Syawal pun dah semakin tiba. Semangat nak beraya semakin membuak-buak. Kuih raya pun ada macam-macam jenis. Yang dibeli ada, yang dibuat sendiri pun ada.
Kalau dah namanya kuih raya, pasti akan ada campuran gula dalam adunan. Kasihan tengok baby terliur bila nampak kita makan kuih raya. Tak nak bagi pada anak sebab ada gula, tapi tak sampai hati tengok dia pandang saja kita makan.
Kalau macam tu, apa kata buat kuih raya khas untuk anak. Ada resipi mudah yang hanya menggunakan tiga bahan saja. Ikuti perkongsian dari Maisara Nasir ini;
Resipi Biskut Viral 3 Bahan
First time buat biskut utk Afeeya Kudap2 petang nie. Resepi yang mudah dan pakai kuantiti bahan yg sedikit je. Nnt kalau xmnjadi xrasa rugi. 🤣 Tp alhamdulillah menjadi jugak.. Sedappp cair di mulut. Feeling mcm makan biskut makmur gituw. Rasa lemak2 manis susu. So nyummy!
Boleh follow resepi di bawah. Tapi kali nie saya bakar versi dapur gas 😁
Resepi mudah. Confirm menjadi 💖
Baca Juga:
Resipi Sambal Cekur, Ibu Berpantang Selera Makan. Nak Buat Senang, Tak Sampai 10 Minit!
Resipi Sup Wantan Mudah. Hirup-Hirup, Bertambah Selera. Sesuai Buat Untuk Famili!
Resipi Mi Goreng Basah Melekit, Satu Keluarga Pasti ‘In Love’. Anak-Anak Bertambah Makan!
Bahan-bahan:
💞3 sudu unsalted butter (UB)
💞1 cawan tepung jagung (saya guna cawan rice cooker)
💞5 sudu susu tepung (saya guna susu Fernleaf penuh krim)
Cara membuat:
🌹 Masukkan 3 sudu UB ke dlm bekas. Pastikan tiada ketulan atau beku ya. Defrost sepenuhnya. Lembut sendiri, bukan dicairkan atas api atau teknik double boiled.
🌹 Masukkan susu tepung pula. Kacau dua bahan ini sampai betul-betul sebati. Kacau dengan tangan saja (susu yang sy guna ni memang manis berlemak)
🌹 Kemudian barulah masukkan tepung jagung dan uli sehingga menjadi doh.
🌹 Bentukkan doh mengikut citarasa mommies. Letakkan topping jika perlu.
🌹 Bakar dengan suhu 150 selama 20minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
🌹 Boleh dibakar versi dapur gas jika tiada oven (saya bakar selama 30 minit).
Tak semestinya perlu menggunakan ketuhar, kalau tak ada boleh dibakar atas dapur gas saja. Memang mudah sangat, bolehlah buat untuk anak nanti. Nak tambah ada rasa manis, boleh gunakan madu (untuk anak usia setahun ke atas) mahupun puri kurma. Mesti lagi sedap!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!