum namun hanya sekadar berkongsi momen sebagai kenang-kenangan ketika Fatima kecil.
“Lama berfikir nak share ke tak. Sebolehnya bab ni tak berapa berkenan nak share pada umum. Tapi dia masih kecil, maybe takpe la kan?
“Kisah nya, tercari-cari dia kat mana. Helper Faz cakap dia naik atas bilik dia dengan helper Faz yang jaga dia.
“Tengok kat camera rupanya dia tengah solat.. #masyaAllahTabarakAllah Faz rasa ni cuteee sangat not to share. Minta maaf ya.
“Semoga anak-anak kita membesar menjadi anak yang solehah atau soleh, mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT di dunia akhirat mudah-mudahan.. aminn,” tulisnya.
Perkongsian video tersebut sudah pastinya menarik perhatian ramai malah kagum dengan Fatima yang sudah pandai solat sendiri.
Fazura dan Fattah juga tidak terkecuali mendapat pujian ramai malah berjaya mendidik Fatima tentang perihal agama dengan baik.
Menarik: Mona Allen Selamat Bersalin Anak Kedua Timang Bayi Lelaki/
Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”
“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/
Jom bawa anak-anak pergi Zoo Melaka, boleh tengok animals dan main games! Boleh menang banyak hadiah tau.
Klik sini untuk daftar: https://kliik.je/product-details/79?title=simpan-challenge-sspn
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Batuk Berkahak, Demam Suhu Tinggi, Lemah & Nafas Laju. Jangan Main-Main, Ini Simptom Sesuatu Yang Serius!
Batuk berkahak, demam suhu tinggi, lemah & nafas laju. Mama papa tolong jangan ambil mudah dan lengahkan masa mendapatkan rawatan!
Radang paru-paru atau pneumonia boleh menyerang sesiapa sahaja pada pelbagai peringkat usia. Kanak-kanak juga tidak terkecuali. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kematian sebanyak 920,936 orang kanak-kanak bawah lima tahun di seluruh dunia pada tahun 2015.
Menurut Dr. Foo Chee Hoe, Pakar Pediatrik, Pantai Hospital Ampang, pneumonia adalah sejenis jangkitan kuman pada paru-paru yang boleh terjadi pada semua peringkat usia. Jangkitan terjadi pada pundi-pundi udara di dalam paru-paru. Mujurlah penyakit ini boleh dielakkan dan dirawat. Atas sebab ini, anda perlu peka dan sentiasa keadaan si manja.
AWASI SI MANJA ELAK JANGKITAN
Pneumonia disebabkan oleh kuman virus atau bakteria. Antara kuman-kuman yang biasa dijumpai pada pesakit yang dijangkiti pneumonia ialah virus Respiratory Syncitial Virus, Influenza, Adenovirus dan bakteria seperti pneumococcal dan mycoplasma pneumoniae. Kuman ini disebar melalui pelbagai cara seperti berikut;
- Kanak-kanak menghidu udara yang telah dijangkiti kuman penyebab pneumonia atau bakteria tertentu.
- Kanak-kanak mengalami jangkitan pada sistem pernafasan seperti selesema.
- Kanak-kanak mengalami komplikasi akibat penyakit lain seperti cacar air atau campak.
Kemungkinan terjadinya jangkitan pneumonia lebih tinggi di tempat awam dan tadika di mana kanak-kanak yang banyak bergaul bersama. Daya tahan badan kanak-kanak yang lemah juga memudahkah mereka diserang oleh kuman penyebab jangkitan pneumonia ini.
SIMPTOM PNEUMONIA PADA KANAK-KANAK
Pneumonia menunjukkan simptom apabila menyerang si kecil. Semasa jangkitan kuman pneumonia, salur pernafasan dan tisu-tisu peparu akan mengalami keradangan. Ekoran daripada itu, kanak-kanak akan mengalami simptom-simptom seperti berikut;
- Batuk berkahak.
- Hilang selera makan.
- Bernafas laju.
- Berdehit atau wheezing semasa bernafas.
