Fizo Akui Masih Sayang Dan Kasihkan Mawar. Berjanji Sama-Sama Jaga Maryam

Share

Personaliti yang dikenali ramai, Wan Hafizol Wan Omar, 34, telah melafazkan cerai selepas Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan membenarkan permohonan cerai yang difailkan oleh Mawar Abdul Karim, 30. Beliau kemudian mensabitkan penceraian kali pertama dengan talak satu dan memerintah Mawar menjalani tempoh idah selama tiga bulan.

Ketika ditanyakan oleh Hakim Syarie Che Abdullah tentang keputusannya untuk bercerai, Mawar menyatakan yang dia masih sayangkan hubungannya dengan Fizo, tetapi terpaksa demi kebaikan keluarga bekas suaminya itu.

Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah Fizo mengakui bahawa kasih sayangnya hanya untuk Mawar dan turut mengucapkan terima kasih kepada bekas isterinya kerana menjadi yang terbaik sepanjang perkahwinan mereka.

“Saya masih sayang dan kasihkannya dan saya mengucapkan terima kasih kepada Mawar kerana menjadi isteri dan ibu kepada anak kami Wan Maryam. Saya banyak terhutang budi kepadanya….. Dia sangat baik.”

Semenjak Syawal yang lalu, status rumah tangga Fizo dan Mawar mula diperkatakan kerana kedua-dua mereka pulang beraya di kampung halaman masing-masing.

Terdahulu melalui perkongsiannya di laman Instagram peribadi, Mawar menyatakan setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tambahnya lagi, dia banyak muhasabah diri dan melihat kesalahan sendiri, tidak mahu menuding jari kepada orang lain. Tambah Mawar lagi, dalam hubugan suami isteri komunikasi sangat penting. Jika ada masalah, eloklah ia melibatkan suami dan istei tanpa campur tangan orang lain.

Dalam perkongsiannya itu, Mawar turut mengatakan bahawa zuriat itu satu amanah. Perlu dihargai dan dididik sebaik mungkin. Banyak perkara yang perlu dikorbankan untuk kebaikan anak, begitu juga Mawar dan Fizo. Katanya lagi, pertemuan, jodoh, ajal dan maut semuanya di tangan Tuhan.

Mengakhiri postingnya itu dengan memohon doa yang terbaik untuk mereka dan ‘amanah’ mereka iaitu Maryam. Berkahwin pada November 2013, Fizo dan Mawar dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Pa&Ma mendoakan yang terbaik buat Fizo dan Mawar. Semoga hubungan mereka kekal baik untuk kebahagiaan si comel Wan Maryam.

Sumber: SINAR HARIAN & IG MAWAR KARIM

 

 

 

Published by
Emy H