
Siapa yang tak kenalkan dengan Co-Founder jenama yang terkenal Fashion Valet & Duck, Vivy Yusof. Semalam beliau telah mengadakan majlis sambutan hari lahir anak keduanya mariam, 4 tahun. Namun apa yang menarik perhatian ialah dekorasi keseluruhan majlis dan pakaian yang dipakai oleh Mariam.
Vivy Yusof yang mendirikan rumahtangga bersama Fadza Anuar dikurniakan 3 cahaya mata iaitu, Daniel Azim shah (6 tahun), Mariam Iman Shah (4 tahun) dan Sarah Ilham Shah (4 bulan).
Vivy telah memuatnaik gambar disekitar majlis sambutan hari lahir Mariam. Dekorasi dan costume yang dipakai Mariam menarik minat netizen.
Dekorasi majlis dan pakaian Mariam dianggap sangat “Rare” bagi netizen dan tak perlu nak princess-princess bagai.
Vivy Yusof: 5000 balloons and too many spidermen. All for you, our baby girl. Thank you to all who came for her! #thatlastphoto #meltsmyheart#mariamimanshah
Mariam kelihatan sangat gembira dan ramai yang memuji kecomelanya. Ucapan Happy Birthday tidak putus-putus diterima oleh Mariam di instagram ibunya.
Mariam look so happy
Same like my anak
First time tengok Birthday Girl pakai speiderman
When the other girls want princess on their birthday, then here u go mariam
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kekok Macam Baru Dapat Anak Sulung.” Selepas 17 Tahun, Dikurniakan Rezeki Anak Ke-2

Ini namanya rezeki! Selama ini dah tak harapkan apa-apa pun, tapi bila dapat tahu bakal menimang cahaya mata kedua, kegembiraan itu sukar diungkapkan dengan kata-kata. Bagi pasangan suami isteri, Norhafizi Mohamed dan Siti Aisyah Ibrahim dikurniakan bayi perempuan selepas 17 tahun benar-benar pengalaman baru.
Kisahnya tular di TikTok selepas Siti Aisyah, 40, memuat naik video anak sulung, Muhammad Akmal Danial, 17, dan Nur Ayra Delisha yang dilahirkan pada 28 Ogos lalu.

Berkongsi kisahnya itur, Norhafizi, 44, yang menetap di Kampung Gong Kepas di sini berkata, anak sulungnya dilahirkan pada 2004 iaitu tahun pertama perkahwinan mereka.
Menurutnya, dia dan isteri memang mengimpikan zuriat lagi cuma tiada rezeki buat mereka selepas itu.
“Kami tidak merancang dan isteri pernah hamil pada 2008 tetapi kandungannya itu keguguran dan dianggap kami tiada rezeki untuk menimang cahaya mata kedua ketika itu.

“Selepas mengalami keguguran, isteri tidak hamil dan bagi mendapatkan kepastian, kami bertemu pakar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan selain berikhtiar dengan menjalani rawatan kesuburan, Inseminasi Intrauterine (IUI).
“Bagaimanapun, masih tiada hasil namun kami tidak berputus asa malah teruskan hidup dengan membesarkan dan beri kasih sayang kepada Muhammad Akmal Danial,” katanya.
Berkongsi pengalamannya sejak ada cahaya mata kedua, Norhafizi mengakui agak kekok kerana sudah lama tidak menjaga dan menguruskan keperluan bayi.
Bagaimanapun, Norhafizi bersyukur kerana ada banyak waktu bersama anak keduanya itu memandangkan sudah bersara sebagai anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada Mei tahun lalu.
“Bukan hanya saya malah isteri juga kekok kerana sudah lama tidak menguruskan bayi dan berjaga malam untuk menyediakan keperluannya. Seolah-olah kami baru pertama kali menimang cahaya mata walaupun pada hakikatnya pernah mempunyai pengalaman sebelum ini.
“Mujurlah saya sudah bersara jadi ada banyak masa bersama bayi kerana isteri bekerja sebagai jururawat di klinik kesihatan dan tidak lama lagi akan kembali bertugas selepas tamat cuti,” katanya.
Menceritakan penerimaan anak sulungnya, Norhafizi berkata, Muhammad Akmal Danial tidak gembira ketika kali pertama dapat tahu akan ada adik.
“Mulanya dia (Muhammad Akmal Danial) agak memberontak kerana bimbang kami beri perhatian lebih kepada adiknya kerana sebelum ini, dia anak tunggal jadi tumpuan untuknya saja.
“Bagaimanapun, segalanya berubah selepas Nur Ayra Delisha dilahirkan apabila Muhammad Akmal Danial yang paling teruja dan dia juga banyak menghabiskan masa melayan keletah adiknya itu di rumah.
“Sebagai bapa, saya suka melihat keakraban mereka berdua dan gembira apabila Muhammad Akmal Danial sudah ada teman baru di rumah lagipun kasihan juga kepadanya sebelum ini kerana sering diusik rakan gara-gara menjadi anak tunggal,” katanya.
Norhafizi menganggap kehadiran Nur Ayra Delisha dalam hidupnya dan isteri sebagai anugerah terindah yang menceriakan keluarga.
“Ini ketentuan Ilahi dan kelahiran Nur Ayra Delisha membuatkan seluruh keluarga teruja terutama keluarga belah saya kerana kebanyakan anak saudara sudah besar.
“Bagi pasangan di luar sana yang lalui perjalanan sama seperti saya dan isteri supaya bersabar, jangan putus asa dan terus berdoa kepada Allah,” katanya.
Kredit: Harian Metro
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Buat Laporan Polis, Lelaki Letak Vape Pada Mulut Bayi Direman Lima Hari

