Pelakon & penyanyi Fiza Abdul Halim akhirnya mengotakan janji mendedahkan wajah bayinya selepas tempoh berpantang. Bayi yang dinamakan Aleena cukup comel, netizen memuji kecomelan bayinya, putih gebu & mempunyai rambut yang lebat.
fizaabdhalim Kan mommy dah janji nak share pic2 saya lepas pantang… so hari ni mommy tunaikan… Nama saya Baby Aleena ????
Baby Aleena adalah anak daripada perkahwinan ketiga Fiza dengan juruterbang Aizat Al-Jefri Abdul Kudus. Daripada perkahwinan pertamanya, Fiza memiliki dua anak perempuan Ferra Aryana, 10, dan Feeya Adyrra, 9.
Para follower Fiza memuji kecomelan Aleena. Aleena yang kini berusia 2 bulan mula mempunyai peminat bila ada yang meminta Fiza untuk sentiasa update tentang bayi kecilnya itu.
Malnutrisi bermakna anak tidak cukup nutrien dan zat untuk tumbesaran. Anak malnutrisi tanpa ibu ayah sedari kerana pemakanan yang tidak seimbang? Malnutrisi akan memberikan impak kepada tumbesaran anak secara mental & fizikal.
Nak dapatkan info lanjut mengenai malnutrisi pada si kecil, mama papa mesti tonton rancangan TV Pa&Ma episod Kesan Anak Malnutrisi yang akan ke udara pada 27 November 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima & Astro Maya HD. Kalau terlepas, boleh tonton ulangannya jam 9 malam.
Saksikan Pa&Ma episod Kesan Anak Malnutrisi yang akan ke udara 27 November 2018 untuk mendapatkan info lanjut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dynas Mokhtar yang selamat bersalin anak ketiga dan diberi nama Edriel Obil pada 19 Mei lalu memilih untuk meneruskan amalan berpantang sehingga 100 hari.
Dynas, 36, atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar berkata, ia inisiatif sendiri selain memikirkan bersalin pada usia lewat 30-an.
“Proses berpantang kali ini saya buat betul-betul. Walaupun tempoh 44 hari sudah habis, saya masih tidak minum minuman ais. Malah, saya juga masih menggunakan bengkung, bertungku, bertangas dan mandi sauna.
“Semua ini saya buat sendiri. Kalau ada masa, saya panggil orang datang buat iaitu seminggu sekali. Sekarang baru lepas 60 hari, jadi ada baki 40 hari lagi.
“Pengalaman dua anak dulu, saya berpantang biasa saja. Kali ini, saya kena lebih disiplin dan ambil masa panjang kerana sudah berusia. Bukan mudah menjadi ibu sekali lagi pada usia ini,” katanya.
Berkongsi lanjut mengenai kehidupannya apabila ada anak kecil, Dynas mengakui sehingga sekarang dia dan suami, Shazrik Din, masih tidak cukup tidur.
“Orang selalu cakap, kalau umur lebih 35 tahun baru nak bersalin pasti cepat berasa penat. Memang betul kerana itu yang saya lalui sekarang. Apatah lagi, saya hanya dapat tidur empat jam saja setiap hari.
“Kalau anak terjaga, saya akan terjaga sama. Kalau dia lewat bangun, saya pula yang risau. Sampai tahap macam itu sekali. Bukan saya saja tetapi suami pun sama. Saya beruntung kerana dia sangat membantu dan memahami.
“Dia tahu apa yang perlu dibuat, tak payah beritahu. Pendek kata dia sangat rajin dan bertanggungjawab.Dia selalu cakap, kalau tak buat semua itu nanti saya tak mahu mengandung lagi,” katanya.
Pada masa sama, Dynas berkata faktor usia juga membuatkan dia mudah tertekan dan beremosi sepanjang tempoh berpantang.
“Dulu tak pernah rasa macam ini. Sekarang bukan saja penat tetapi mudah berasa tertekan dan beremosi. Mungkin perubahan hormon pada usia ini mempengaruhi perasaan kita sehingga ia menjadi tak menentu,” katanya.
Ditanya adakah dia mempunyai perancangan menambah cahaya mata sebelum menginjak usia 40 tahun, Dynas menyerahkan perkara itu kepada Allah SWT.
“Soal tambah anak sebelum 40 tahun tengok dulu macam mana. Sekarang pun saya masih boleh ‘bau’ hospital. Kalau tanya suami, dia memang okey saja dan nak tambah lagi. Dia sukakan kanak-kanak.
“Bagaimanapun, kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan. Kalau ada rezeki dan diberi kesihatan yang baik, apa salahnya. Anak adalah kurniaan dan amanat Allah,” katanya.
Air putih paling sesuai dan baik untuk anak demam atau tak sihat kerana ia boleh mengembalikan semula tenaga dan mengelakkan dehidrasi bagi yang mengalami cirit-birit.
Namun bagi kebanyakan ibu bapa memilih untuk memberi minuman isotonik dengan harapan dapat bagi tenaga. Tapi sebenarnya cara tersebut salah dan tak sesuai untuk anak kerana sebab tertentu.
