Fizi Ali Buat Suprise Hadiahkan Shakilla iPhone Tanda Terima Kasih Melahirkan Anak Mereka

Share

Penyampai radio, Fizi Ali telah membuat kejutan pada isterinya Shakilla Khoriri yang masih dalam pantang melahirkan anak sulung mereka pada 14 Mac lalu dengan sesuatu yang tak dijangka.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fizi menyatakan sebagai seorang suami, kadang-kadang kena bagi kejutan pada isteri. Walaupun tak seberapa pemberian tersebut, sekurang-kurangnya ada.

Bagaimanapun, Fizi telah mengenakan Shakilla dengan membalut empat lapisan kertas hadiah dan ternyata isterinya sungguh gembira melihat sebuah kotak telefon iPhone.

Selepas membuka kotak itu, Shakilla dengan wajah gembira dan terharu tak sangka itu hanyalah kotak kosong hingga membuatkannya sedikit geram pada suaminya.

Ternyata gurauan Fizi menjadi apabila Shakilla terus tarik muka. Namun ramai netizen yang suka cara Fizi menyakat Shakilla kerana nampak lebih mesra dan sweet.

Selepas Shakilla merajuk, barulah Fizi menghulurkan iPhone sebagai tanda penghargaan pada isterinya melahirkan anak.

Bila nampak hadiah yang betul, hati yang tengah marah tu terus sejuk dan tersenyum.

Apa pendapat anda? Pernah tak dapat surprise dari suami macam ni?

Sumber: ig Fizi Ali

Published by
Wan Amy