“Finally, Assalamualaikum sayang,” Selepas 9 Bulan Terpisah, Aliff Aziz Bertemu Bella Astillah & Anak-anak!

Share

Setelah sembilan bulan terpisah dek kerana penularan pandemik Covid-19, akhirnya penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dapat bertemu isteri dan anak-anak Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Dalam perkongsian video oleh Bella Astillah di Instagram miliknya, jelas memaparkan kerinduan bukan sahaja dari Bella malah anaknya Ayden yang tidak lekang memeluk dan mencium daddynya.

 

Selama sembilan bulan ini Ayden hanya berhubung melalui panggilan video sahaja untuk bercakap dengan daddy tersayang.

“Alhamdulillah, reunited

#After9months
@iamaliffaziz
@aydenadrean17
@araadreanna

Tulis Bella di ruangan kapsyen.

 

Sementara itu di laman Instagram milik Aliff juga turut memuat naik video yang sama dan terdahulu dia berkongsi Insta story dengan sepotong ayat yang menggambarkan perasaan terujanya dapat bertemu keluarga tercinta.

“Finally, Assalamualaikum sayang,” disertai label nama Bella Astillah yang ketika itu sedang memandu kereta.

“Alhamdulillah. A much awaited reunion with the family. Undescribable moment.
@bellaastillah @aydenadrean17 @araadreanna,” tulis Aliff

 

Aliff terpisah selama sembilan bulan dengan Bella dan dua cahaya matanya akibat penularan COvid-19.

Difahamkan Aliff sudahpun menjalani kuarantin seperti yang ditetapkan sebelum dibenarkan pulang ke rumah hari ini.

Sepanjang terpisah dengan Aliff, isterinya Bella menjalani proses kehamilan, bersalin dan berpantang anak kedua mereka sendirian.

Apa yang pasti pertemuan dengan isteri dan anak-anak terutamanya Ara Adreanna yang kini sudah berusia 5 bulan mengujakan Aliff.

Sebelum ini, Bella yang juga pelakon, penyanyi dan personaliti media sosial ada berkongsi klip video Ayden menangis kerana terlalu rindukan daddynya.

Perkongsian tersebut meruntun hati pengikut Bella yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib mereka sekeluarga.

Syukur mereka akhirnya disatukan semula, malah perkongsian video itu juga turut dihujani dengan komen menyatakan kesyukuran dengan penyatuan tersebut. Ramai juga yang mendoakan keharmonian keluarga Aliff dan Bella. Sebak tengok!

Sumber: IG iamaliffaziz & bellaastillah

Baca: https://www.majalahpama.my/rindukan-daddy-di-singapura-sebak-tengok-ayden-menangis-panggil-aliff-aziz/

Baca: https://www.majalahpama.my/syukur-alhamdullilah-bella-astillah-selamat-lahirkan-anak-kedua-baby-princess-dah-wefie-dengan-mama/

Baca: https://www.majalahpama.my/lengkap-sepasang-anak-bella-astillah-aliff-aziz-umum-bakal-timang-anak-perempuan-jangka-bersalin-julai-depan/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SAHR