Berdasarkan perkongsian Dr Erna Nadia dia ada menyatakan mengenai minuman ini tak boleh diberikan sewenang-wenangnya pada kanak-kanak atau pun orang dewasa tanpa sebab yang kukuh
Tolong jangan bagi minuman isotonik**** atau minuman bergas lain kepada bayi atau kanak-kanak yang demam.
Selain dari kandungan gula dan kaffein yang tinggi, minuman**** juga mengandungi mineral- mineral yang lain. Ianya adalah minuman tenaga berisotonik, bukan minuman untuk cirit-birit.
Ini akan merosakkan organ badan anak-anak anda.
Anda yang dewasa kalau tak aktif mana pun dan demam pun tak perlu minum ****. Inikan pula bayi dan kanak-kanak yang organ badannya sedang membesar.
Bila demam, minum air masak banyak-banyak. Hidratkan badan dengan air masak.
Dan, panadol tak bertahan dalam badan selama 5 tahun. Ianya akan dikumuhkan beberapa jam selepas makan.
Makan panadol ikut dos iaitu 6-8 jam sekali bukan makan panadol ikut suka hati. Bila ikut suka hati ni yang buatkan hati(liver) tu rosak.
Ingat ok, BIG NO to minuman isotonik**** kalau demam atau cirit-birit. Cukup sekadar air masak.
Dapat tahu hamil, hati ibu mana yang tak gembira dan bersyukur. Lagi-lagi kehamilan ini adalah yang sangat ditunggu-tunggu. Namun setiap perjalanan hidup kita itu dah ditentukan oleh Allah.
Namun bila kehamilan ini diharapkan mampu memberi sinar dalam keluarga tetapi diuji dengan ujian lain ketika melahirkan anak mungkin agak sukar. Hanya sokongan dan kata-kata semangat dapat beri kekuatan.
Kisah yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol mengenai salah seorang ibu yang diuji dengan kelahiran anak pramatang setelah 5 tahun menanti zuriat cukup mengambarkan betapa kuatnya seorang wanita bergelar ibu.
Gambar Hiasan (Kredit: AP Photo)
Menangis tanpa berkata-kata
Seorang ibu datang melawat anaknya di NICU. Perlahan-lahan dia berjalan masuk ke bilik yang paling kritikal dan kebetulan saya ada di situ.
Dia cuci tangan dan pergi pada anaknya yang baru lahir semalam, pramatang 30 minggu dengan berat cuma 1.1kg.
Itulah kali pertama dia lihat anaknya di NICU.
Walaupun baru sehari lepas pembedahan caesar, dikuatkan juga semangat tu supaya dapat dia lihat anaknya pada hari ini.
Seperti biasa, saya terangkan keadaan bayi pada ibu. Habis saja satu ayat, saya perasan yang ibu ni mula menangis. Saya berhenti dan ambilkan tisu untuk dia.
Dari satu ayat ke satu ayat, mengalir saja air matanya. Sampaikan saya tak tahu ke mana saya patut pandang. Dia cuba senyum tapi saya tahu saya patut berhenti.
“Puan, ada nak tanya apa-apa?”
Dia cuma menggeleng sambil dilap air mata dengan lengan bajunya.
“Saya dah 5 tahun tunggu untuk zuriat ni,” suara ibu ni terketar-ketar menahan tangisan.
Tapi yang paling gembira sebenarnya suami saya. Dia dah tunggu lama sangat.”
Saya pun sambung mendengar sampailah dia kata,
“Tahu-tahu, anak lahir awal. Kecil sangat pula tu.
Saya jaga makan minum, saya tak ada buat kerja berat-berat doktor. Semua kerja di rumah, suami saya yang buat.”
Gambar Hiasan (Kredit: Google)
Ada zuriat, tak ada zuriat semua kuasa Allah
Allahuakbar. Waktu tu baru saya tersedar. Ibu ni diselubungi dengan rasa bersalah. Dia fikir dialah punca keluarga tak dapat zuriat. Sekarang dia fikir dialah punca anaknya jadi begini.
Saya pun kata gini.
“Ada zuriat atau tak ada zuriat, bukan kita yang tentukan. Ada yang dapat cepat, ada yang dapat lambat. Semua tu bukan kita yang tentukan.
Bayi pramatang lain dalam bilik ni pun Allah yang tentukan. Ibu mereka semua tak salah walaupun sedikit.”
Dia pandang pada saya. Nampak dia lega sangat. Dia ucap terima kasih dan waktu tu saya boleh rasakan betapa bersungguh-sungguh dia ucapkan kalimat tu.
Besar ujian ibu ni. Ramai ibu yang datang ke wad bayi dalam keadaan begini. Rasa bersalah sebab anaknya lahir awal, ada yang sakit itu dan ini.
Suami orang penting bagi kata semangat
Untuk suami, kalau anda nampak isteri bergelut dengan perasaan bersalah, tawarkan diri untuk mendengar. Jadi prihatin dengan perasaan isteri.
Tak reti juga, sentiasalah beri kata semangat dan ada disamping isteri. Anak lahir awal, tak sikit pun mengurangkan kebaikan awak sebagai ibu. Boleh jadi anak tu lahir awal sebab Allah tahu ibu tu dah bersedia.
Pengacara yang cukup terkenal dengan bait-bait puitis, Fedtri Yahya meluahkan rasa bangga namun sedikit hiba terpaksa melepaskan anak sulungnya untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama penuh.