Fluffy Carrot Pancake Versi Bayi, Gebu & Lembutnya Lain Macam, Ibu Ni Kongsi Resipi!

Share

Pancake atau lempeng antara menu yang cukup mudah disediakan pada anak-anak kita. Semakin lembut strukturnya, semakin senang anak menjamahnya. Lagi-lagi rasanya yang enak, berlemak dan manis semulajadi.

Fluffy Carrot Pancake Versi Bayi yang dihasilkan oleh Puan Farisha Sofea ini lain daripada yang lain. Strukturnya lembut malah beliau menggunakan putih telur untuk menambahkan struktur gebu dan lembut. Jom lihat bagaimana lempeng cantik dan lembut ini dihasilkan.

Lembut dan gebu.

FLUFFY CARROT PANCAKE VERSI BABY

Bahan Bahan :

Bahan A :
1 biji putih telur

Bahan B :
1 biji kuning telur
3 sb lobak merah (dah direbus dan dilenyek)
1 sb pisang mas (boleh guna puree kurma)
2 sb tepung gandum tanpa bahan peluntur
1/4 cawan susu penuh krim
1/2 sk minyak zaitun
Sedikit esen vanilla

Pukul Bahan A sehingga kembang dan gebu. Ketepikan seketika.

Di dalam bekas lain, satukan Bahan B dan kacau sehingga sebati.

Gebu.

Kemudian masukkan Bahan A ke dalam Bahan B sedikit demi sedikit sambil digaul rata sehingga adunan habis.

Panaskan kuali tahan lekat dan sendukkan adunan. Masak menggunakan api yang kecil sahaja.

Terbalikkan adunan apabila permukaan atas sudah kelihatan buih buih dan berlubang.

Masak seketika kemudian angkat dan letakkan di dalam pinggan. Siap sedia dihidang.

IKLAN