Seorang lelaki yang dipercayai meletakkan vape pada mulut seorang bayi berusia tujuh bulan dalam kejadian di sebuah restoran di Bandar Baru Uda, di sini, baru-baru ini, direman selama lima hari, bermula hari ini.
Tempoh reman sehingga 13 Ogos terhadap peniaga berusia 23 tahun itu dikeluarkan Majistret R. Salini, di sini hari ini.
Perintah reman terhadap lelaki itu dikeluarkan bagi membolehkan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Semalam, polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) menahan lelaki terbabit di Jalan Putih, di sini, pada jam12.45 tengah hari.
Ketua Polis Daerah JBU, ACP Rupiah Abd Wahid berkata, tangkapan dibuat susulan laporan polis yang dibuat ibu kepada bayi perempuan itu pada 6 Ogos lepas.
Beliau berkata, wanita berusia 29 tahun itu mengatakan bahawa lelaki terbabit adalah kenalan adik perempuannya dan kejadian berlaku ketika dia bersama bayinya, adik perempuan serta lelaki terbabit berada di sebuah restoran.
Terdahulu, tular video berdurasi 17 saat yang memaparkan seorang lelaki meletakkan vape pada mulut bayi yang sedang dipangkunya itu di media sosial. – BERNAMA
Kredit: Astro Awani
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik
Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Simpati Dengan Adik Arfan Yatim Piatu Sekelip Mata, Datin Rebecca Sedia Menjaganya

Walaupun diuji dengan kehilangan kedua ibu bapa sekelip mata dalam kemalangan baru-baru ini, nampaknya rezeki adik Muhammad Arfan Ziqri sentiasa ada apabila ramai yang bersimpati dengannya.
Di usia dua tahun ujiannya begitu besar untuk ditanggung malah dia juga masih belum mengerti apa-apa melainkan hanya mencari ibu dan ayahnya setiap kali rasa rindu.
Namun dalam perkongsian di instagram Datin Rebecca Nur Al Islam, dia menyatakan kesudiannya untuk menjaga anak yatim piatu ini.
Rebecca menerusi perkongsian di laman sosial Instagram (IG) berkata, dia mahu menjaga Arfan sekiranya tiada waris berbuat demikian.
“Kalau tiada waris yang boleh menjaga anak ini, please Mummy Becca Nak Jaga… #ComelnyaAwakSayang,” tulisnya.
Sebelum ini pun Rebecca turut mengambil anak angkat dari keluarga yang kurang berkemampuan. Memandangkan dia memang sukakan anak ramai, tidak menjadi masalah untuknya membesarkan dengan sebaik mungkin.
Terdahulu Pencetus Ummah (PU) Amin telah memuat naik mengenai ujian besar dihadapi adik Arfan serta memohon doa orang ramai untuk kesejahteraan anak kecil ini.
Dengan doa orang ramai Arfan akan terus kuat membesar dan terus dipelihara dengan baik oleh orang yang baik-baik disekelilingnya.
Kamu baru 2 tahun , tapi Allah dah ambil ayah dan ibu ke Syurga . Duhai anak , simpan semua doa doa yang kami kirimkan buat ayah ibu mu ini untuk dijadikan kekuatan dalam hidup mu bila dah besar nanti..
View this post on InstagramA post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on
Pada yang ada anak usia 2 tahun di akan tahu bagaimana manja nya anak anak ketika usia ini , tidur , bermain , makan semua nak bersama ayah ibu nya , tapi tidak bagi afan..
Ya Allah ! Hanya pada mu kami berserah , kau lindung anak ini , kau cukupkan segala kelengkapan untuk diri nya agar menjadi manusia yang baik ! Ya Allah ! Besar ujian ini pada afan , pelihara anak ini Ya Allah, Hanya pada Mu Ya Allah kami berlindung !..
Ibu dan ayah afan kemalangan dan meninggal dunia di Jalan Syed Putra KL . Hasil bedah siasat arwah ibu afan mengandung kembar . Ayah nya seorang l/k polis dan ibunya seorang pegawai jkr..
Saya mohon rakan rakan semua bantu saya doakan kebaikan untuk afan dan bacakan Al Fatihah untuk kedua ibu bapanya.
Ibu bapa Muhammad Arfan, Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30, yang bertugas di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam, dan Nurul Ashikin Kamaruddin, 27, meninggal dunia selepas motosikal ditunggang mereka merempuh belakang sebuah lori dalam kejadian di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur, 29 Oktober lalu.
Afan kemudiannya menjadi tular kerana sekelip mata bergelar yatim piatu selepas kemalangan menyayat hati itu.
Sumber: Ig Rebecca Nur Al-Islam
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI