Keibubapaan

Fizo Omar Kongsi Momen Anak Naik Basikal. “Nampak Simple Tapi Nikmat Paling Ultimate Bila Jadi Ayah!”

Share

Kesibukan seharian kadang membuat kita terlupa bahawa anak-anak dan keluarga memerlukan kasih sayang daripada susuk tubuh bergelar ibu dan ayah. Dapat melihat anak membesar depan mata adalah satu momen yang sangat berharga untuk dikenang. Momen-momen yang mungkin nampak simple namun memberikan kesan yang mendalam pada hati insan yang bergelar ibu dan ayah.

Pelakon dan usahawan, Fizo Omar menerusi Instagramnya berkongsi momen bersejarah saat pertama kali anaknya, Maryam menaiki basikal sendiri.

Bagi Fizo, momen-momen seperti itu sering kali dipandang remeh bagi sesetengah orang, tapi baginya ia merupakan pengalaman yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit dan sesuatu yang perlu dihargai.

Baca: 3 Kali Tunda Majlis Sebab Covid-19, Eka Sharif Kini Hamil 3 Bulan, Dah Nampak Baby Bump!

“ALA NAIK BASIKAL JER!

“Nampak simple je kan, gambar anak naik basikal?

“Perasaan seorang bapa pergi ke kedai basikal untuk belikan hadiah basikal kepada anak berbeza dengan pergi ke kedai kereta untuk beli kereta mewah untuk diri sendiri.

“Syukur Allah masih beri peluang dan nikmat rasa dan perasaan untuk menggembirakan hati si buah hati.bila tengok betapa excitednya si anak dapat basikal dan trying so hard untuk kayuh dengan penuh perasaan, itulah nikmat sebagai seorang ayah yang tak dapat dibeli dengan nilai wang ringgit.

Tambah Fizo lagi, dalam kesibukan mencari wang ringgit demi membahagiakan seluruh ahli keluarga, janganlah pula sehingga mengabaikan masa-masa berharga bersama orang tersayang.

“Si anak kecil tidak tahu menilai dari segi berapakah harganya, tapi moment yang dicipta oleh kita sendiri disebalik kesibukan mengejar dunia sehingga kita terlupa inilah nikmat yang paling ultimate bila bergelar ayah.

Kadang si Ayah terlupa apa yang si anak perlukan kerana ayah terlalu sibuk dengan ‘dunia’ ayah.

“Ayah berkerja siang malam, cari makan untuk anak-anak”…. ye betul, tapi adakah hanya beri ‘makan’ akan terus membahagiakan anak-anak? Kadang simple effort in shot moment tu memberi impak yang besar terhadap anak-anak.

Dalam pada itu, Fizo turut menyifatkan momen-momen seperti inilah yang membuatkan dirinya lebih menghargai jasa ibu bapa sewaktu membesarkannya suatu ketika dahulu.

“Bila dah ada anak ni membuatkan kita sebagai ayah yang juga pernah bergelar anak,lebih menghargai jasa ibu bapa kita sebelum ni.

“Ayah,daddy,baba,papa,abah dan sesiapa yang bergelar bapa, appreciate this moment sebab bila ianya berlalu dan takkan mungkin dapat berpatah balik.dunia yang dikejar takkan pernah dapat,tapi kebahagian yang dicipta akan mewarnai dunia,” tulisnya.

 

Terdahulu, Fizo telah pun mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Mawar Karim pada tanggal 10 November 2013 namun memutuskan untuk berpisah pada Julai 2019. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Wan Maryam.

Sumber: Media Hiburan & IG Fizo Omar

Baca: Sakit Bersalin Bukan Main-main, Doktor Terangkan Fungsi Epidural Buat Ibu Bersalin. Kalau Perlu Jangan Takut Nak Guna!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

 

 

 

Published by
SAHR