Fedtri Yahya sambut hari lahir anak sulung, Indah Sutera Jannah yang ke 12, coretannya undang sebak. Ahmad Fedtri Yahya, pengacara dan juga personaliti televisyen berkongsi momen sambutan hari lahir anak sulungnya, Indah Sutera Jannah.
Artikel lain: 4 Kali Bertarung Nyawa Melahirkan, 4 Kali Juga Keguguran F
30 April, selamat ulangtahun buat anakanda tercinta, Indah Sutera Jannah yang ke-12. Semoga menjadi puteri yang solehah dan memberi manfaat kepada ummah.
Terima kasih buat pasukan yang bertungkus-lumus saat akhir untuk majlis kecil-kecilan, santai tapi penuh makna.
Nukilan dari hati ayahanda buat puterinya:
Pesan cinta untuk Sutera.
Kakak Sayang,
Nanti dewasa miliki rasa,
mahalkan cinta sebelum binasa
Jangan merindu pada yang tak sudi,
jangan meratap pada yang dah pergi
Jangan mengharap pada yang tak pasti,
jangan merayu pada yang dah benci
Serasi bukan terletak di mata,
tetapi sepadan di dalam jiwa
Jangan terkesan bandingan orang,
selami sendiri si dia tersayang
Jika getaran telah berputik,
impian bersatu selalu berdetik
Jangan serah segala hati,
simpan separuh sebagai sakti
Jangan mudah termakan harapan,
simpan iman sebagai penampan
Jika nanti rekah jalinan,
ada bekalan untuk bertahan
Jika nanti hambar hubungan,
ada penawar meluput kenangan
Jika nanti cintamu zulmat,
tak perlu tabur dendam kesumat
Bangkit dan julang seribu maaf,
tadabbur makna pasrah dan khilaf
Usah rebah sebelum nikah,
usah berlebih dalam bercanggah
Yang terkurang disantuni cermat,
yang menawan jadikan azimat
Usah berteman si dia yang dayus,
dilanda gelora terus menikus
Dunia adalah duri dan fitnah,
Pegang teguh Quran dan sunnah
Pancarkan pesona pada yang halal,
tutup laluan ke jalan yang dangkal
Tak rugi tidak dipuji,
hidup bukan mainan janji
Jangan menangis di dalam hati,
luahkan rasa pada Yang Mengerti
Andai tertutup telinga manusia,
keluh dan kesah hamparkan padaNya
Jangan menanti terlalu lama,
tegaskan diri bak dewi kesuma
Jangan jadi bunga murahan,
sebelum kembang ditimpa dahan
Jangan pudar sebelum menguntum,
simpan kejutan mustika terharum
Jangan mengorak kelopak terluka,
sucikan diri setulus cempaka
Kalau seroja damailah di tasik,
beralun tenang air berbisik
Kalau dipuja bagaikan mawar,
jadikan duri perisai yang tegar
Ingat sejarah semalu di tanah,
dalam malu senjata memanah
Namun tak perlu simalakama,
racun rahsia di hati kama
Menjadi apa pun biarlah berpada,
walau diri di puncak persada
Kerana dirimu tetap indah,
sutera syurga lambaian jannah
Naiklah ke langit dengan cinta,
bukan di bumi tersilau mata
Ada takdir kasih mulia,
berkat doa munajat padaNya
Bidadari terhormat taman firdausi,
puncak segala nikmat abadi
Untuk info Fedtri berkahwin dengan seorang guru, Nurul Anati pada Mei 2011. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Indah Sutera Jannah, 12, Ahmad Wildan Arjuna, 10, Indah Rauvda Inaara, 7, dan Ahmad Firaas Mevlana,5.
Sumber: Facebook Fedtri Yahya
Artikel lain: Fedtri Yahya Syukur Anak Sulung Dapat 8A UPKK Tahniah Kakak. Kakak Kerja Keras
Tiap Kali Hamil, Macam-Macam Dugaan Keluarga Nombor Satu, Fedtri Yahya Kagum Dengan Isteri!
Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my