Pernah tak terdetik dalam hati, penatnya nak urus anak-anak kecil ni. Jika sesekali terlintas difikiran, ibu bapa harus faham dulu kenapa anak kecil kita sedemikian. Sekiranya kita asyik marah dan menyalahkan mereka, bermakna kita dah buat kesilapan.
Jadi bagaimana nak memahami proses perkembangan anak dan nak elakkan emosi ibu bapa tak stabil, perkongsian Puan Noor Afidah Abu Bakar (Parent Connect Consultancy) mungkin boleh menyelesaikannya.
Saya mendengar luahan seorang ibu yang sering menengking dan memukul anaknya yang berusia 1 tahun 8 bulan.
Bila ditanya apakah kesalahan anak sekecil itu hingga sering diperlakukan sebegitu?
Jawab si Ibu kerana anak terlalu aktif. Malam pun anak susah tidur. Keadaan si anak sebegitu dari dalam pantang hinggalah sekarang.
Ayah dan ibu yang dihormati sekalian.
1) Sekiranya anda mengharapkan anak yang berada dalam lingkungan usia 2 tahun itu sifatnya ‘angelic’ seumpama malaikat, diam setempat ‘huk’ tidak ‘hek’ pun tidak, maka yang perlu diperbetulkan terlebih dahulu adalah jangkaan atau ‘expectation’ anda, bukannya anak itu.
Yang perlu diperbetulkan adalah pengetahuan anda tentang kanak-kanak. KEBANYAKAN anak 2 tahun sedang meneroka kebolehan diri dan mencari autonomi, sebab itu mereka aktif. Itu fitrah semulajadi kanak-kanak. Ibubapa perlu tahu menguruskannya.
2) Anak yang aktif sampai ke malam susah tidur itu tentu ada puncanya.
Ads
Adakah siang dia tidur terlalu lama, maka malam dia tidak mengantuk?
Adakah rutin harian dia kelam-kabut?
Adakah dia diberi skrin sebelum waktu dia tidur, oleh itu otaknya aktif dan susah tidur?
Adakah suasana tidak selesa untuk dia tidur?
Adakah dia mempunyai masalah kesihatan?
Adakah dia lapar?
Adakah dia inginkan perhatian?
Adakah?
Adakah?
Adakah?
Cari puncanya.
Bila ditanya lagi rupa-rupanya si Ibu jadi begitu, sering menengking dan memukul anak kerana tertekan suami tidak membantu. Mereka tinggal bersama mertua.
Ayah dan ibu yang dihormati sekalian,
3) Sekiranya ‘menghasilkan’ seorang anak itu memerlukan usaha 2 orang, maka membesarkan dan mendidik anak juga memerlukan usaha 2 orang.
Apabila sebelah pihak yang ‘menghasilkan’ anak itu tidak membantu, tekanan akan menyebabkan si anak menjadi mangsa.
Ads
Walhal ‘kesilapan’ anak adalah dia berperangai sesuai dengan usianya. Tidak salah langsung. Si Ibu bertanya bagaimana caranya dia menguruskan emosi?
4) Cara menguruskan emosi dalam situasi sebegitu adalah menguruskan komunikasi di antara suami dan isteri terlebih dahulu.
Ini adalah masalah orang dewasa yang harus diselesaikan supaya anak tidak terus menjadi mangsa.
Ads
Selagi suami isteri tidak boleh sepakat dan berkomunikasi dengan baik tentang hal anak, selagi itulah emosi sukar dikawal kerana akar masalah itu masih mencengkam. Jangan biarkan ia membarah kerana anak yang akan parah.
Berkahwin bukan hanya untuk berseronok-seronok ‘honeymoon’ sahaja ya. It comes with responsibilities.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bertanya itu adalah cara anak cuba memahami dunia ini. Jika ibu bapa, para guru dan datuk nenek marah mereka bertanya, maka apa yang terjadi anak-anak itu membesar dengan perasaan ingin tahu yang telah mati atau yang mengarah kepada perkara yang kurang baik.
Menurut Ibu Rose yang banyak memberikan nasihat keibubapaan, kita sebagai ibu bapa layankan sahaja pertanyaan anak.
