Pancake atau lempeng antara menu yang cukup mudah disediakan pada anak-anak kita. Semakin lembut strukturnya, semakin senang anak menjamahnya. Lagi-lagi rasanya yang enak, berlemak dan manis semulajadi.

Fluffy Carrot Pancake Versi Bayi yang dihasilkan oleh Puan Farisha Sofea ini lain daripada yang lain. Strukturnya lembut malah beliau menggunakan putih telur untuk menambahkan struktur gebu dan lembut. Jom lihat bagaimana lempeng cantik dan lembut ini dihasilkan.

Fluffy Carrot Pancake Versi Bayi, Gebu & Lembutnya Lain Macam, Ibu Ni Kongsi Resipi!
Lembut dan gebu.

FLUFFY CARROT PANCAKE VERSI BABY

Bahan Bahan :

Bahan A :
1 biji putih telur

Ads

Bahan B :
1 biji kuning telur
3 sb lobak merah (dah direbus dan dilenyek)
1 sb pisang mas (boleh guna puree kurma)
2 sb tepung gandum tanpa bahan peluntur
1/4 cawan susu penuh krim
1/2 sk minyak zaitun
Sedikit esen vanilla

Fluffy Carrot Pancake Versi Bayi, Gebu & Lembutnya Lain Macam, Ibu Ni Kongsi Resipi!Pukul Bahan A sehingga kembang dan gebu. Ketepikan seketika.

Fluffy Carrot Pancake Versi Bayi, Gebu & Lembutnya Lain Macam, Ibu Ni Kongsi Resipi!Di dalam bekas lain, satukan Bahan B dan kacau sehingga sebati.

Ads

Fluffy Carrot Pancake Versi Bayi, Gebu & Lembutnya Lain Macam, Ibu Ni Kongsi Resipi!

Fluffy Carrot Pancake Versi Bayi, Gebu & Lembutnya Lain Macam, Ibu Ni Kongsi Resipi!
Gebu.

Kemudian masukkan Bahan A ke dalam Bahan B sedikit demi sedikit sambil digaul rata sehingga adunan habis.

Ads

Fluffy Carrot Pancake Versi Bayi, Gebu & Lembutnya Lain Macam, Ibu Ni Kongsi Resipi!Panaskan kuali tahan lekat dan sendukkan adunan. Masak menggunakan api yang kecil sahaja.

Fluffy Carrot Pancake Versi Bayi, Gebu & Lembutnya Lain Macam, Ibu Ni Kongsi Resipi!Terbalikkan adunan apabila permukaan atas sudah kelihatan buih buih dan berlubang.

Fluffy Carrot Pancake Versi Bayi, Gebu & Lembutnya Lain Macam, Ibu Ni Kongsi Resipi!

Masak seketika kemudian angkat dan letakkan di dalam pinggan. Siap sedia dihidang.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI