Selalunya rumah ada anak kecil mesti akan ada situasi lambakan mainan di mana-mana saja ruang yang mereka. Ini adalah normal tetapi bagi ibu ayah akan rasa geram dan penat untuk kemas semula.
Perlu faham fitrah anak kecil adalah bermain. Jadi apabila anak nampak lagi banyak mainan dan dapat bersepah buatkan mereka lagi gembira.
ARTIKEL MENARIK [Mama Tak Larat Dah, Apa Nak Jadi, Jadilah, Ibu Jangan Sampai Burnout, Rehatlah]
Kenapa ya? Ibu ayah tak pandai ajar anak berkemas ke? Jom kita tengok sikit dalam perbincangan perkembangan awal kanak-kanak seperti yang dikongsikan oleh Encik Nur Firdaus.
Sebenarnya sejak usia bayi lagi, anak kecil akan fikir bahawa jika benda itu ada depan mata, maka ia wujud. Jika tidak, ia tidak wujud. Sebab itu bila kita sorok atau ambil mainan mereka, mereka akan cepat react sama ada melalui tangisan atau sebagainya.
Sama juga dengan keberadaan kita. Bila kita ada depan mata, mereka ok. Tapi bila kita ‘hilang’ sekejap macam ke dapur atau ke tandas, maka gegak gempitalah suasana rumah kita dengan tangisan mereka.
Siapa yang jaga baby, mereka akan tahu betapa peritnya kehilangan nikmat boleh masuk tandas sorang-sorang.
Mereka bukan buat-buat atau mengada-ngada. Ia adalah reaksi yang original. Pada fikiran mereka, kita memang telah tiada!
Fenomena ini dipanggil Object Permanence. Ia akan berterusan sehingga menginjak ke fasa pertama tahap Praoperasi Kognitif (sekitar 2 ke 3 tahun).
Buatlah macam mana pun, cakaplah macam mana pun, mereka tetap anggap kita tiada bila kita tidak dapat dilihat.
LAGI ARTIKEL MENARIK [Elaklah Guna Kuasa “Ketam Batu’ & ‘Jeritan Petir’. Tak Bagus Pada Psikologi Anak]
Ha, berbalik kepada rumah bersepah tadi. Bagi anak-anak ini, permainan mereka ‘ada’ bila ia DAPAT DILIHAT. Lagi banyak dapat dilihat, maka lagi banyaklah permainan yang mereka ada (kata fikiran mereka).
Jadi ibu-ibu dan ayah-ayah, fahamilah corak pemikiran mereka. Jangan kita jadikan alasan nak ajar anak pandai kemas untuk menangkan keputusan kita. Ya, ia memang perlu diajar. Tapi kena tepat masanya.
Jangan awal sangat, berikan ruang kepada mereka untuk menikmati usia kanak-kanak mereka dengan kepuasan mereka.
Solusinya?
Terpulang.. Kalau saya, saya sediakan satu bilik khas untuk anak saya. Terpulanglah, dia nak sepah ke, nak kemas ke, nak campak ke, saya nak tengok mereka menikmati zaman toddler mereka. Sampai masa nanti saya akan ajar.
Sumber: Nur Firdaus (Perunding Keibubapaan)
Teringin nak dapatkan barangan anak pada harga yang cukup istimewa, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)