- Ada sesetengah kanak-kanak akan mengalami keletihan.
- Ada di kalangan mereka turut mengadu sakit perut berdekatan tulang rusuk.
- Sesak nafas. Namun bagi kanak-kanak yang berumur lebih daripada tiga tahun, mereka berkemungkinan tidak mengalami sesak nafas walaupun dijangkit pneumonia.
Simptom-simptom ini dikenalpasti oleh doktor selepas pemeriksaan doktor. Diagnosis boleh diperkukuhkan melalui ujian X-ray dada, ujian darah, ujian cecair kahak,lendir tekak dan hidung.
AWAS! NAFAS LAJU TANDA SERIUS
Demam, batuk dan susah nafas adalah tanda utama bagi pneumonia. Jangan ambil ringan dan berlengah untuk mendapatkan rawatan segera bagi menyelamatkan nyawa si manja.
Tanda-tanda pneumonia yang serius ialah kadar pernafasan yang sangat laju, keadaan si kecil yang amat lemah dan demam yang dialami bersuhu tinggi. Walau pun sesetengah kanak-kanak yang dijangkiti pneumonia masih aktif dan tidak mengalami kerumitan bernafas dan kelihatan tidak kritikal, jangan ambil mudah. Anak anda tetap memerlukan rawatan hospital untuk memastikan pesakit sembuh secepat mungkin.
LANGKAH RAWATAN
Doktor selalunya akan mengamalkan strategi ini sebagai rawatan utama pesakit pneumonia kanak-kanak ialah termasuk;
- Menghapuskan kuman yang menyebabkan jangkitan ini dengan menggunakan ubat antibiotik yang sesuai.
- Menolong pesakit yang kurang selera mendapat hidrasi yang mencukupi, yang hilang selera makan akan diberikan intravenous drip.
- Membantu mereka yang sesak nafas untuk mendapatkan bekalan oksigen yang mencukupi.
Mama dan papa perlu difahami bahawa pesakit jangkitan pneumonia biasanya akan batuk teruk, tetapi ubat batuk bukanlah ubat utama. Menghentikan batuk bukan strategi utama dalam rawatan kerana batuk adalah cara badan untuk membuang kahak yang mengandungi kuman.
BANTU ANAK DAPATKAN RAWATAN SEGERA
Anda boleh membantu anak dengan sentiasa peka kepada perubahan anak dan tanda-tanda yang menunjukkan anak mungkin dihinggapi penyakit ini. Bertindak awal dengan membawa anak jumpa doktor boleh membolehkan pesakit sembuh lebih awal dan elakkan komplikasi yang tidak diingini.
Bantu anak untuk memastikan mereka mengambil ubat-ubatan mengikut dos dan arahan doktor. Selain itu, kanak-kanak yang menghidapi pneumonia kerap kali akan hilang selera makan. Pujuk mereka untuk makan dan minum bagi memastikan air dalam tubuh yang mencukupi bagi mengelakkan dehidrasi.
CARA ELAK PNEUMONIA
Pneumonia walaupun kerap berlaku dan doktor mempunyai ilmu untuk merawatnya, ia masih sejenis penyakit yang serius dan berpotensi membawa maut. Mencegah lebih baik daripada merawat.
- Pastikan anda tidak culas memastikan si kecil mengambil vaksin! Vaksin pneumoccoccal dan influenza boleh mencegah jangkitan kedua-dua kuman ini yang boleh menyebabkan pneumonia.
- Menjaga kebersihan tangan supaya tidak tercemar dengan kuman bakteria dan virus. Ajar anak anda untuk mengamalkan amalan membasuh tangan setiap kali sebelum makan, minum dan selepas menyentuh kemudahan awam.
- Hindari anak daripada punca asap daripada rokok dan tempat memasak.
