Penyampai radio, Fizi Ali telah membuat kejutan pada isterinya Shakilla Khoriri yang masih dalam pantang melahirkan anak sulung mereka pada 14 Mac lalu dengan sesuatu yang tak dijangka.
Menerusi perkongsian di Instagram, Fizi menyatakan sebagai seorang suami, kadang-kadang kena bagi kejutan pada isteri. Walaupun tak seberapa pemberian tersebut, sekurang-kurangnya ada.
Bagaimanapun, Fizi telah mengenakan Shakilla dengan membalut empat lapisan kertas hadiah dan ternyata isterinya sungguh gembira melihat sebuah kotak telefon iPhone.
Ads
Selepas membuka kotak itu, Shakilla dengan wajah gembira dan terharu tak sangka itu hanyalah kotak kosong hingga membuatkannya sedikit geram pada suaminya.
Ads
Ternyata gurauan Fizi menjadi apabila Shakilla terus tarik muka. Namun ramai netizen yang suka cara Fizi menyakat Shakilla kerana nampak lebih mesra dan sweet.
Selepas Shakilla merajuk, barulah Fizi menghulurkan iPhone sebagai tanda penghargaan pada isterinya melahirkan anak.
Selebriti yang kini penyampai radio di Molek FM, Mat Dan atau nama sebenarnya Mohammad Kareef Daniel bin Abdullah akhirnya mendedahkan wajah serta nama anak ketiganya.
Anak ketiganya yang juga satu-satunya puteri dalam keluarga akhirnya diperkenalkan kepada umum setelah 36 hari kelahiran.
“Perkenalkan Esabelle Zahra..♥Born on 30/3/2023 at @kpjklanghospital_. The latest edition to the Tyler/Che Wan family”
Sebelum ini Mat Dan sempat menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila isteri tersayang, Nadifa Adnan selamat bersalin anak ketiga mereka.
zainunzmn’s profile picture Assalamualaikum princess Zahra. Mek Tenganu ni. Hok 2 boys tu Awang England.
Hi Esabelle…mula2 muka melayu pah ikut daddy blako lepah tu. Abg abg sblm ni gtu juga untie tgk.
nurmaznie11’s profile picture Comeyyy mek tranunggggg.. sebijik ikut mok dio
sarienazheefaqli’s profile picture Hi..pure ganu ni girl…
Untuk rekod, Mat dan Nadifa Adnan telah mendirikan rumah tangga pada 12 Mac 2017 di Bukit Chendering, Terengganu.
Mat Dan merupakan warganegara United Kingdom dan sudah menetap di Malaysia sejak 2009. Dia tertarik untuk tinggal di Malaysia selepas pengembaraan beliau ke Pulau Kapas, Terengganu.
Selepas kisahnya tular, dia telah menceburkan diri dalam bidang seni apabila muncul sebagai seorang pengacara, pelakon dan kini merupakan penyampai radio di Molek FM.
Perubahan fizikal yang dialami sepanjang tempoh kehamilan adalah antara faktor penyebab yang menjurus kepada masalah sakit pinggang selepas bersalin. Jadi, tidak hairanlah, ada di kalangan anda yang mengeluh berkenaan hal ini walaupun setelah beberapa bulan selamat melahirkan anak.
Bagi mengatasi masalah ini, ada beberapa panduan yang boleh anda guna pakai. Serba sedikit ia dapat membantu anda mengurangkan kesakitan yang dialami daripada menjadi lebih teruk.
Elakkan membongkok semasa menyusu
Aplikasikan postur tubuh yang selesa semasa menyusukan bayi. Ada baiknya anda mengelakkan diri daripada membongkokkan badan ke arah bayi semasa menyusukannya.
Dalam pada itu, anda digalakkan untuk menggunakan bantal menyusu yang sangat berkesan dalam memberikan keselesaan kepada anda dan bayi semasa sesi penyusuan berlangsung. Jagalah postur semasa menyusukan bayi supaya anda tidak terus berasa sakit pinggang.
Hindari daripada aktivitimengangkat benda berat
Jangan biarkan diri anda daripada mengangkat benda-benda yang berat. Adalah dinasihatkan supaya anda memastikan benda paling berat yang diangkat cuma bayi sahaja. Jika benda itu lebih berat daripada bayi, dapatkan pertolongan orang lain.
Dapatkan sumber kalsium yang cukup
Sumber kalsium yang mencukupi adalah perlu terutamanya bagi anda yang mahu menyusukan bayi dengan susu ibu selama yang mungkin.
Oleh yang demikian, ambil makanan dan minuman yang kaya dengan kalsium. Jika bimbang, amalan pemakanan harian anda tidak mampu menampung keperluan itu, tidak salah jika anda mengambil suplemen kalsium.
Namun, pastikan suplemen kalsium tersebut turut mengandungi vitamin D dan magnesium. Hal ini kerana suplemen magnesium dapat membantu sistem dalam tubuh anda merehatkan otot. Jadi, secara tidak langsung, ia dapat membantu anda mengurangkan sakit pinggang lepas bersalin.
Berurut dan bertungku
Pastikan anda melakukan urutan selepas bersalin bagi melancarkan penyaluran darah dalam tubuh. Dapatkan khidmat urutan dan bertungku supaya tubuh berasa lebih selesa terutamanya di bahagianya pinggang.
Pakai bengkung
Pemakaian bengkung yang kemas dan selesa dapat membantu mengurangkan sakit pinggang selepas bersalin. Hal ini disebabkan pemakaian bengkung dapat mendorong postur tubuh anda menjadi lebih kemas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Untuk sembuhkan luka, banyak pantang larang yang perlu diikuti. Tak boleh makan telur nanti gatal, kalau makan kicap nanti luka tinggal parut. Betul ke?
Dr Ahmad Luqman Bukhari ada berkongsi tentang hal ini. Katanya ada beberapa kepercayaan tentang penjagaan luka yang salah:
Try lah makan telur kalau nak luka tu bernanah!
Dah lama saya duk perhati ada yang suka beri nasihat mengarut begini. Geram je rasa. Nasib baiklah saya ni penyabar orangnya. Cewah. Haha.
Ada jugak tau parent yang tak bagi anak makan kicap, tak bagi makan telur sebab takut luka lambat baik.
Meh saya cerita sikit benda yang kekadang orang kita main percaya ianya boleh buat luka cepat sembuh padahal benda tu tak betul pun.
APA ORANG KATA vs APA YANG BETUL
❌ Tak boleh makan telur nanti luka bernanah.
Sebetulnya, telur tu mengandungi protein dan protein mainkan peranan yang sangat penting dalam memulihkan luka. Elok sangatlah kalau masukkan telur sebahagian daripada diet.
Yang tak bagus, kalau kalian sapukan telur mentah dekat tempat luka. Haa, tu lah punca luka bertambah teruk sebab telur mentah akan jadi medium yang subur untuk kuman beranak pinak.
❌ Kena elak lauk berkicap sebab nanti parut jadi hitam.
Ni memang tipu habis. Sumpah. Parut jadi hitam bukan sebab kicap weh, tapi keradangan pada luka yang stimulate sel melanocyte untuk hasilkan melanin. Melanin ni adalah pigmen yang terdapat pada rambut dan kulit, dan itu yang buatkan parut kelihatan hitam.
❌ Nak bunuh kuman, kena cuci luka dengan alkohol.
Aduhh! Sakit kot. Janganlah memandai pergi tuang alkohol kat budak yang ada luka, menjerit-jerit kesakitan dia nanti. Tak pasal-pasal sel dalam luka tu pun boleh mati.
Sebenarnya, luka yang tiada tanda infection, kita boleh saja basuh dengan air steril. Alkohol pula selalunya digunakan untuk basmi kuman yang terdapat pada keliling luka ataupun pada kulit yang tak luka.
❌ Mandi laut untuk percepat proses penyembuhan.
Ni pun satu lagi benda yang boleh menambah sakit pada luka dan berisiko untuk buatkan infection pada luka.
Memang di hospital kami kadang-kadang gunakan air garam (NaCl 0.9%) untuk cuci luka yang tiada jangkitan, tapi ia bersih, tak sama macam guna air laut sebenar. Air laut boleh jadi dicemari kuman, jadi risiko untuk luka dijangkiti tu sangat tinggi.
❌ Jangan letak plaster. Biarkan luka terbuka supaya cepat kering.
Ada yang gemar tengok luka terbiar sampai kering dan berkeruping. Tak bagus sebenarnya buat macam tu. Bila dah sampai berkeruping, pertumbuhan sel baru jadi makin lambat seterusnya penyembuhan luka pun jadi tak sekata.
CARA YANG PATUT DIBUAT UNTUK SEMBUHKAN LUKA
Baiklah. Secara ringkasnya cara yang sepatutnya untuk penyembuhan luka yang bagus ialah:
✅ Cuci luka dengan air steril sahaja. Atau gunakan larutan antiseptik yang mesra luka seperti larutan hyperoksid.
✅ Apply plaster atau dressing yang sesuai pada kawasan luka. Ia menghalang kuman di sekeliling daripada menjangkiti luka.
Dalam masa sama, luka yang kekal lembab akan menyediakan medium yang sangat bagus untuk sel-sel berkerja secara optimum bagi memperbaiki luka tu. Barulah pemulihan berlaku elok.
✅ Teruskan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan protein yang tinggi seperti telur, kekacang, ayam dan susu.
Tak usah berpantang yang pelik-pelik ya.
Semoga bermanfaat!
#notaDrALB
Semoga dengan perkongsian Dr Luqman dapat memberi sedikit penjelasan kepada kita tentang cara penjagaan luka yang betul. Dengan cara yang betul, luka pasti boleh sembuh segera.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!