Jika penat menjawab dan soalan yang sama ditanya berkali-kali, gunakan taktik ini…” Hmmm…tadi mama ada jawab, mama nak tengok sayang ingat lagi tak jawapan mama..” buat ia secara happy dan santai dan bukan secara marah macam ni; ” kan mama dah jawab tadi…asyik tanya-tanya jer, ingatlah bila mama jawab tu.”
Kalau tidak tahu jawapannya, beritahu ‘belum tahu’ lagi bukan ‘tak tahu!’ dan ajak anak itu mencari jawapannya melalui Mr.Google ke atau buku-buku ke.
Semasa anak bongsu Ibu berusia 3 tahun, dia bertanya kepada daddynya, “Daddy, kenapa api tu panas?” terdiam si daddy nak jawab tak begitu pasti. Daddynya pun jawab, ” Tak pastilah Fia, nanti daddy cari jawapannya.” Seminggu juga daddynya mencari jawapannya, dan akhirnya berjumpa jawapan sainstifik itu.
Point nya, jawaplah sehabis baik dan seiklas mungkin. Jika tidak tahu, cakap tidak tahu dan ajak cari bersama. Cuba fikirkan apakah kebaikan yang akan terjadi bila kita melayan soalan-soalan anak-anak kita dengan baik?
Sumber: Ibu Rose
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tangan di atas itu lebih baik dari tangan yang di bawah. Bila kita memberi, memberilah dengan hati penuh rela dan rasa tawaduk sebab ada orang untuk kita memberi.
Dan bila kita berada di bawah, menerima, menerimalah dengan hati yang penuh bersyukur dan bergembiralah kerana Allah mendatangkan seseorang untuk memberi kepada kita. Itu rezeki kita juga yang Allah datangkan melalui orang itu. Maka ringankan mulut mengucap terima kasih dan janganlah mulut berat untuk mendoakan orang yang sudi memberi.
Menurut Ibu Rose, dia melihat terlalu banyak orang tidak tahu menerima pemberian dengan hati yang gembira dan bersyukur. Malah bila orang memberi ada yang berasa terhina. Pelik bin Ajaib mindset ni.
Dan lagi pelik bila mereka menyuruh anak mereka mengucap terima kasih bila diberi sesuatu. Mereka tidak sedar, apabila mereka di tempat menerima itu, mereka telah menunjukkan contoh yang sangat tidak baik untuk dicontohi oleh anak-anak mereka.
Kadang-kadang yang terbit di muka mereka adalah rasa sedih dan bersalah kerana orang memberi. Ada juga yang masam kerana orang memberi kepada mereka atau anak-anak mereka. Yang ini memang Ibu tak faham langsung mindset mereka.
Ibu teringat satu kejadian di dalam hidup Ibu. Pada masa itu Ibu masih seorang Ibu muda yang penuh masalah. Hari itu, Arwah Mak Mertua Ibu membawa Ibu, suami dan anak-anak membersih kubur Arwah nenek.
Tiba-tiba kami didatangi seorang lelaki yang tua dan nampak uzur. Arwah Mak Mertua mengatakan dia itu menjaga kebersihan kubur di situ. Ibu lantas bertanya, “Boleh Ji nak bagi sikit sedekah Ma?” Ma mengatakan boleh.
Ibu hulur beberapa ringgit yang Ibu ada masa itu. Masa itu Ibu tidak bekerja jadi beberapa ringgit tu kira banyaklah bagi Ibu .Dia lalu mengangat tangan dan terus membaca doa kesyukuran. Ibu ingat lagi doanya; ” Ya Allah murahkan rezeki budak ini…”
Tak sampai sebulan selepas itu; memang rezeki Ibu melimpah ruah dengan peluang pekerjaan yang bertambah-tambah. Masalah pun telah banyak dapat diatasi.
Inilah contoh akhlak mulia seseorang itu bila menerima. Menerima dengan penuh rasa bersyukur dan menunjukkan penghargaan kepada yang memberi.
Tidak kira di mana tangan kita; tunjukkanlah akhlak yang baik bila memberi dan juga menerima.
Jangan berat mulut mengucapkan terima kasih. Jangan susahkan diri menunjukkan muka yang manis. Tidak hina kita bila menerima pemberian.
Jika kita tidak menunjukkan contoh yang baik bila menerima, untuk mengucap terima kasih dengan muka yang manis dan hati yang gembira; agak-agaknya adakah anak-anak kita akan tahukah berterima kasih kepada kita?
Kita ajarlah seribu kali untuk dia mengucapkan terima kasih bila dia diberi kita beri sesuatu, kalau contoh dari kita sendiri tidak pandai mengucap terima kasih, maka jadilah kita seperti ketam mengajar anak berjalan betul!
Adakah kita mahu begitu?
Kredit: Ibu Rose
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak kita, bukan semuanya sama. Ada yang cepat belajar, ada yang sebaliknya. Kalau semua anak-anak kita bijak, itu bonus. Alhamdulillah.
Cuma bila ada yang agak lambat dalam belajar, duduk kelas hujung, jangan pula kita membanding beza dengan anak kita yang lain.
Jangan bandingkan dengan yang lebih bijak dan cekap dalam pembelajaran. Sangat penting sebenar memberi semangat dan dorongan, bukan tekanan.
Anak-anak, walau masih kecil tapi mereka memerhati. Asyik si adik sering dipuji, asyik kejayaan kakak sering diulang, asyik kehebatan abang sering dijulang.
Dia mesti rasa kecil hati dan rendah diri. Betapa dia pun mahu dipuji, betapa dia pun mahu disanjung. Tapi apakan daya, dia sedikit lambat dalam belajar. Bukan dia hendak begitu, tapi dah memang begitu Allah letak dia.
Anak-anak ini, pasti ada kelebihan lain pula. Pasti ada, cuma mungkin kelebihan dia kurang menonjol dimata kita. Kalau jumpa kelebihan itu, cepat-cepat sokong. Cepat-cepat puji, pasti dia tersenyum riang.
Mungkin dia pandai menjada adiknya. Mungkin kemahiran dia mengemas rumah. Mungkin juga handal memasak. Atau mungkin dia jenis yang ringan tulang suka bantu kerja di rumah.
Kita orang tua kena pandai perhati reaksi dan emosi anak. Jangan disebabkan kata-kata kita yang sering membanding beza membuat mereka rasa rendah diri. Membuat mereka makan hati dalam diam.
Aku biasa mengajar kelas hujung. Kelas murid paling lambat dan perlahan. Kalau kena cara motivasi, kalau kena cara menaikkan semangat, mereka mampu sebenarnya.
Mampu berjaya walau agak lambat. Walau mereka perlu usaha berlipat kali ganda lebih banyak. Usaha lebih dari murid biasa.
Tugas kita, ibubapa dan guru ialah memotivasikan mereka. Biar mereka rasa kita sentiasa ada di setiap jatuh bangun mereka.
Aku secara peribadi pernah mendorong beberapa murid yang dapat keputusan E pada awal peperiksaan, akhirnya mendapat A di dalam peperiksaan sebenar dalam beberapa bulan sahaja. Tanpa tuisyen, tanpa bantuan luar.
Tapi usaha murid-murid itu memang 3-4 kali ganda lebih pada murid biasa. Kenapa mereka berusaha lebih? Kerana ada orang sentiasa memberi mereka semangat dan dorongan.
Berapa banyak kisah-kisah orang berjaya yang dulunya pernah gagal. Pernah mendapat tempat tercorot dalam kelas terakhir. Bahkan ada yang tak habis belajar pun.
Malah ada yang dulunya tidak pandai membaca walau dah di tahun 5, tapi kini bergelar Doktor PhD. Pasti ada motivasi hebat disebalik kejayaan mereka.
Bila anak kurang pandai, ingatlah. Jangan membanding beza. Beri semangat, sokonglah dia. Anak kita, biar kita menjadi pencetus motivasi hebat itu.
Pernah tak terfikir, kenapa doktor jarang ambil MC walaupun dah nampak jelas tak sihat? Kalau orang biasa, demam sikit terus pergi klinik, dapat ubat,...