- Menguatkan imuniti badan anak dengan mempertingkatkan nutrien dalam diet anak. Ini kerana kanak-kanak yang tidak mendapat cukup zat boleh melemahkan sistem imunisasi sekali gus meletakkan mereka sebagai kumpulan berisiko tinggi dijangkiti pneumonia.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Nak Anak Buat Apa Yang Kita Suruh, Tak Nampak Macam Arahan Tapi Anak Laju Nak Buat
Banyak perkara yang kita perlukan kerjasama anak untuk buat. Tapi anak susah nak buat, malah tidak mengendahkannya. Di mana silapnya?
Mungkin ada ibu bapa akan mengambil jalan mudah untuk menakut-nakutkan anak supaya apa yang disuruh dilaksanakan dengan cepat. Natijahnya, anak hanya akan buat bila ditakut-takutkan, dan sampai bila kita mampu untuk menakutkan mereka?
Menurut kaunselor, Puan Farhan menyatakan penting bagi kita untuk mewujudkan rasa suka dan seronok kepada perkara yang dilakukan oleh anak.
MENAKUTKAN MEMBERI KESAN KURANG BAIK
Menanam rasa suka, cinta dalam diri anak-Menggerakkan anak melakukan sesuatu tanpa menakutkan mereka. Pada suatu hari, Amira tidak mahu makan sayur dan ibunya berkata
“Kalau kamu tidak makan sayur, nanti hantu sayur akan datang gigit kamu”
Dengan perasaan takut anak ini makan juga sayur yang di masak oleh ibunya kerana takut pada hantu.
Si ibu berasa puas hati kerana berjaya membuatkan anaknya makan sayur.
Namun, kalau kita renungkan kembali. Adakah cara ini baik untuk anak anak?
Setiap kali mereka tidak mahu berbuat sesuatu kita takutkan mereka agar mereka menjadi lemah dan segera tunduk kepada kita.
Benar, cara ini memang berkesan. Namun, kesannya sangat tidak bagus untuk anak anak.
JANGAN GERAKKAN ANAK DENGAN PERASAAN TAKUT
Mengapa kita perlu sentiasa menakutkan anak.
Dalam menyuruh anak melakukan sesuatu perkara, jangan gerakkan anak dengan perasaan takut. Sebaliknya, usahakan untuk menanam rasa suka dan cinta kepada perkara itu. Itu lebih baik kerana anak itu akan digerakkan dengan motivasi yang terbit dalam dirinya sendiri.
Contoh:
Anak anda suka menyepahkan rumah. Anda mahu anak anak mengemas rumah. Bagaimana caranya?
Sebelum ini viral post yang ibu menakutkan anaknya dengan memakai kostum dan menyama menjadi satu makhluk agar anaknya takut dan tidak menyepahkan rumah lagi.
Tetapi, saya terfikir satu hal, adakah setiap kali kita mahu anak berbuat sesuatu kita harus takutkan mereka?
Tidak bolehkah kita tanamkan rasa suka mengemas rumah dalam diri anak anak?
- Buat satu permainan siapa cepat kutip sampah dia akan menang.
- Buat pertandingan bilik paling bersih
- Beri tugas kecil kepada setiap anak
WUJUDKAN RASA SERONOK
Usaha untuk buat sesuatu yang akan menanam rasa seronok dan akhirnya membangkitkan rasa suka untuk mengemas rumah berbanding mengotorkannya.
Kemudian, terangkan kepada anak anak perkara sebenar, apa yang akan berlaku jika rumah nya kotor. Apa akibatnya?
Nanti kuman akan merebak
Rumah berbau busuk.
Itu lebih baik berbanding menakutkan anak dengan hantu jembalang.
Begitu juga jika anak susah makan sayur.
Jangan amalkan mengugut anak dengan hantu sayur dan sebagainya.
Sebaliknya buat anak jatuh cinta dengan sayur.
Ceritakan kelebihan bila anak makan sayur.
Nanti kulit jadi cantik
Nanti mata akan jadi cerah
Nanti badan jadi kuat
KESAN ANAK YANG SELALU DITAKUT-TAKUTKAN
Apabila kita menakutkan anak, bukan sahaja jiwanya lemah, malah ia juga tidak memberi kesan yang lama. Mungkin ketika kecil dia akan takut, sebaliknya bila sudah besar tidak akan terkesan lagi. Tetapi, apabila kita bangkitkan rasa suka dan sayang kepada sesuatu aktiviti dan perkara yang mereka perlu lakukan, pastinya ia akan dibawa sehinggah anak itu besar.
CERITA YANG BAIK-BAIK & POSITIF
Anak anak kecil, apabila kita mahu mengajar sesuatu kepada mereka, mulakan dengan menyebut cerita yang baik-baik.
Apabila kita mengajar tentang Alalah, kita bukan mulakan dengan hukuman dalam neraka sebaliknya kita ceritakan tentang seronoknya syurga.
Siapa buat baik Allah sayang
Siapa sayang adiknya Allah sayang
Siapa suka tolong ibunya Allah sayang.
Bila anak suka pukul adiknya, jangan kita kata
“Pukul adik, masuk neraka nanti”
sebaliknya cuba ubah ayat itu kepada ayat yang positif dan penuh cinta.
“Kalau abang buat baik dengan adik, selalu main baik baik nanti Allah sayang, masuk syurga nanti”
Biarkan jiwa anak dipenuhi dengan perkara yang baik-baik dan positif sahaja dahulu agar perbuatannya mengarah kepada yang baik baik sahaja dahulu.
Sumber: Puan Farhan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayi Suka Senyum Setiap Hari Petanda Dia Membesar Dengan Baik, Cepat Mesra
Bayi suka senyum setiap hari petanda dia membesar dengan baik, cepat mesra. Bayi yang sering tersenyum menunjukkan bahawa perkembangan sosialnya positif. Bagi ibu bapa, melihat bayi semakin membesar pasti mengembirakan anda sebagai ibu bapa.
Bayi Suka Senyum Setiap Hari Petanda Dia Membesar Dengan Baik, Cepat Mesra
Perasan tak sejak bila anak anda mula pandai senyum? Sebenarnya setiap bayi berbeza dan ada yang dah mula memberi senyuman pertama semasa dalam pantang lagi.
Namun, tahukah ibu di sebalik senyum si kecil ada beberapa fakta menarik. Antaranya adalah:
Dalam minggu-minggu pertama kehidupannya, bayi perempuan tersenyum spontan dua kali lebih banyak daripada bayi lelaki.Ketika tersenyum, kadar kelajuan denyut jantungnya menurun. Ini membuktikan, tersenyum adalah salah satu cara relaksasi.
BEBERAPA KAJIAN MENYATAKAN BAYI YANG KURANG MENDAPAT STIMULASI, KHUSUSNYA STIMULASI SOSIAL, AKAN LEBIH SUSAH DAN JARANG TERSENYUM DIBANDINGKAN DENGAN BAYI YANG DIBESARKAN DALAM KELUARGA YANG HARMONI DAN PENUH KASIH SAYANG.
Senyum diiringi mata yang terbuka lebar merupakan hasil dari proses yang terjadi di sebelah otak kanan bayi. Senyum ini ditujukan kepada orang-orang yang dikenalnya secara dekat.
Sedangkan senyum yang diiringi pandangan mata sekejap ditujukan pada orang yang tidak biasa bagi bayi dan ini adalah hasil proses yang terjadi di belahan otak kiri secara automatik.
Jadi sebagai ibu bapa, pastikan anda tidak melepaskan momen indah bersama bayi dan sentiasa menstimulasikan rangsangannya secara berperingkat agar anak dapat membesar dan mempelajari sesuatu yang baharu sesuai dengan umurnya.
Baca artikel lain juga: Zalif Sidek Timang Anak Kedua, Isteri Selamat Bersalin Bayi Lelaki, Dah Dapat Sepasang
MK K-Clique Sudah Jadi Ayah, Isteri Selamat Bersalin Bayi Perempuan
Penyakit Yang Sering Menyerang Bayi & Kanak-kanak, Ibu Bapa Jangan Ambil Mudah
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI