Sempena ulang tahun kelahiran kedua anak kepada MUA Bellaz, Nur Aisywara Nealofa atau lebih dikenali sebagai Wara di media sosial, Pa&Ma menampilkan kemunculan Wara sebagai cover digital Pa&Ma terbaru.
Kemunculan yang begitu dinantikan semua, lebih-lebih lagi bagi peminat Wara yang sekian lama mengikuti anak kecil ini di media social ibunya.
Gayanya lincah malah petah berkata-kata walaupun masih lagi pelat menuturkan kata. Ada sahaja perkataan yang keluar dari mulutnya dengan begitu lancar.
Ketika sesi fotografi bermula, tanpa disuruh, Wara melangkah cukup yakin ke set yang disediakan khas buatnya. Langkah comelnya seakan sudah bersedia dengan setiap arahan. Memang bijak!
Kala kamera dihalakan kepadanya, Wara hanya memberikan jelingan manja. Senyuman anak kecil ini terlalu mahal pada mulanya namun lama kelamaan bila diagah ibunya, Wara mula mempamerkan rentaknya beraksi.
Sentuhan kreatif berpengalaman dan penuh magis dari jurugambar @Lilborn Photography akhirnya membuahkan hasil bila mana setiap aksi dan keletah comel Wara dipotretkan sebaiknya oleh jurukamera berpengalaman ini dengan cukup sempurna.
Ads
Paling menarik pastinya aksi dan telatah lucu Wara yang turut menghiburkan semua ketika sesi penggambaran berlangsung. Wara muncul sebagai zombie comel malah mula menyakat orang-orang disekelilingnya. Memang cute!
Pa&Ma sempat menemubual MUA Bellaz yang sentiasa menemani Wara walau ke mana sahaja. Akui Bellaz, dia mula menerima hakikat anak kecilnya itu kini menjadi perhatian dan kesayangan ramai rakyat Malaysia.
“Perasaan saya sebagai seorang ibu pastinya sangat gembira sebab Bellaz tak sangka pun Wara diterima ramai. Bellaz saja-saja kongsi perkembangan Wara tapi rupa-rupanya menarik perhatian ramai terutama ibu-ibu yang belum ada zuriat.
“Tiap-tiap hari ada orang DM Bellaz minta post video Wara nak tengok gelagat dia. Saya rasa seronok bila dia diterima.
Ads
“Saya pada mulanya tidak berniat untuk menonjolnya Wara, namun kuasa media social dan adanya medium Tik Tok hari ini, tiba-tiba Wara mula menarik perhatian semua,” katanya berkongsi.
Berkongsi kisah keletah Wara, kata Bellaz lagi, Wara cepat tangkap bila diajarkan apa jua kepadanya termasuklah ketika membuat content untuk media social di rumah.
“Wara ni boleh dikatakan dia cepat tangkap, dia mudah faham apa yang Bellaz ajar. Contoh kalau suruh dia menyanyi, dia akan menyanyi. Rezeki dipermudahkan dekat situ,” katanya lagi.
Paling beruntung kata Bellaz lagi, anak-anak yang lain juga turut saling menyokong bekerjasama untuk mempersiapkan video Wara.
Ads
“Kadang-kadang abang-abang dan kakaknya yang ingatkan saya berkenaan shooting Wara setiap hari, demi memastikan ada video yang dipaparkan di media social,” kongsi Bellaz lagi.
Buat peminat si kecil Wara, kami kongsikan momen dan hasil comel Wara beraksi untuk Cover Digital bulan ini. Memang comel!
Rancangan TV Pa&Ma musim pertama tercalon dalam 13 pencalonan untuk kategori Program Meletop bagi Anugerah Meletop Era 2019.
Musim pertama rancangan ini telah bersiaran pada 12 Jun tahun lalu dan dihoskan oleh pasangan selebriti popular, Eira Syazira dan Azad Jazmin.
Rancangan berdurasi 30 minit ini telah membincangkan topik-topik yang dekat dengan masyarakat berkenaan perkembangan dan kesihatan anak-anak kecil.
Kini rancangan tv Pa&Ma telah memasuki musim ketiga yang dihoskan oleh Shera Aiyob dan Zahiril Adzim manakala untuk musim kedua lalu Sharifah Shahirah dan Ijoy.
Dalam setiap episod sebelum ini Pa&Ma telah berkongsi pelbagai pengalaman dari ibu bapa dan perkongsian tip dari doktor dan pakar yang arif dalam bidang masing-masing untuk memberi nasihat serta input yang positif seiring dengan tagline majalah Pa&Ma iaitu panduan lengkap keibubapaan dan pra-sekolah.
Selepas lama menanti akhirnya peminat dapat melihat wajah Tuah Alam, anak kesayangan hero Malaya, Remy Ishak dan isterinya, Ezza Yusof.
Si comel Tuah Alam yang muncul buat pertama kali menerusi program Oh Baby Remy!: Tuah Oh Tuah itu semalam sudah tentunya mendapat perhatian ramai. Memang comel.
Berkongsi perkembangan terkini, Tuah Alam yang dilahirkan pada 27 Julai lalu kini sudah pun berusia empat bulan.
Tidak hanya muncul di kaca televisyen bahkan Remy tampil berkongsi wajah Tuah menerusi Instagramnya dengan meninggalkan kapsyen cukup manis.
Sejak mendirikan rumah tangga dan menjadi seorang ibu, pelakon dan pengacara, Mira Filzah mengakui penampilannya kini ditapis terlebih dahulu oleh suaminya, Wan Emir Astar.
Menurut Mira atau nama sebenar, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, suaminya mempunyai pendekatan tersendiri dalam menegur cara pemakaiannya sekiranya tidak berkenan dengan sesuatu yang digayakannya.
“Sekarang yang bagi pelepasan Emir lah. Dia selalu tegur secara subtle (halus). Macam dia selalu kata dia nak tengok penampilan seorang Puan Amirah bukan Mira Filzah.
“Kadang-kadang saya nak keluar, dia akan tegur ‘tudung bagi nampak macam Puan Amirah sikit.’
“Jadi saya pun faham maksud Puan Amirah itu seperti mana yang dia mahukan,” kata Mira dalam program bual bicara Next To Neelofa 2.
Dalam program itu juga, Mira mendedahkan dia merancang untuk memiliki tiga atau empat cahaya mata untuk menyerikan lagi bahtera rumah tangganya.
“Saya merancang nak ada tiga atau empat cahaya mata. Yang anak pertama ini, memang saya dan suami merancang sampai kami dapat suntikan dos kedua vaksin.
“Sekarang saya teruja untuk melihat perkembangan Amir, kalau boleh saya nak tengok setiap first momen dia, seronok jadi ibu ini.
“Dan saya juga banyak belajar daripada Neelofa yang sering berkongsi apa-apa maklumat dan informasi yang berguna tentang perkembangan usia awal kanak-kanak,” katanya.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.