Fenomena Walid Gegarkan Malaysia & Indonesia!
Siapa sangka, watak lelaki yang bawa ajaran sesat dalam drama “Walid” ni boleh jadi talk of the town bukan je kat Malaysia, tapi sampai ke Indonesia sekali! Fuh, power betul penangan drama ni.
Sejak mula ditayangkan, drama “Walid” terus trending di Malaysia ramai yang terkesima dengan plot dia yang penuh kejutan dan jalan cerita yang tak cliché.
Tapi apa yang buat drama ni betul-betul ‘meletup’ adalah karektor utama dia siapa lagi kalau bukan Watak Walid, yang dibawakan oleh pelakon hebat, Faizal Hussein.
Dan sekarang, drama ni dah mula viral pulak kat Indonesia! Boleh nampak trend yang sama berlaku netizen Indonesia mula follow drama ni, buat ulasan, dan ada yang sampai mula meminat pelakon legend ini.
Faizal Hussein, Bukan Sekadar Watak Walid
Lakonan mantap Faizal Hussein bukan sahaja buat penonton kagum, tapi juga buat ramai yanga bertanya mengenai kehidupan peribadinya.
Dari situ, media sosial Faizal mula dibanjiri peminat baru, terutama dari Indonesia. Follower naik mencanak, komen pun penuh dengan pujian dan tanda sokongan dari dua negara jiran ni.
Yang lagi menarik, gambar keluarga Faizal pun jadi perhatian ramai puji isteri dia yang cantik dan anak-anak dia yang sudah besar. Tapi ada juga yang salah faham, ingatkan Faizal ni beristeri empat!
Ads
“Tak sangka dia sweet dengan isteri dan rapat dengan anak-anak.”- netizen
Tapi sebenarnya, tu semua khabar angin je. Faizal happy dengan satu isteri je dan keluarga dia nampak sangat harmoni.
Ads
Meninjau di ruangan komen, memang ramai yang puji lakonan Faizal Hussein sebagai Walid. Rata-rata kagum dengan cara dia bawakan watak jahat tu sampai buat penonton naik geram!
Tapi dalam masa yang sama, ramai juga yang tak sangka Faizal sebenarnya seorang lelaki yang sangat baik, low profile dan sayangkan keluarga. Lakonan dia memang menjadi gila! Tapi tengok real life, ia sebuah keluarga bahagia.
Drama “Walid” ni sebenarnya tak jauh beza dari segi struktur dengan drama-drama lain. Tapi sebab jalan cerita dia yang ‘berani’, watak yang kuat, dan lakonan padu, terus buat orang melekat depan skrin. Dialog dia pun banyak yang jadi quote viral.
“Bidaah” mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Walid, yang berpura-pura alim dan warak, tapi sebenarnya mengamalkan ajaran sesat. Dia guna nama agama untuk kaut pengikut dan pengaruh, sampai ramai yang terpedaya, termasuk orang kampung dan juga wanita-wanita yang akhirnya jadi mangsanya.
Walid ni bijak manipulasi orang guna ayat agama untuk halalkan perbuatan dia, kononnya dia lebih dekat dengan Tuhan dan ada “ilmu luar biasa”. Tapi lama-lama, penipuan dia mula terbongkar bila ada yang mula persoalkan ajaran dan tindakannya.
Cerita ni banyak main dengan emosi, konflik keluarga, dan ketegangan antara agama dan kepercayaan. Sangat sesuai untuk buka mata masyarakat tentang bahayanya golongan yang guna agama untuk kepentingan diri.
Apa yang pasti, fenomena “Walid” bukan sekadar hiburan,rama banyak beri pengajaran kepada penonton. Antara yang boleh kita ambil ialah jangan mudah percaya pada orang yang nampak alim, sebab rupa luaran tak semestinya menunjukkan siapa dia sebenar. Kita juga kena tuntut ilmu agama dari sumber yang sah, supaya tak mudah terpengaruh dengan ajaran sesat. Dalam masa yang sama, kita perlu berhati-hati dengan individu yang guna agama untuk kepentingan sendiri, sebab golongan macam ni sangat licik dan pandai memanipulasi.
Pemergian anggota polis, Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan, 35, ketika menjalankan tugas di Taman Golf, Alor Setar, merentap jiwa ramai.
Dirempuh suspek pecah rumah di Taman Golf, Alor Setar, bapa kepada empat cahaya mata itu rupanya baharu ditukarkan ke Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) selepas berkhidmat di Unit Peronda Motosikal (URB).
Bapa kepada empat anak itu dirempuh suspek kes pecah rumah yang cuba meloloskan diri, dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, menurut Ketua Polis Kedah, CP Adzli Abu Shah.
Isterinya, Nur Azhanis Mohd Yusoff, menyifatkan arwah sebagai lelaki yang tidak pernah culas dengan tanggungjawab, malah sangat disenangi keluarga serta rakan setugas.
“Dia pernah cakap agak bimbang dengan tugas barunya. Tapi dia tetap jalankan amanah dengan penuh dedikasi,” kongsi isteri Allahyarham, Nur Azhanis Mohd Yusoff, 36.
“Walaupun sibuk dengan kerja, arwah tetap ambil anak dari sekolah. Itu memang rutin dia sebagai seorang ayah yang penyayang.”
“Hari Selasa dia balik lewat dari kerja. Saya dah tidur sebab esok pagi nak kerja. Tapi semalam, sebelum kejadian, dia sempat ambil anak dari sekolah macam biasa
“Dia suka tolong keluarga, mentua, semua orang. Dia memang baik. Tak ada langsung tanda-tanda dia akan pergi buat selama-lamanya,” katanya dalam nada sebak.
Lebih menyayat hati, anak sulung mereka, Akif, hanya dimaklumkan tentang kematian bapanya selepas tiba di Hospital Sultanah Bahiyah, kira-kira jam 6.30 petang.
“Papa pesan jaga solat, jangan tinggal solat. Kali terakhir saya jumpa papa masa dia jemput saya balik sekolah kira-kira jam 1.15 tengah hari
“Lepas tu papa hantar saya balik rumah. Saya dan seorang lagi adik ikut mak kawan ke Aman Sentral.
“Sebelah petang, ada anggota polis datang ambil saya di Aman Sentral. Saya ingatkan papa yang suruh saya balik rumah sebab ada kawan papa yang meninggal.
Sementara itu, empat suspek telah ditahan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh serta Seksyen 457 kerana pecah rumah.
Difahamkan, ketika itu, Allahyarham Koperal Mohd Hafizul dirempuh sebaik sahaja turun dari bahagian pemandu kereta.
Pasangan ini telah berkahwin selama 12 tahun dan dikurniakan empat cahaya mata.
Pelakon Diana Danielle meluahkan rasa lega dan teramat berpuas hati selepas polis menahan reman seorang pemandu bas sekolah yang tular kerana memuat naik video konten ‘crush’ bersama penumpangnya yang merupakan murid sekolah.
Berang dengan situasi yang sepatutnya tidak berlaku itu, menerusi sebuah posting di Instagram, Diana meluah rasa hatinya.
Malah ibu kepada dua orang cahaya mata ini, turut menegaskan tindakan merakam wajah kanak-kanak tanpa kebenaran ibubapa tetap merupakan satu kesalahan.
“Sebagai ibu, saya puas hati dengan tindakan polis tentang isu pemandu bas yang sibuk rakam video pelajar yang dia suka sangat itu.
“Walaupun dia cakap itu sebenarnya anak buah dia, kita pun dah tengok kebelakangan ini, keluarga rapat pun tak boleh dipercayai. Banyak kes haruan makan anak!
“Apa yang Abang Bas itu ingat, dia boleh anggap anak buahnya sebagai objek seksual dengan alasan nak buat konten saja,” luahnya.
Di samping itu, Diana turut mempersoalkan tindakan ibu bapa kanak-kanak itu yang didakwa memberikan kebenaran kepada lelaki tersebut untuk merakam wajah anak mereka.
“Pemandu bas itu cakap yang ibu bapa budak itu tahu yang dia buat content tersebut dan mereka santai dan okay saja.
“Kalau ibu bapa dia benarkan sekali pun, ada undang-undang yang melindungi kanak-kanak dan saya bersyukur ia wujud. Tiada siapa yang boleh memberikan kebenaran untuk berbuat demikian, termasuk ibu bapa mereka,” tegasnya.
Menukar duit raya untuk diberikan kepada anak-anak di hari raya nanti menjadi kewajipan bagi kita dengan niat untuk bersedekah.
Namun proses menukar duit ini membuatkan kita jadi malas kerana terpaksa beratur panjang di bank.
Tak perlu beratur panjang untuk menukar duit raya, aplikasi Bank Islam (BIMB) kini telah menambah ciri khusus iaitu berfungsi untuk tukar duit raya secara atas talian.
Penukaran ini bertujuan untuk memudahkan pengguna Bank Islam dalam menjalankan urusan perbankan dengan lebih pantas dan efisien serta meningkatkan pengalaman secara keseluruhan.
Cara tukar duit raya guna aplikasi Bank Islam
1. Log masuk ke akaun anda menggunakan aplikasi BIMB seperti biasa. Kemudian, klik di bahagian ‘Jom Tukar Duit Raya’ seperti yang tertera di bawah.
2. Pilih negeri dan cawangan yang anda ingin ambil duit raya berkenaan.
3. Masukkan nilai yang anda ingin tukar.
4. Sebelum Klik ‘Submit’, pastikan semua maklumat anda betul.
Pengesahan permohonan dijangka mengambil masa beberapa hari dan akan dihantar melalui emel. Perkhidmatan ini boleh dilakukan bermula hari ini sehingga 14 Mac 2025.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.